Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata mahu calon yang yang dipilih untuk Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang nanti mendapat persetujuan dan sokongan dari jentera Bahagian Teluk Kemang. ”Kita tidak mahu calon yang disabotaj oleh Bahagian”, katanya.
Kenyataan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkemungkinan kerana beliau tidak mahu melihat tragedi Permatang Pasir berulang di Bagan Pinang, di mana calon BN tidak direstui oleh Bahagian. Kesilapan memilih calon akan menyebabkan sekali lagi UMNO memberi ‘bola tanggung’ kepada PAS untuk membuat pukulan ‘smash’ akhirnya UMNO tersungkur di gelanggang sendiri.
Dalam kenyataan yang senada, Presiden UMNO berkata BN menghadai pilihanraya kecil dengan mengambil iktibar dari kekalahan yang lalu. Persoalannya siapakah calon yang direstui oleh Bahagian Teluk Kemang untuk berhadapan dengan calon Pakaran Rakyat dari PAS ? PAS dikatakan akan meletakkan bekas pesara tentera berpangkat Kapten yang sebelum ini bertugas di Kem Port Dickson.
Dalam pada itu DAP telah mendahului parti-parti dalam dalam Pakatan Rakyat apabila menubuh dan menggerakkan jentera pilihanraya semalam. ADUN Lukut, YB Ean Yon Tin Sin berkata penubuhan jentera itu adalah bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat.
DUN Bagan Pinang ialah antara kawasan pilihanraya yang mempunyai ramai pengundi pos. Lebih 2000 orang anggota tentera di Sirusa dan Teluk Kemang adalah pengundi pos di Bagan Pinang. Kekebalan UMNO di Bagan Pinang selama ini ialah kerana kekuatan undi pos yang memihak kepada mereka..
Dengan jumlah undi pos yang banyak, ramai pemimin UMNO Negeri Sembilan terbuka selera untuk bertanding, kerana berkeyakinan akan menang dengan undi pasukan tentera.
Ibu Pejabat UMNO boleh menamakan sesiapa sahaja sebagai calon, tetapi calon itu mestilah mendapat restu Bahagian atau lebih tepat restu Ketua Bahagian, iaitu Tan Sri Mohd Isa Samad. Sebab itu Mohamad Hasan awal-awal lagi memberi isyarat kepada Ibu Pejabat UMNO supaya mendapat persetujuan Bahagian.
Tan Sri Mohd Isa bukanlah calang-calang orang di Teluk Kemang. Beliau mempunyai sokongan yang sangat kuat di peringkat penyokong akar umbi, sepertimana Datuk Seri Shahidan Kasim di Perlis. Tan Sri Moh Isa dan Datuk Seri Shahidan walaupun sudah berada di penghujung karier politik tetapi mereka masih bertahan kerana mempunyai kekuatan sokongan di peringkat akar umbi. Kes disiplin dan rasuah politik yang dihadapi oleh Tan Sri Mohd Isa sedikitpun tidak menggugat kedudukan beliau khususnya di Bahagian Teluk Kemang.
Beliau mempunyai kekuatan tersendiri. Kekuatan itulah mesti dihormati oleh pucuk pimpinan tertinggi UMNO khususnya dalam pemilihan calon. Keputusan Bahagian Teluk Kemang mesti dipatuhi. Sekiranya benar telahan ini, calon UMNO nanti ialah anak Tan Sri Mohd Isa sendiri ia itu Mohd Najib Mohd Isa, 33, yang kini memegang jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Teluk Kemang.
Oleh DAP Melayu @ http://perakexpress.com/
Monday, September 7, 2009
Najib Calon UMNO/BN Di Bagan Pinang :- Nizar vs Najib Altantuya
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment