Sunday, October 4, 2009

Bagan Pinang: Isa Calon Paling Tepat - Hassan Ali :- Nizar vs Najib Altantuya


Calon Barisan Nasional, Tan Sri Isa Samad yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang 10 Oktober ini, dianggap sebagai calon yang paling tepat menggambarkan keburukan Umno.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, Isa Samad pernah terlibat dengan politik wang atau rasuah sehingga memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, sebelum ini.

“Calon BN pun perfect, saya memang mengharapkan agar dia mencalonkan Isa dengan baggage yang ada, sangat berat, baggage tentang rasuah, kuasa, merasuah untuk mejawat pelbagai jawatan, baggage tentang rasuah pembangunan yang tidak seimbang di negeri Sembilan, orang-orang Melayu diketepikan, Islam diketepikan, itu yang saya dengar cerita,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada TvSelangor pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Datuk Dr Hasan Ali, pemilihan Isa adalah sebagai satu peluang cerah kepada calon Pas, Zulkifli Mohamad Omar untuk menempah kejayaan pada pilihanraya kecil ke-9 selepas PRU-12, tahun lalu.

“Jadi saya rasa itu adalah satu perkara yang menguntungkan saudara Zulkifli Omar yang bertanding menentang beliau, alhamdulilah saya dilaporkan tadi 1 lawan 1, yang saya rasakan ini adalah sesuatu yang sangat baik yang akan berlaku di Bagan Pinang,”katanya.

Menurut Hasan Ali lagi, Barisan Nasional perlu bersedia dengan kemungkinan kekalahan kerana pemilihan calon BN itu menunjukkan kejatuhan kredibiliti pemimpin.

“Saya meramalkan kalau kita menang di Bagan Pinang, beberapa ahli Umno kena tempah batu nisan yang sesuai dengan mereka, atau kalaupun tak memang tengok majority kalau menang 1000 pun, Umno kena tempah batu nisan yang kecik sikitlah. Saya harap ini akan berlaku dan semua persiapan akan dibuat sebaik mungkin,”jelasnya.

Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Insfrastruktur dan Kemudahan Awam berkata, Pas Selangor akan memastikan sumbangan negeri Selangor kepada pilihanraya kecil di Bagan Pinang akan menambahkan keyakinan kepada pengundi.

Harapannya, pengundi bijak memilih pemimpin yang bebas daripada sebarang isu negatif dan memilih pemimpin yang jujur, telus serta berkredibiliti dalam pimpinannya dan beliau sendiri akan turut berkempen bagi memastikan kejayaan calon PAS.

/tvselangor

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost