Krisis demi krisis tercetus: Berbaloi lagikah sokong MCA?
SELEPAS krisis kepemimpinan parti pada 2001, sekali lagi MCA berada dalam krisis. Semuanya gara-gara pemecatan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek tempoh hari oleh Jawatankuasa Disiplin Parti yang mendapati skandal seks mantan Menteri Kesihatan itu telah mencemarkan imej parti.
Akan tetapi krisis kali ini dilihat lebih besar impaknya berikutan prestasi buruk MCA pada Pilihan Raya Umum ke-12 lalu dan penangan pengundi masyarakat Cina yang semakin cenderung kepada pembangkang. Lebih membimbangkan tempoh sebelum PRU akan datang, tidak jauh dari pandangan.
Tidak syak lagi, parti tersebut berada di persimpangan. Kalangan ahli-ahli parti kini mempunyai tugas berat untuk memilih sama ada untuk membawa parti itu mara ke hadapan dengan agenda pembaharuan yang dimahukan oleh Presiden Parti, Dato’ Sri Ong Tee Keat ataupun mengheret parti tersebut ke belakang dengan imej lamanya ekoran niat segelintir MCA bahagian yang mahu mengutip tandatangan untuk memaksa penganjuran Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM).
Bagaimanapun, kenyataan yang dikeluarkan oleh Soi Lek di dalam blognya yang melemparkan beberapa dakwaan terhadap kepemimpinan parti terutamanya ke atas Tee Keat sebenarnya tidak banyak membantu meredakan keadaan. Malah, suhu politik dalam MCA akan tambah hangat sekiranya pendekatan ‘tit for tat’ berterusan.
Dalam paparan blognya beberapa hari lalu. Soi Lek menyelar Tee Keat dan mendakwa agenda politik terpenting Presiden Parti hanyalah untuk mengalihkannya. Selain itu, beliau juga berkata adalah perkara yang menyedihkan jika ahli-ahli parti tidak bangkit untuk berhadapan dengan cabaran menyelamatkan parti. Soi Lek turut melahirkan keyakinannya bahawa ahli-ahli parti tidak akan membiarkan seorang individu memusnahkan MCA.
Apa yang diutarakan oleh Soi Lek yang meminta ahli-ahli parti menyelamatkan MCA memanglah betul. Tetapi apa yang perlu diselamatkan dalam konteks ini bukannya untuk menggulingkan Tee Keat tetapi menyelamatkan parti tersebut daripada terjerumus ke dalam kancah politik yang tidak sihat, ke dalam kancah politik yang berpuak-puak serta gelagat pemimpin tidak bertanggungjawab yang hanya memuakkan lagi masyarakat Cina.
Lebih penting lagi ialah MCA perlulah menonjolkan diri sebagai sebuah parti yang mampu memperjuangkan hak masyarakat Cina dan bukannya dilihat sebagai sebuah parti yang masih terkebelakang, yang masih tidak menyedari akan suara hati masyarakat Cina yang dahagakan perubahan drastik. MCA bukan sahaja perlu diselamatkan tetapi dirombak semula dengan pendekatan dan perubahan yang radikal.
Harus diingat bahawa keputusan memecat Soi Lek bukan datangnya dari Tee Keat tetapi ia adalah syor oleh Jawatankuasa Disiplin Parti. Paling penting Soi Lek masih dibenarkan untuk merayu dalam tempoh 14 hari selepas pengumuman tersebut. Jadi, masih ruang untuk bekas Menteri Kesihatan itu untuk merayu.
MCA perlu diselamatkan daripada segala konflik perebutan kuasa yang tidak berkesudahan. Kesabaran masyarakat Cina terhadap kemelut demi kemelut sejak dari dahulu lagi, kini sudah sampai ke kemuncaknya. Mereka tidak mahu melihat sebuah parti politik berpecah.
Ibarat pepatah yang berbunyi ‘terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.’ Apakah yang dimaksudkan dengan dakwaan Soi Lek bahawa Tee Keat cuba memusnahkan parti? Adakah azam beliau untuk memerangi segala bentuk penyelewengan dalam PKFZ merupakan satu usaha yang tidak baik?
Adakah usaha-usaha Tee Keat untuk memperkasa parti dengan inisiatif-inisiatif yang radikal juga salah? Apakah dengan keputusan-keputusan yang memihak kepada beliau baru dianggap adil dan saksama?
Adalah cukup mendukacitakan jika ada ahli-ahli parti yang bertindak secara melulu dan mengikut emosi tanpa melihat isu berkenaan secara rasional. Amat malang juga kepada MCA jika ahli-ahli parti terus mengamalkan amalan berpuak-puak seperti yang kita lihat sekarang.
Kredibiliti MCA kini terancam. Pilihan terletak di tangan ahli-ahli parti. Jika mereka mahukan kesudahan yang mana Presiden Parti digulingkan, maka itulah yang akan mereka dapat.
Tetapi di kemudian hari, janganlah menyalahkan pengundi Cina untuk tidak mengundi MCA nanti. Pengundi-pengundi Cina akan bertanya kepada diri mereka, berbaloikah lagi untuk kita menyokong sebuah parti yang berpecah-belah? Tepuk dada, tanyalah selera.
/sinarharian
Tuesday, September 1, 2009
Nizar nt Najib Altantuya: Krisis Ong-Chua, Berbaloi Lagikah Sokong MCA?
10:47 PM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment