Sunday, October 4, 2009

Bagan Pinang: Isa Samad Jual Tanah Pantai Port Dickson :- Nizar vs Najib Altantuya



Adun Port Dickson Bandar sendiri M. Ravi yang dihubungi kemudian menegaskan, bahawa skandal tanah yang melibatkan Isa sudah menjadi rahsia umum yang diketahui rakyat tempat.

"Rakyat di PD (Port Dickson) semuanya tahu tanah pantai diberikan kepada rakyat atau kroni," Menurut Ravi lagi, isu terbabit beberapa kali telah dibawa ke Parlimen, namun gagal diperbahas oleh Ahli-Ahli Parlimen Umno BN sendiri.

Mengulas dakwaan Isa adalah calon akar umbi Telok Kemang, Ravi mendakwa Isa hanya disokong oleh segelintir pemimpin tempatan yang sama-sama bersekongkol dalam aktiviti rasuah serta penyelewengan kuasa.

Kata Ravi lagi, mereka yang menjadi penyokong tegar Isa sebenarnya adalah mereka yang sudah pun menerima anugarah tanah serta wang ringgit daripada Isa, sewaktu calon Umno itu menjadi Menteri Besar.

Pengkorporatan tanah pantai ini menjadikan Isa seorang pemimpin rasuah; dan mementingkan kronik dari kepentingan rakyat.

Mengulas isu serangan peribadi ke atas calon yang menjadi trend pilihanraya kecil belakangan ini, Ravi tidak meminta pengundi N31 terus mempercayai beberapa pendedahan yang dilakukannya belakangan ini.

Sebaliknya, beliau meminta penduduk tempatan pergi sendiri ke Pantai Port Dickson untuk melihat gambaran sebenar pantai itu yang telah diprivasikan itu.

Selain hotel Mayangsari, terdapat beberapa hotel lain lagi di sepanjang pantai Port Dickson telah pun membeli tanah pantai secara haram dengan campur tangan kerajaan negeri, sewaktu Isa menjadi Menteri Besar.

/pr-vs-bn.blogspot

MyKampungku

2 comments:

Anonymous said...

betul tu....skrg ni bukan smua persisir pantai port dickson adalah pantai awam. hampir smua dh jd hak milik hotel2. abg aku seorg peniaga bot2 pelancong di pantai telok kemang. jentera2 PR tolong dekati peniaga2 dipersisir pantai telok kemang...tanyer masalah mereka, org ramai dtg sendiri tgk bagaimana pantai telok kemang yg selama ini dijajah oleh BN...hampeh sehampeh hampehnyer...deretan kedai2 yg amat memburukkan permandangan...

Anonymous said...

Kepada Yb Ravi jangan cakap banyaklah apa yang kau buat lepas jadi yb kat PD ni... cakap tak serupa bikin.. lebih baik ajar anak kau yang ambil pmr tu.. tengok dslsm beg sekolahnya ada buku tak..

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost