Saturday, October 17, 2009

Formula UMNO Tawan Selangor: Potong Peruntukan Pembangunan :- Nizar vs Najib Altantuya

Sejak keputusan keramat 8 Mac 2008 yang melihat Umno dan BN kecundang buat pertama kali dalam sejarah di negeri Selangor, ramai yang gigit jari, gundah-gulana dan hilang pedoman. Mantan MB Umno dikejutkan apabila tidak lagi menjadi MB, begitu juga ahli-ahli EXCO nya termasulah ADUN-ADUN yang baru mahu merasa puncak kuasa.

Umno Selangor terus gelisah dan tidak dapat menerima penolakkan rakyat terhadap mereka apabila wakil Umno negeri tersebut, Abdul Shukor Idrus yang juga berkata dalam perhimpunan Umno semalam:

“Kami di Selangor sudah tidak segagah dahulu. Semuanya sudah terlepas dari tangan kami.”

Tetapi sedihnya apabila Shukor cuba mengusulkan pendekatan “bakar dan musnah”, pendekatan yang diambil oleh Rusia apabila tenetra Nazi Jerman cuba menakluki bumi mereka. Shukor mengusulkan agar kerajaan pusat memotong peruntukkan pembangunan ke Selangor sebagaimana yang pernah dibuat di Kelantan dan di Terengganu yang diperintah PAS, tidakkah hodoh dan zalim cadangan ini?!

Kalau pun kesal dan marah dengan kekalahan yang menimpa mereka, mengapa sampai perlu membakar kelambu? Beliau mengusulkan wang peruntukkan itu sebaliknya disalurkan terus kepada Umno Selangor……….

Demikianlah perangai Umno yang tidak pernah lekang sejak zaman berzaman. Politik peras ugut sudah sebati dalam darah daging mereka, biar rakyat derita sengsara asalkan nafsu politik mereka terkabul.

Kalau beginilah perangai pimpinan Umno di Selangor, jangan PRU akan datang, saya rasa Umno akan terus ditolak rakyat sampai bila-bila di sini. Rakyat Kelantan tolak Umno pada tahun 1990 dahulu dan berterusan selama 19 tahun kini, antara puncanya kerana Umno bertindak zalim terhadap mereka.

Biarlah puaka ynga menimpa Umno Kelantan berjangkit ke Selangor.

Dan dalam ucapannya juga Shukor mendedahkan bahawa factor kekalahan mereka di Selangor selain faktor penerimaan rakyat terhadap Pakatan Rakyat, adalah faktor sabotaj dikalangan sesama Umno. Memang walaupun kini tiada lagi berkuasa, tetapi Umno Selangor terus berbalah, orang Mat Taib, orang Khir Toyo, orang Noh Omar semuanya berlantakkan sesama mereka. Bayangkan kalau peruntukkan kerajaan pusat untuk Selangor disalurkan terus ke Umno negeri! Alamat bersilat dan bertikam-tikamlah sesama mereka kerana merebut harta dan kekayaan. Sementara itu rakyat terus diabai dan PR insyallah akan terus berkuasa.

http://n32.blogspot.com/

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost