Sunday, September 6, 2009

Minyak Naik, Bukti Kerajaan BN Tak Bertanggung Jawab - Guan Eng :- Nizar vs Najib Altantuya


Kenaikan harga minyak RON 97 sebanyak 14% telah membuktikan kerajaan BN tidak bertimbang rasa dan mengambil kira beban kenaikan harga barang keperluan terutama kepada golongan berpendapatan rendah.

Harga minyak bagi RON 97 yang dahulunya berharga dalam RM1.80 seliter telah naik ke RM2.05 seliter. Harga minyak bagi RON95 dinaikkan daripada RM1.75 kepada RM1.80 seliter. Ada setengah pihak berpendapat bahawa kenaikan 14% RON 97 tidak bantu bersikap mesra alam.

Kerajaan harus mengekalkan harga minyak di harga asal iaitu RM1.80 seliter bagi RON 97 dan RM1.75 seliter bagi RON 95 untuk meringankan beban rakyat dalam masa kelembapan ekonomi ini. Sebelum keadaan ekonomi pulih, kenaikan harga minyak mungkin memberikan tekanan kepada inflasi yang akan membawa impak negatif berganda dengan ekonomi lembap bersama inflasi.

Ketika ekonomi rakyat meleset dan bakal berhadapan dengan hari raya Aidil Fitri , kenaikan harga minyak seumpama "sudah jatuh ditimpa tangga". Petronas sepatutnya mampu menanggung kos kenaikan dengan hasil hampir RM 600 bilion sejak ditubuhkan pada tahun 1974. Kerajaan harus mengekalkan harga minyak di harga asal iaitu RM1.80 seliter bagi RON 97 dan RM1.75 seliter bagi RON 95 untuk meringankan beban rakyat.

Perdana Menteri Najib Tun Razak juga perlu menerangkan bagaimanakah kerajaan memberikan subsidi minyak lebih daripada 30 sen setiap liter ketika harga minyak dunia dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

*Kenyataan media ini dikeluarkan oleh Lim Guan Eng, selaku Setiausaha Agung dan Ahli Parlimen Kawasan Bagan, Pulau Pinang.-/merdekareview

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

Kenaikan harga minyak memang tidak dapat dielakkan sebab Najib hendak 'cover' balik kesemua duit yang telah digunakan untuk memastikan kemenangan pihak UMNO/BN di PRK yang lepas2 itu. Pada ramalan beliau UMNO/BN akan menang selepas melabur banyak duit untuk projek mee segera dan gula2 semasa PRK tetapi malangnya keputusan tidak memihak beliau. 'Over spending' itu telah menyebabkan Najib kekurangan duit untuk dibuat belanja semasa raya puasa yang akan datang nanti, jadi terpaksalah gunakan jalan yang paling senang untuk mendapatkan balik duit yang telah digunakannya itu. Janji dia ada duit untuk beraya... orang lain apa dia peduli !!!

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost