Ketika menjelangnya mesyuarat luar biasa (EGM) MCA tiga 10, pada pukul 10 pagi, hari ke-10 bulan kesepuluh, Sabtu ini ramai pemerhati politik dalaman percaya 2,377 perwakilan pusat yang akan mengundi, telah membuat keputusan mereka.
Ini kerana walaupun kewujudan apa yang dipanggil "pasukan ketiga" yang mahukan perwakilan menolak keduadua Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dan Timbalan Presiden yang digantung Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada EGM ini.
Cakap-cakap mengenai "pasukan ketiga" timbul sejak beberapa bulan lepas tetapi hanya hari ini mereka muncul pada persidangan akhbar yang dianjurkan oleh pengerusi cawangan Rasah Jaya, Seremban, Negeri Sembilan, Tan Kah Choun.
Tan mendakwa kumpulan itu mendapat sokongan oleh sesetengah perwakilan pusat parti serta daripada 13 bekas pemimpin MCA lain termasuk Tan Sri Lee San Choon, Tun Dr Ling Liong Sik, Tan Sri Ong Ka Ting, Tan Sri Chan Kong Choy dan Tan Sri Dr Ting Chew Peh, sungguhpun sesetengah pemimpin itu menafikan penglibatan mereka.
Ting dengan secara terbuka menafikan bahawa beliau tidak pernah menyokong kumpulan itu dan terkejut namanya dikaitkan dengan mereka kerana mereka tidak pernah menghubunginya untuk membincangkan perkara ini.
"Ini dakwaan tidak berasas, seperti menangguk di air keruh. Saya percaya perwakilan itu matang, mereka tahu apa yang hendak dilakukan. Adalah tidak adil kerana hanya kerana pertelingkahan, keduaduanya terpaksa meletak jawatan," kata beliau.
Walaupun perkembangan terbaru ini, di mana sesetengah pemerhati politik percaya ia bertujuan memecahkan undi, sesetengah perwakilan berkata mereka telah membuat keputusan dengan apa yang akan dilakukan pada hari itu tetapi ingin berdiam diri sehingga tiba pada masanya.
"Kebanyakkan kita sudah penat. Kita hanya mahu perkara ini selesai secepat mungkin dan parti itu bergerak. Anda akan tahu keputusan itu apabila kita mengundi Sabtu ini," kata seorang perwakilan dari Johor.
Ong dikatakan mempunyai kelebihan apabila beliau menyetujui EGM, 10 Okt ini dan menerima lima resolusi yang dicadangkan para penyokong Dr Chua yang akan dibentangkan, yang menyaksikan beliau tersingkir bersamasama dengan penyokongnya.
Presiden MCA itu yang sedang menghadapi krisis dengan Dr Chua sejak pemilihan parti tahun lepas, terpaksa menghadapi perwakilan itu yang akan menghakimkan samada keputusan beliau diterima oleh anggota akar umbi atau sebaliknya.
Bagaimanapun, sebelum berlangsungnya EGM itu, badan pembuat keputusan parti itu, Jawatankuasa Pusat (CC) telah mengurangkan hukumannya kepada Dr Chua hanya digantung daripada parti itu empat tahun tetapi penyokong Dr Chua mendakwa ini adalah tidak adil dan berikrar untuk mengubah keputusan tersebut pada EGM. Sesetengah perwakilan parti percaya bahawa perkembangan terbaru ini berkaitan dengan Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dan laporan berita bahawa Ong telah bebas daripada kes rasuah RM10, yang mungkin akan berpihak kepadanya.
Sekurang-kurangnya, pada persepsi orang ramai, Ong dilihat orang yang boleh mengetuai parti tersebut, seperti yang ditunjukkan dalam bancian pandangan terkini yang dikeluarkan oleh Pusat Merdeka untuk Penyelidikan Pendangan.
Bertajuk "Perkembangan Politik MCA, Perubahan BN, PKFZ dan Persepsi terhadap Pakatan Rakyat", hasil bancian itu mengenai kepimpinan MCA menunjukkan Ong memperoleh 25.2 peratus pada keseluruhan 846 responden untuk mengetuai MCA berbanding dengan hanya 5.8 peratus yang diterima Dr Chua.
Bancian itu yang dijalankan dari 29 Sept hingga 4 Okt membayangkan bahawa 32.2 peratus responden Cina menyatakan mereka menyokong Ong untuk mengetai parti itu berbanding dengan hanya 5.1 peratus yang berpihak kepada Dr Chua.
Bagaimanapun, penyokong Dr Chua masih yakin bahawa mereka boleh memenangi hati perwakilan dengan mengatakan : "respon daripada perwakilan menggalakkan" dan menuju kepada satu kemenangan dengan lima usul diluluskan oleh perwakilan.
Lima resolusi itu ialah (1) usul tidak percaya terhadap Ong (2) untuk membatalkan keputusan majlis presiden untuk memecat Dr Chua (3) menerima semula Dr Chua sebagai timbalan presiden MCA (4) membatalkan sebarang pelantikan termasuk timbalan presiden yang dibuat sebelum EGM dan (5) tidak dikenakan tindakan disiplin terhadap penuntut EGM itu.
Penyokong Ong mendakwa maklumbalas daripada akar umbi sangat jelas bagi usul pertama dan kedua.
"Saya tidak fikir undi tidak percaya akan berjaya kerana ramai dalam parti mahukan beliau untuk mengetuai, malahan sesetengah mereka tidak suka beliau secara peribadi," kata sumber parti itu.
Para penyokong yang sama menyatakan anggota parti dan perwakilan kini mendapat gambaran yang lebih baik mengenai apa yang berlaku dalam parti dan sokongan untuk beliau telah meningkat sejak beberapa minggu lepas.
"Resolusi kedua untuk membatalkan keputusan majlis presiden bagi memecat Dr Chua kini tidak ada apaapa kerana bekas Menteri Kesihatan itu hanya digantung selama empat tahun.
"Sebelum digantung, sentimen sangat kuat dan ramai perwakilan bersimpati dengan Dr Chua tetapi selepas keputusan CC itu, situasi sudah berubah," tambah beliau.
Bagaimanapun, pemerhati dalaman parti meramalkan hasil EGM Sabtu ini adalah tipis kepada keduadua pihak kerana sesetengah perwakilan tidak hiraukan dengan keputusan tersebut.
"Kita bimbang dengan kadar kehadiran. Sesetengah perwakilan telah membayangkan bahawa mereka mungkin tidak hadir," menurut pemerhati politik dalaman itu.-/mStar
Friday, October 9, 2009
EGM MCA: Adakah Ong Mempunyai Kelebihan? :- Nizar vs Najib Altantuya
6:08 PM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment