Wednesday, October 7, 2009

BENDERA (Barisan Demokrasi Rakyat) Mahu Tawan Bandar Kuching Dan Tawau Esok. :- Nizar vs Najib Altantuya

Isu tarian pendet yang cetuskan sentimen anti-Malaysia sehingga mahu serang Malaysia bukan masalah berat, masih dapat dibincangkan

KUCHING: Isu tarian pendet yang mencetuskan sentimen anti-Malaysia di Indonesia bukan masalah yang berat dan masih dapat dibincangkan (diselesaikan).Penyelia di sebuah restoran Indonesia, Fitri Yunita, 30, mengakui isu budaya (tarian) itu memang antara puncanya.

“Antara isu-isunya adalah seperti tarian pendet, Manohara serta kes majikan yang memberi layanan buruk kepada pekerja Indonesia.

“Namun kebanyakan daripada masalah itu bukan salah kerajaan Malaysia tetapi berkemungkinan salah faham atau ada dalang yang menghasut,” katanya ketika ditemui di sini.

Mengenai isu tarian pendet itu, Yunita berpendapat bahawa ia sudah selesai kerana kerajaan Malaysia tidak ada kaitan dengan hal tersebut.

“Mereka tidak harus bersikap demikian walhal kerajaan Malaysia sentiasa membantu memberi sumbangan kepada Indonesia pada saatmemerlukan,” katanya ketika ditemui, di sini.

Dia menambah, Indonesia agak mundur dari segi pendidikan jadi mereka (golongan anti-Malaysia) kurang berpengetahuan serta mudah terpengaruh.

“Apa pun tindakan yang mereka ingin ambil untuk mengapa-apakan Malaysia, mereka harus melupakannya kerana negara kita berjiran dan budaya pula hampir sama,” katanya yang berkahwin dengan penduduk tempatan baru-baru ini.

Fitri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ancaman daripada Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) yang dilaporkan akan ‘menyerang dan menakluk’ beberapa bandar di Borneo, termasuk Kuching dan Tawau di Sabah pada 8 Oktober ini.

Seorang lagi warga Indonesia, Hening Dyah, 29, berkata memang tidak dapat dinafikan berlaku sentimen anti-Malaysia di kalangan warga Indonesia tetapi tidak semua rakyat Indonesia mempunyai pendapat yang sama.

“Hal itu mungkin tercetus kerana masalah budaya yang selama ini dikenali milik Indonesia tetapi digunakan untuk memasarkan Malaysia.

“Namun, saya juga telah difahamkan bahawa itu semua merupakan kegiatan pihak swasta di Malaysia dan kerajaan Malaysia tidak ada kena mengena dengan hal tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, budaya di Malaysia hampir sama dengan Indonesia dari segi tarian dan nyanyian Melayu mungkin disebabkan Malaysia dan Indonesia suatu ketika dahulu sama-sama di bawah kerajaan Majapahit dan Sriwijaya.

Mengulas mengenai layanan negatif kepada warga Indonesia di Malaysia, dia berkata tidak semua warga Malaysia berkelakuan demikian.

Seorang pekerja warga Indonesia yang hanya ingin dikenali sebagai Azizi, 30, berkata masalah itu kemungkinan timbul kerana perselisihan faham individu.

“Mereka mungkin mempunyai salah faham di tempat kerja ketika berada di sini atau mempunyai perasaan tidak puas hati dengan majikan atau kawan di tempat kerja.

“Tetapi bagi saya, layanan orang Malaysia di sini baikbaik sahaja dan tidak pernah wujud salah faham antara kami,” katanya.

Menurutnya, majikannya juga memberi layanan baik kepadanya dan akan menegurnya dengan baik jika dia melakukan sesuatu kesalahan. - /BorneoPost.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost