Thursday, September 10, 2009

Tun Mahathir Lawan Samy Vellu, Sokong Subramaniam? Nizar vs Najib Altantuya

Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu mempersoalkan motif calon timbalan presiden Datuk S Subramaniam mendapatkan bantuan pemimpin parti politik lain berkempen untuknya.

Katanya, Subramaniam telah mengaibkan MIC dengan mendapatkan bantuan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menyifatkan tindakannya sebagai "sengaja membawa masuk campur tangan luar", Samy Vellu berkata, banyak cawangan dan bahagian MIC menghubunginya untuk menyuarakan rasa marah mereka terhadap tindakan Subramaniam itu.

Presiden MIC itu mengulas laporan muka depan Makkal Osai, akhbar Tamil yang dikaitkan dengan Subramaniam, menyiarkan wawancara dengan Dr Mahathir sebagai berita muka depan di mana mantan perdana menteri itu memuji Subramaniam sebagai seorang pemimpn yang baik, dan mengkritik kepimpinan Samy Vellu.

Antara lain, Dr Mahathir dilaporkan berkata, kerana marahkan Samy Vellu, masyarakat India mengundi pembangkang dalam pilihan raya umum lalu.

Katanya, Samy Vellu sudah terlalu lama dan tidak pernah memberi peluang kepada pemimpin lain untuk menerajui parti itu.

"Jika masyarakat India mahu kemajuan dan melangkah ke hadapan, mereka mesti singkirkan Samy Vellu," katanya.

Difahamkan, wawancara dengan Dr Mahathir itu dibuat sebulan lalu.

Mantan perdana menteri itu bercakap mengenai banyak isu mengenai masyarakat India, tetapi akhbar berkenaan menyimpan ulasannya mengenai perkara Subramanian dan Samy Vellu sehingga hari ini.

Laporan Makkal Osai hari ini disiarkan sehari selepas Samy Vellu memberitahu Malaysiakini bahawa pihak luar, termasuk Umno, tidak seharusnya campur tangan dalam hal-ehwal MIC.
Subramaniam akan bertanding jawatan timbalan presiden MIC, Sabtu ini.

Manakala pasukan Presiden 2009 pula terdiri daripada timbalan presiden Datuk G Palanivel, yang mempertahankan jawatan itu, dan gandingan tiga serangkai Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S Subramaniam, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk S K Devamany dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk M Saravanan, yang akan bersaing bagi tiga jawatan Naib Presiden.

Samy Vellu turut merestui 27 daripada 63 calon yang akan berentap bagi mengisi 23 tempat dalam jawatankuasa kerja pusat parti.

Seorang lagi calon timbalan presiden ialah Datuk S Sothinathan.
Malaysiakini

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost