Sejak akhir-akhir ini, rakyat Selangor telah disajikan dengan pelbagai isu dan kontroversi yang melibatkan Melayu dan Islam. Kenapa ia ditimbulkan dan dibincangkan termasuk pemimpin bukan Melayu? Ramai yang cukup maklum dan sedar bahawa orang Melayu adalah kaum majoriti dan Islam adalah agama rasmi di negara ini. Atas alasan hak dan kebebasan individu untuk bersuara, perkara penghinaan kepada Melayu dan Islam kelihatan semakin serius apabila satu demi satu isu yang menghina dan mempermainkan Islam dibangkitkan.
Kita lihat di Bandaraya Shah Alam yang dibangunkan sebagai bandar Melayu, kini mula dirobek dengan pelbagai isu termasuk isu arak. Apabila ini semua berlaku, siapa yang hendak kita salahkan? Apakah puncanya?
Jika dilihat kepada kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, 41 daripada 56 kerusi DUN, majoriti adalah pengundi Melayu itu sendiri.
Sebenarnya di Selangor kini, orang Melayu mengharapkan Pas, selaku gabungan parti pakatan yang pemerintah untuk menjadi suara dan pembela kepada orang Melayu dan Islam.
Tahniah kepada Exco Pas, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana sudah mula bersuara dalam pelbagai isu berkaitan kepentingan umat Islam di negeri itu.
Segala serangan, kritikan, penghinaan dan apa juga tanggapan negatif yang dilemparkan kepada orang Melayu dan Islam di Selangor adalah satu pengajaran berguna pada masa depan.
Ketidakupayaan Melayu untuk bersatu dan kecenderungan untuk menghukum pemimpin sendiri membolehkan pihak lain mengambil kesempatan daripada kelemahan yang berlaku.
Kita tentunya tidak mahu melihat ‘cacing naik ke mata’. Maka, sebagai penduduk majoriti, orang Melayu dan penduduk Islam di Negeri Selangor perlu bangkit dan bersatu tanpa mengira fahaman politik sama ada Pas, PKR, UMNO dan lain-lain untuk menginsafi diri tentang penghinaan kepada Melayu dan Islam yang sudah mula menghidu baunya dan unsur-unsurnya pun sudah jelas kelihatan.
Kini sudah sampai masanya juga semua ahli-ahli Exco dan wakil rakyat Melayu di Negeri Selangor perlu ‘bersatu suara dan tindakan’ untuk terus menegakkan dan memperjuangkan syiar Islam agar ia tidak mudah diperkotak-katikkan oleh kelompok minoriti.
Semoga orang Melayu dan Islam di Selangor yang menjadi negeri yang paling maju di Malaysia, juga jangan lupa untuk memastikan agar Islam terus megah di buminya sendiri dan kesuciannya terus dihormati oleh rakyatnya seiring dengan kemajuan yang dicapai.
* Gabungan Ikhtisas Dan Usahawan Bumiputra Anak Selangor (GIBS)
Sumber Sinar Harian
Wednesday, September 9, 2009
Pengajaran Untuk Melayu Di Selangor :- Nizar vs Najib Altantuya
7:49 PM
miaq_kpg
1 comment
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
1 comments:
Salam,bro...aku kurang setuju dengan kenyataan posting nie,terutamnya bersumberkan sinar yang flip flop di dalam menegakkan kebenaran.
Memang ini bukannya nak cari salah...tetapi strategis political yang bebal oleh UMNO.Ingat bro selama 50 tahun selangor diperintah oleh UMNO,bukan pas,bukan pkr bukan dap..pengajarannya umno gagal di dalam memperjuangkan nasib dan hak anak bangsa sendiri serta tidak mampu menjaga hak kaum lain kerana mabuk kuasa dan duit...jadi ayat tak kira parti umno,pas atau pkr perlu diubah kepada harapan kepada pas,pkr dan dap sahaja....kerana umno tidak layak langsung untuk bersama dengan rakyat...konsep 1 malaysia tidak sesuai dengan umno sebaliknya lebih sesuai dibakul sampahkan sahaja....
Post a Comment