Thursday, September 17, 2009

Timbalan Perdana Menteri Ke-2 Dari Sarawak, Sabah :- Nizar vs Najib Altantuya


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencadangkan supaya diwujudkan satu lagi jawatan Timbalan Perdana Menteri yang khusus untuk pemimpin Sabah dan Sarawak.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu memberi alasan, saiz kedua-dua negeri tersebut yang jauh lebih besar berbanding Semenanjung mewajarkan pembahagian yang lebih besar untuk pemimpin dan rakyat dua negeri berkenaan dalam pembahagian kuasa di peringkat Pusat.

“Sabah dan Sarawak jauh lebih besar dari Semenanjung tetapi kelebihan itu tidak dicerminkan melalui perkongsian kuasa di peringkat Kerajaan Pusat.

“Saya fikir tidak ada salah kalau jawatan Timbalan Perdana Menteri kedua diberikan kepada mereka,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia 2009 di Dewan Tunku, Komtar, di sini, semalam.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman; Timbalan Ketua Menteri II, Prof P Ramasamy dan pemimpin-pemimpin Kerajaan Negeri.

Turut hadir dua wakil rakyat dari Sarawak iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Gabriel Adit dan ADUN Kota Sentosa yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching, Chong Chieng Jen.

Dalam pada itu, Guan Eng turut menyatakan beliau akan membawa cadangan dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri akan datang untuk menderma sebanyak RM30,000 bagi membela nasib wanita Penan yang dirogol pembalak di Sarawak.:

“Selain itu, Kerajaan Pulau Pinang akan merangka mekanisme mengelak golongan terbabit yang terpaksa menumpang kereta terus dirogol,” katanya.

Guan Eng berkata, penderitaan kaum Pen:an yang terpaksa menghadapi risiko dirogol setiap hari perlu dihentikan dan pihak berkuasa digesa lebih serius mendapatkan keadilan untuk mereka.-SinarHarian

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost