Wednesday, October 14, 2009

EGM UMNO: Khairy, Siapa Yang Retak Menanti Belah Sebenarnya? :- Nizar vs Najib Altantuya


Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dalam ucapan dasar Mesyuarat Agung Luar Biasa Umno hari ini mendakwa bahawa Pakatan Rakyat adalah pakatan rapuh yang retak menanti belah.Namun hakikatnya BN lah yang sebenarnya sering berbalah dan retak. Jika tidak berbalah sesama komponen BN, parti-parti dalam BN berbalah dalam soal kepimpinan parti masing-masing sehingga berlarutan.MIC berbalah, MCA bergaduh, PPP berkelahi.

MCA berbalah sehingga Presiden dan Timbalan Presiden terlucut jawatan masing-masing. MIC berbalah kerana Samy Vellu tetap mahu menjadi Presiden seakan-akan seumur hidup. PPP berbalah sehingga terpaksa dirujuk ke Pendaftar Pertubuhan.

Jadi siapa sebenarnya yang retak menanti belah.

Umno sendiri nampak sahaja tenang tetapi masing-masing sibuk memasang strategi untuk naik dan mencantas orang lain. Sebab itu masalah politik wang dan rasuah tidak pernah padam dari kamus politik Umno.

Jadi tidak perlulak Khairy menuding cari menuduh PR berbalah dan menunggu kehancuran sedangkan pondok buruk beliau sendiri yang sedang terhoyong-hayang untuk tersungkur menyembah bumi.

Untuk pengetahuan Khairy perjuangan BN yang berlandaskan perkauman dan politik lama sudah tidak dilayan oleh rakyat. BN hanya boleh mendabik dada sehingga sekarang cuma kerana mereka menyalahgunakan kuasa ketika pilihanraya. Seluruh jentera dan agensi kerajaan digunakan untuk memenangkan BN sebab itulah BN kekal hingga ke hari ini.

Jika tidak BN sudah pasti berkubur. Rakyat mula melihat perkara ini dan Bagan Pinang merupakan medan permulaan rakyat mula membuka mata dan bertindak.

/detikdaily

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost