Thursday, September 24, 2009

Zambry MB Haram: Pengarah JAIP Sasaran Terbaru BN Perak :- Nizar vs Najib Altantuya


Isu kelewatan pembayaran elaun siak dan bilal menarik nak dikupaskan hari ini.

Semalam dalam blog-blog banyak menyiarkan isu ini,dan paling menarik bila menontong Buletin utama jam 8 semalam kerajaan negeri perak berkata wang waran telah dibayar kepada Jaip 9 sept dan telah diagihkan kepada pejabat pejabat daerah pada 11 sept 2009 , dan dalam perbualan telefon diantara Zamri dan pemberita beliau mengatakan bahawa Pejabat kewangan negeri telah membayar wang tersebut dan tidak ada kena mengena dengan masalah kewangan kewangan negeri,

Tetapi yang menariknya ialah cara penyampaian berita oleh buletin utama seolah olah menyalahkan Pengarah Jaip Sheikh Muhamad Nor Mansor Al-hafiz dengan menyiarkan bahawa beliau pernah bertanding bagi calun Pas dalam pilihan raya yang lalu dan beliau dilantik semasa zaman pemerentahan Dato Sri Nizar.

Jadi banyak persoalan yang menarik disini adakah kelewatan ini satu konpirasi atau memang disengaja atau pun memang masalah teknikal?Jika benar ini masalah teknikal kiranya bersabarlah wahai tok siak dan tok bilal jangan risau wang anda tak kemana bersabar sahaja nanti dapat wang itu.

Bagi Pengarah jaip ini mungkin satu signal dari kerajaan kudeta perak bahawa jawatan ini mungkin panas kerana latar belakang Tuan Sheikh yang pernah menjadi calun Pas dalam pilihan raya umum yang lalu ,mungkin ada usaha2 nak bersihkan pengaruh nizar dalam Jaip ?.Walau bagaimana pun kita tidak mahu isu ini menjadi lebih panjang serta dipolitikan oleh orang ramai.

Apa apa pun kita harap masalah teknikal macam ini dapat diselesaikan dengan segera kerana ramai tok siak dan bilal yang tak dapat imbuhan tempoh hari akan dapat meringankan kewangan mereka walaupun hari lebaran telah berlalu.

http://loveperak.blogspot.com/

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost