JIKA Barisan Nasional (BN) merasakan slogan 1Malaysia yang baru diperkenalkan sudah cukup diterima rakyat hingga menyebabkan calon BN di Dun Bagan Pinang menang besar, mengapa agaknya Dato' Seri Najib Tun Razak tidak berani untuk memenuhi slogan tersebut di Negeri Perak dengan ‘rakyat didahulukan’ – membubarkan Dewan Undangan Negeri?
Sepatutnya, momentum kemenangan di Dun Bagan Pinang yang diuar-uarkan sebagai petanda rakyat sudah benar-benar menerima slogan baru ini, bagi menggantikan slogan sebelumnya Islam Hadhari, sepatutnya permintaan rakyat Negeri Perak supaya pilihan raya diadakan semula bagi memilih kerajaan negeri – tidak patut ditangguhkan.
Najib dan mereka yang merasakan Umno kini sudah semakin pulih, selepas Perhimpunan Agung baru-baru ini tidak perlu gusar untuk berdepan dengan rakyat dan pengundi di Perak.
Sejarah membuktikan Umno akan menjadi berani jika mereka merasakan mereka kuat. Setiap kali pilihan raya umum diadakan, biasanya mereka mempunyai kayu pengukurnya sendiri, ketika situasi membenarkan berbuat demikian.
Dari cakap-cakap (dan laporan media arus perdana), menggambarkan kepimpinan Najib sudah diterima, tidak ada sebab mengapa Najib terpaksa ke Ipoh untuk menerangkan lagi sekali 1Malaysia yang dibawanya sambil memberi amaran kepada pembangkang, jangan menganggu persidangan Dun yang dijadualkan 28 Oktoner ini.
Kerajaan Negeri Perak sekarang ini menggunakan pelbagai medium untuk menyampaikan mesej mereka. Radio dan blogger menjadi begitu penting di Perak sekarang. Namun, mereka sedar, dari keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang, mereka tidak terlawan dengan kemahuan rakyat merubah kerajaan dari diterajui BN kepada di terajui Pakatan Rakyat.
Media arus perdana mengambarkan kononnya Menteri Besar Perak sekarang, Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir sentiasa diasak dengan serangan pembangkang tetapi hakikatnya, Dr. Zambry tidak mampu berbuat apa-apa di Perak kerana beliau sudah dilihat sebagai seorang Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa dan tidak mampu berbuat apa-apa.
Beliau sentiasa di kelilingi budak-budak muda yang kononnya mempunyai idealisma perjuangan murni tetapi tidak realis. Pejabat Menteri Besar masih dikepung kuat oleh mereka hingga orang ramai sukar untuk membuat pertemuan dan urusan.
Mereka tersepit dengan cerita Menteri Besar terdahulu lebih berani, lebih telus dan lebih cepat bertindak tetapi mereka pula masih terikat dengan cerita MB Tajol Rosli, mesti dikaji dan diteliti terlebih dahulu. Kemudiannya, permohonan dan surat-surat tersebut senyap begitu sahaja – hilang entah ke mana.
Khabarnya Menteri Besar terpaksa menggunakan khidmat pengawal keselamatan dan keretanya sentiasa diapit dengan sebuah kereta lain yang kononnya mahu menjaga keselamatannya. Di kalangan Adun-Adun Umno yang tidak dilantik menjadi Exco sudah mula bersungut, Dr. Zambry rupa-rupanya hebat berpidato sahaja tetapi dari segi tindakan dan perlaksanaan, tidak mempunyai kemampuan.
Hari ini, Dr. Zambry bukan semakin takut berjumpa orang ramai malahan tugasnya sekarang dilihat lebih banyak menyusun jadual kedatangan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ke Perak bagi membantunya mendapatkan sokongan rakyat kepada dirinya. BN mempunyai jentera besar untuk mengetahui sokongan rakyat kepadanya.
Namun, sehingga kini mereka masih tidak berani membubarkan Dun kerana percaya jika Dun dibubarkan, Dr. Zambry bukan sahaja tidak lagi menjadi Menteri Besar, malahan, kerusi Dunnya di Pangkor pun mungkin menjadi milik orang lain.
Akhbar arus perdana berhempas pulas memberi publisiti kepada Dr. Zambry bagi mengambarkan beliau seorang anak nelayan yang dapat merasakan denyut nadi kesusahan rakyat walaupun kini sudah menjadi Menteri Besar tetapi, rakyat di Perak tidak dapat dipengaruhi dengan cerita ini.
Buatlah tinjauan sendiri kepada orang-orang Umno, siapakah yang dapat membuat temujanji dengan Dr. Zambry. Tiada. Beliau di Pejabat Menteri Besar khabarnnya lebih banyak bersembang isu politik dan propaganda yang mahu dibuat daripada merancang pembangunan Negeri Perak demi kemudahan rakyat.
Ketika Perhimpunan Agung Umno, beliau seboleh-boleh mengelakkan diri dari bertemu ramai orang dengan ‘terkejar-kejar’ untuk menjauhkan diri dari orang ramai khususnya rakyat Negeri Perak bagi mengelak untuk bertentangan mata.
Heboh sekarang, rakyat Perak yang kuat menyokong Umno memperkatakan apakah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tahu fiil Dr. Zambry ini? Jika tahu mengapakah kepercayaan diberikan kepadanya untuk menjadi Menteri Besar sedangkan masih ramai orang lain yang dikatakan lebih senior dan lebih layak darinya.
Kata mereka, jika dulu Dato' Seri Tajol Rosli dikatakan tidak suka melayan orang ramai, tetapi Tajol Rosli tidak terkejar-kejar menjauhkan diri dari orang ramai berbanding dengan Dr. Zambry, buat-buat macam sibuk hanya kerana mahu menjauhkan diri dari mereka yang ingin bersalam dan berjumpa dengannya.
Inikah fiil anak nelayan yang cuba digambarkan media massa arus perdana, soal seorang pemerhati politik dari Bukit Gantang.
Ketika Dr. Zambry dilihat berpaut kepada pengaruh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, rekod lama Dr. Zambry sebagai ‘budak Anwar Ibrahim’ juga menyebabkan kesetiaannya kepada Najib dan Muhyiddin disangsikan.
Kata mereka yang mengenali Dr. Zambry, jika Dato' Seri Anwar Ibrahim boleh dikhianatinya apatah lagi Najib dan Muhyiddin.
Di kalangan ketua-ketua bahagian, mereka merasakan Dr. Zambry tidak memperdulikan mereka kerana sibuk menjaga Adun-Adun yang sudah tidak lagi menjadi ketua bahagian. Dr. Zambry risau, jika Adun buat perangai, kerajaan negeri boleh tumbang tetapi mengenepikan ketua bahagian, risikonya tidak besar mana.
Jika penyelesaian krisis Umno Bahagian Larut dianggap sebagai ‘kejayaan’ Dr. Zambry, namun beberapa Adun yang tidak menjamah apa-apa habuan dari kerajaan negeri BN sekarang sudah mula merasakan Dr. Zambry mempunyai kroninya sendiri untuk dilantik menjadi pengerusi-pengerusi anak-anak syarikat kerajaan negeri.
Walaupun mereka mungkin tidak sampai melompat meninggalkan Umno tetapi mereka mengharapkan Dr. Zambry tidak terus dikekalkan sebagai Menteri Besar kerana sikapnya yang ‘suka mengelak’ daripada berdepan dengan masalah.
Blogger yang pro Umno di Perak khabarnya hidup mewah sekarang kerana mereka dibayar untuk menulis perkara-perkara baik mengenai BN dan menyerang dengan memaki hamun PAS, PKR dan DAP – untuk ditunjukkan kepada Dr. Zambry dan dibayar semua tulisannya itu.
Samada tulisan-tulisan itu berkesan atau pun tidak, ia tidak penting kerana semua mereka yang berada di dalam kerajaan negeri mahukan ‘cerita-cerita muluk’ untuk mereka menyedapkan hati masing-masing.
Jika mereka bertahan dengan kerajaan yang ada, tanpa memperdulikan kehendak rakyat supaya pilihan raya Dun diadakan semula, PRU 13 akan menjawab segala-galanya. Semua petunjuk yang ada membolehkan MB, Exco dan wakil-wakil-wakil rakyat yang dilantik memegang jawatan dalam anak-anak syarikat kerajaan negeri, mengemas barang-barang peribadi untuk dibawa pulang.
Mereka semuanya sedar, mereka di situ kerana ada tangan ghaib bersama-sama mereka tetapi jika kedaulatan suara rakyat dijadikan mahkamah, mereka sudah lama gulung tikar untuk berpindah!
Krisis Umno di bahagian-bahagian tidak langsung dapat diselesaikan walaupun di Larut baru-baru ini, mereka bergambar beramai-ramai bagi menunjukkan kepada orang ramai, mereka sudah Berjaya menyelesaikan kemelut yang melanda. Hakikatnya… semua orang tahu, ia adalah luaran sahaja.
--detikdaily
Sunday, October 25, 2009
Cemas Bubar DUN Dan Fiil Buruk Zambry MB Haram :- Nizar vs Najib Altantuya
12:19 PM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment