Tuesday, September 1, 2009

Nizar nt Najib Altantuya: Permohonan Injunksi Sivakumar Ditolak Mahkamah


Ipoh , Sept 1 — Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak permohonan Speaker Pakatan Rakyat Perak .V. Sivakumar, untuk satu injunksi keatas Setiausaha Negeri , menghalangnya daripada mengambil sebarang langkah menganggu persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijangka akan bersidang di Bangunan Setiausaha Kerajaan esok pagi.

Permohonan tersebut ditolak oleh Pesuruhjaya Kehakiman Tarmizi Abd Rahman atas dasar bahawa ianya lewat dihantar .Permohonan tersebut didengar tengahari tadi.

Peguam yang mewakili Sivakumar , Mohd Asri Osman, memberitahu bahawa permohonan perintah mahkamah untuk melarang Abdul Rahman daripada menggunakan kuasanya menyekat wakil rakyat Pakatan Rakyat daripada menghadiri persidangan esok yang dijangka bermula pada jam 10.00 pagi.

Melalui surat peguamnya, Sivakumar mengingatkan Abdul Rahman bahawa beliau hanyalah seorang penjawat awam dan mesti patuh kepada perintah yang diarahkan kerajaan negeri yang diketuai oleh menteri besar.

Sivakumar menggesa supaya diberikan perjanjian bertulis dalam masa 48 jam daripada Abdul Rahman bahawa beliau tidak akan ‘masuk campur’ acara esok hari.


/alhusseyn51

MyKampungku

1 comments:

Anonymous said...

Kini terbuktilah BN memang mempunyai 4 parti komponen yang baru...

1) PDRM
2) SPRM
3) SPR
4) Jambatan Kehakiman

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost