Friday, September 4, 2009

Nizar nt Najib Altantuya: Pemijak Kepala Lembu Dijulang Sebagai Wira?


Oleh: Penarik Beca
Dalam posting saya bertajuk "Teoh Beng Hock: Terima kasih pakar forensik!,"saya membayangkan bahawa saya setuju sangat jika mahkamah koroner mendapati Teoh Beng Hock bunuh diri ka atau dibunuh kongsi gelap yang dikaitkan dengan DAP ka. Saya setuju sangat-sangat!

Hari ini, saya baca berita Malaysian Insider bertajuk "Musa Hassan stays on as IGP". Allahu Akbar! Saya setuju sangat-sangat Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan disambung lagi tempoh perkhidmatannya. Ia akan menjulang kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke puncak yang nun jauh teramat tinggi.

Tahniah Tan Sri KPN, tahniah Datuk Seri PM!

Saya juga bersetuju dengan berita bertajuk "Mukhriz backs Hishammuddin, says charging protestors will lead to unrest". Saya setuju. Bukankah tanah air ini adalah warisan bangsa Umno? Bukankah mereka pemilik sebenar tanah air ni? Mengambil tindakan terhadap pemilik sebenar serta tuan tanah bernama Malaysia tempat kita menumpang berteduh ini tentulah akan menimbulkan huru hara.

Saya juga sangat bersetuju dan sangat berharap jika papa pengarak, pemijak dan peludah lembu dijulang sebagai wira dan dikurniakan gelaran dari istana. Sekurang-kurangnya bergelar Datuk.

Hey! Mengapa kamu semua tidak tunduk hormat dengan penuh takzim setiap kali bertemu dengan bangsa Umno, pemilik sebenar dan tuan tanah bernama Malaysia ini?!!

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost