Monday, October 12, 2009

Bagan Pinang: Isa Samad Menang Besar Tapi UMNO Tetap Kalah? :- Nizar vs Najib Altantuya


Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang semalam sebagai kemenangan calonnya Tan Sri Isa Samad, dan bukannya kemenangan Umno, kata penganalisis politik.

"Kemenangan semalam lebih kepada faktor personaliti. Walaupun Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno, tetapi masyarakat melihat Isa melebihi parti.

"Walaupun terdapat salah laku, masyarakat melihat sumbangannya yang besar," kata Dr Sivamurugan Pandian.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) itu diminta mengulas kemenangan besar Isa yang berjaya mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti lebih 5,000 undi.

Dihubungi Malaysiakini petang ini, Dr Sivamurugan berkata, kemenangan Isa itu menjadi permulaan bagi Umno untuk mengembalikan semula kewibawaan Umno yang merosot teruk pada pilihan raya umum lalu.

Tambahnya, kemenangan Umno juga hasil kejayaannya mengelakkan sabotaj pemimpin setempat yang tidak terpilih sebagai calon – seperti yang pernah terjadi pada beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

“Sejak awal lagi, hanya satu nama (Isa) yang dicalonkan bertanding. Tidak ada sabotaj berlebihan seperti yang pernah berlaku sebelum ini. Penyelarasan jentera mereka juga baik,” katanya.

Ditanya tentang kesan kemenangan Isa yang didapati bersalah dalam politik wang selepas pemilihan Umno 2004, Dr Sivamurugan berkata:

“Inilah cabaran besar pada Umno. Hampir setiap tahun perkara ini dibangkitkan dalam perhimpunan agungnya.

“Walaupun ada yang melihat beliau harus dimaafkan dan diberikan peluang kedua, soalnya, bagaimana Umno mahu meyakinkan rakyat?”

Sementara itu, Setiausaha Umno Negeri Sembilan, Datuk Azman Hassan pula berkata, kemenangan Isa berpunca daripada kekuatan jentera pilihan raya setempat.

"Kita mempunyai perbezaan yang ketara (dengan negeri lain). Dengan kesungguhan kita bekerja, perpaduan antara jentera kita amat kuat.

"Apabila pemimpin bercakap, jentera kita bersedia bersedia. Kalau pemimpin saja cakap, tetapi jentera tak kuat hendak buat apa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo pula berhujah, BN memenangi pilihan raya kecil DUN tersebut kerana “mengutamakan pendapat rakyat” ketika memilih calon.

"Jika ditanya kepada sebahagian pemimpin veteran Umno, penganalisis politik dan pembangkang, pastinya Tan Sri Isa tidak layak menjadi calon.

"Seolah-olah tiada lagi peluang kedua ke atas mereka yang pernah dihukum atas apa kesalahan sekalipun.

"Namun BN dan (perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak melihat bahawa kehendak dan suara pengundi DUN Bagan Pinang lebih penting kerana mereka yang akan memilih siapa wakil mereka dalam DUN Negeri Sembilan."

Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang pula berkata, kemenangan Isa luar jangkaan itu jelas menunjukkan Umno dan BN tidak dapat berubah untuk membersihkan negara daripada gejala rasuah.

"Apa yang tidak dapat dijangkakan, kemenangan Isa dengan 8,013 undi dan majoriti 5,435 undi, menyapu bersih kesemua lapan pusat mengundi – keputusan yang jelas berhubung salah guna kuasa, politik wang dan penipuan undi pos," coret Lim di blog peribadinya.

Sumber Malaysiakini

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost