Skandal kewangan tenat yang melanda projek pembangunan pelabuhan bernilai berbilion ringgit yang kini masih dalam siasatan mempamerkan kepada kita tentang bagaimana akrabnya hubungan di antara perniagaan dan politik di Malaysia.
Tuduh menuduh yang berlaku di antara ahli politik kanan dalam parti pemerintah berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dapat disaksikan oleh rakyat negara ini berhubung pergolakan yang berlaku dalam kerajaan BN sejak ia kehilangan majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum Mac 2008.
"Semua ini memberikan peluang yang sangat baik kepada pembangkang untuk menyerang kerajaan," kata seorang menteri Umno.
Seperti beberapa orang ahli politik pemerintah yang lain, menteri ini berkata, skandal tersebut - yang memaksa kerajaan membuat 'bail-out' terhadap projek yang mencecah RM10 bilion itu - mendatangkan dilema yang cukup besar kepada Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak.
Kecuali jika perbalahan secara terbuka itu dapat diselesaikan dan pihak yang berada di belakang kerugian yang cukup besar itu dipertanggungjawabkan di atas jenayah kecuaian, segala usaha yang dilakukan oleh Najib untuk meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan pimpinannya, tidak akan berhasil, kata ahli-ahli politik kerajaan.
Walaupun usaha 'bail-out' seperti menyelamatkan bank milik kerajaan (Bank Bumiputra) dan kilang besi Perwaja Steel di Terengganu biasa berlaku dalam zaman pemerintahan 22 tahun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri, penganalisis berkata skandal pelabuhan ini muncul pada ketika rakyat Malaysia tidak lagi boleh bertolak ansur dengan penyelewengan seperti itu.
"Saya fikir kerajaan perlu menunjukkan bahawa tidak ada cubaan untuk menyembunyikan sesuatu kerana jumlah wang di sini sangat besar. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang, rakyat dengan mudah naik berang," kata seorang menteri Umno yang enggan dikenali.
Bagaimanapun adalah tidak mudah untuk menyiasat kes PKFZ ini dengan teliti, kata penganalisis politik, kerana mereka yang terlibat merupakan tokoh-tokoh yang mempunyai kuasa dalam kerajaan BN.
Dato' Seri Tiong King Sing, seorang ahli politik kanan di Sarawak, merupakan pemegang saham terbesar Kuala Dimensi, syarikat yang membina projek pelabuhan tersebut selepas menjual tanah kepada kerajaan bagi pembangunan projek berkenaan dengan keuntungan yang besar.
Tidak lama selepas Kuala Dimensi dikenal pasti dalam laporan audit khas sebagai pihak yang membuat tuntutan yang tidak berpatutan mencecah RM1 bilion, Tiong bertindak balas dengan mendakwa syarikatnya telah menyediakan penggunaan jet mewah dan membuat sumbangan sebnayak RM10 bilion untuk pembiayaan politik kepada Menteri Pengangkutan, Ong Tee Keat, yang mengetuai siasatan ke atas skandal kewangan PKFZ.
Dato' Seri Ong, yang merupakan Presiden MCA, sebuah parti kanan dalam gabungan parti pemerintah telah menyaman Tiong dan mendakwa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan.
Tetapi dakwaan yang dikenakan kepada beliau telah mencederakan dirinya dalam MCA. Dalam MCA beliau tidak mendapat sokongan yang meluas dan sekali gus mendapat tentangan yang hebat daripada timbalannya Chua Soi Lek.
Dalam usaha untuk memisahkan masalah Ong daripada parti, Bendahari MCA Tee Hock Seng berkata MCA tidak pernah menerima sebarang sumbangan derma daripada Tiong.
Beliau menambah, "pemimpin MCA tidak digalakkan menerima sumbangan atas kapisiti peribadi dan semua sumbangan kepada parti perlu dibuat secara terus".
Projek zon perdagangan bebas berkenaan bermula sebagai satu usahasama di antara Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang dan promoter Zon Perdagangan Bebas Jebel Ali dalam 1999 untuk menarik pelaburan asing ke pelabuhan tersebut.
Tanah bagi projek berkenaan dimiliki oleh Kuala Dimensi, yang memperolehi hartanah itu dalam 1990-an dengan nilai RM96 juta, atau secara kasar RM3 bagi satu kaki persegi.
Tanah itu kemudiannya dijual kepada Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang dalam tahun 2002 atas asas komersil dengan harga RM1 bilion, atau secara kasar RM25 bagi satu kaki persegi. menurut dokumen kerajaan.
Pihak berkuasa pelabuhan selepas itu mengurniakan Kuala Dimensi hak mutlak untuk membangunkan zon perdagangan bebas, yang kemudiannya dilanda dengan pelbagai kepincangan dan salah urus.
------
Analisis berita Straits Times Singapore ini diterjemahkan oleh MUHAMMAD NOR ABD SAMAD
/detikdaily
Tuesday, September 1, 2009
Skandal PKFZ Jadi Dilema Besar Buat Najib Altantuya
6:28 AM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment