Tuesday, October 6, 2009

Bagan Pinang: Kenapa SPR Marah Sangat Kepada PKR dan DAP? :-Nizar vs Najib Altantuya

Petang tampal, malamnya kena koyak. Malam ni pasang pagi esok hilang!

Sungguh malang nasib menimpa bendera dan poster DAP dan PKR di Bagan Pinang. Bendera dicabut, papan tanda dirobohkan, lebih dahsyat poster-poster yang memaparkan wajah Lim Kit Siang dan DS Anwar Ibrahim dikoyak-koyakkan oleh tangan-tangan jahat.

Operasi tersebut dilakukan oleh kakitangan penguatkuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dan diketuai oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Abdul Wahab Shamsuddin atas arahan daripada Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof.

(Bendera DAP, PKR dan PAS ditumbangkan oleh kakitangan MPPD)

Alasan yang diberikan oleh SPR ialah DAP dan PKR tidak bertanding dalam Pilhanraya Kecil (PRK) Bagan Pinang dan tidak membayar deposit bahan kempen. Bagaimana pula dengan bendera dan poster UMNO, MCA dan MIC yang juga tidak bertanding? Sedangkan yang bertanding melawan calon PAS ialah calon dari BN bukannya UMNO!

SPR memang tidak berlaku adil, berat sebelah. Mungkin ‘batu’ SPR besar sebelah menyebabkan SPR jadi berat sebelah.

Semasa hari penamaan calon Sabtu lepas terdapat kejadian di mana anggota polis yang sepatutnya bertugas menjaga keselamatan tetapi melangkaui tugas dan kuasa apabila mengarahkan peserta perarakan menurunkan bendera DAP dan PKR. Malah ada anggota polis bertindak merampas bendera-bendera DAP dan PKR.

Kalau UMNO, MCA, MIC dan PPP dibenarkan kibar bendera oleh SPR kerana parti-parti itu adalah sebahagian daripada 14 parti komponen BN, bagaimana pula dengan Parti Makkal Sakhti, IPF dan MIUP parti tajaan Datuk S. Nalakaruppan?

(Bendera UMNO......kelihatan Pemuda MCA membawa sepanduk putih)

(Bendera PPP, UMNO, MIC dihalalkan oleh SPR)

Dalam laporan berita di TV pada hari penamaan calon, tayangan video perarakan calon BN jelas menunjukkan penglibatan parti Parti Makkal Sakhti, IPF dan MUIP dalam perarakan itu. Sedangkan parti-parti itu bukannya kerabat BN. Kerana menguntungkan BN, SPR hanya membisu! Atau SPR tiada ‘batu’?

Bagan Pinang oh Bagan Pinang…
/perakexpress

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost