Thursday, October 1, 2009

Hassan Ali Dan Khalid Samad Perlu Direhatkan? :- Nizar vs Najib Altantuya


Nampaknya PJ Selangor Dato Hasan Ali menimbulkan polemik baru politik Selangor selepas isu arak. Kali ini tentang SELCAT. Beliau memberi ulasan yang berlawanan dengan semangat Pakatan Rakyat tentang SELCAT kepada media perdana yang sememangnya menjadi barua kepada IMNO.

Kelakuan PJ Selangor ini mengingatkan kita kepada peristiwa yang berlaku di Kelantan diambang pembubaran Semangat 46 dan penarikkan diri S46 dari Angkatan Perpaduan Rakyat tahun 90an dulu. Exco Kelantan dari S46 Dato Rozali Ishak ketika itu berwatak 2 muka. Ketika siang hadiri mesyuarat Exco yang dipengerusikan oleh MB manakala waktu malamnya naik pentas ceramah menghentam Kerajaan Kelantan.

Walaupun kelakuan Hasan Ali tidaklah sampai setaraf Rozali Ishak tetapi hampir-hampir menyamainya.

Pakar Undang-Undang, Dr Aziz Bari menegur cara Hasan Ali bertindak diluar batasan semangat Pakatan Rakyat. Baginya cara Hasan Ali bertentangan dengan dasar-dasar perlembagaan berparlimen yang menyatakan setiap exco mesti memberi sokongan kepada apa-apa keputusan yang dibuat oleh DUN dan Kerajaan yang memerintah. Sama seperti setiap Menteri mesti sokong apa yang diputuskan oleh Kabinet di peringkat Pusat.

Peliknya adakah Hasan Ali tidak memahami prinsip ini? Beliau seorang yang amat berpengalaman dalam kerajaan dan bekas pegawai PTD ?

Timbul persoalan mengapa beliau tidak bawa isu SELCAT ke mesyuarat Exco sedangkan beliau seorang Exco? Atau paling kurang jumpa ahli SELCAT dari PAS YB Saari Sungib untuk nyatakan cadangan maupun kritikan ? Adakah beliau ada masalah komunikasi dengan YB Hulu Kelang ?

Manakala kenyataan Khalid Samad juga kepada media perdana sepatutnya tidak berlaku. YB Shah Alam sepatutnya tidak gunakan media barua UMNO untuk menjawab kenyataan Hasan Ali tentang SELCAT.

Beliau patut diamkan diri dan bawa perkara ini kepada PAS Pusat. Bukankah beliau adalah seorang AJK Biro Politik ? Perlu rasional dan professional. Apabila mengeluarkan kenyataan berbalas-balas dengan PJ seolah-olah kita punya perangai kebudakan dan ada masalah peribadi keduanya.

Contohilah sikap YB Hulu Kelang Saari Sungib juga ahli SELCAT. Beliau ambil sikap yang bijak iaitu diamkan diri.

Kita juga hairan mengapa PAS Pusat begitu "lembab" bertindak untuk "plaster mulut" Hassan Ali dan Khalid Samad ? Sepatutnya dari awal bertindak menutup lubang fitnah !

Mungkin PAS Pusat selepas ini perlu "rehatkan" Hasan dan Khalid sementara waktu untuk mereka berdua selesaikan masalah peribadi mereka. Lantik pimpinan lain untuk tugasan seterusnya. Elok Hasan dan Khalid dihantar ke Mekah buat umrah sambil bermuhasabah diri dan berdoa banyak-banyak depan Kaabah. InsyaAllah selesai masalah !

/detikdaily

MyKampungku

3 comments:

Anonymous said...

Saya setuju. Kedua-duanya YB Hassan Ali dan YB Khalid perlu muhasabah diri sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dan perlu memikirkan akibat dari sebarang kenyataan yang dikeluarkan terutamanya kepada media-media pro BN. Sesuatu perkara perlu dimesyuarahkan terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan yang boleh mengakibatkan seperti berpuak-puak. Jangan kerana keduanya berbeza pendapat rosak jemaah keseluruhannya. Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Bermesyuarahlah dan mohon keampunan kepada Allah swt.

hj jamaludin said...

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Tiada sebab kenapa YB Hasan Ali mahupun YB Khalid di arah "REHAT" . Kedua YB Ni dibayar gaji untuk berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor , So jangan nak pandai pandai suruh mereka rehat.
Bagi pendapat saya perihal keterlanjuran YB Hasan mempertikaikan inkuri SELCAT harus di pandang positif . Sebagai seorang EXCO kerajaan Negeri Selangor yang seketika dahulu mengidamkan jawatan MB Selangor tak kesampaian , So sepatutnya YB Hasan Ali diangkat menjadi Pengerusi inkuri Selcat bukan nya YB Teng kerana Chet Det penat mengeluarkan wang sebanyak RM 1 Million untuk Yb Hasan Ali mendapat PHD.Soalan Kenapa seorang yang ber PHD tidak di lantik menjadi Pengerusi SELCAT ?
Cadangan kepada pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat , lain kali apa apa jawatan lama atau jawatan pertubuhan bahru hendaklah di lantik YB Hasan Ali menjadi KETUA/PENGARAH/PENGERUSI supaya YB Hasan dapat mencurahkan ilmuan PHD RM 1 Million yang beliau meliki . La ni , mestilah YB Hasan Ali marahkan pemimpin pemimpin Pakatan Rakyat tidak pandang sijil PHD RM 1 Million. Betul tak Yb Hasan Ali , mereka langsung tak hormat dengan enkau wahai Yb Hasan Ali.

CUPING MERAH said...

pertelagahan mereka untuk kebaikkan rakyat..

jangan jadi umno..bertelagah kerana merebut kuasa dan duit...

tak perlu dipersoalkan lagi perkara ini hanya isu yang kecil dan tidak menjejaskan pakatan rakyat pun..

janganlah kita pula yang cuba membesarkan isu ini..
tumpu perhatian pada PRK Bagan Pinang..ok

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost