Wednesday, October 28, 2009

Isu UG UMNO-PAS: Haji Hadi Bermain Kata-Kata... :- Nizar vs Zambry & Najib Altantuya


Oleh: Huzaifah

Aku baca kenyataan Hj Hadi dalam Sinar Harian hari ni, jika akhbar Sinar tu tipu…maka tipulah aku. Tapi jika Sinar tipu, Hj Hadi kena saman. Bagi aku, aku masih boleh meletakkan kepercayaan kepada Sinar berbanding Utusan dan lain-lain akhbar. Tak taulah kalau ada dua tiga kerat pimpinan PAS yang rasa Utusan masih boleh diharap dan suka jika wajah dan nama mereka dijadikan berita Muka Hadapan!

Dalam Sinar, Hj Hadi dilaporkan mengulang kembali statement lama beliau, iaitu “Idea UG tu dulu, zaman Pak Lah, sekarang dah tukar PM baru…so, tak berbangkit dah…” Tu okay lagi, tapi bila wartawan tanya Hj Hadi, adakah masa depan isu UG ni boleh berbangkit semula dengan Umno, Hj Hadi kata: “Masa depan kita tak tahu.”

Aku setuju dengan TGNA, Hj Hadi nampaknya masih cuba bermain kata-kata di sini. Awat dia tak kata lagu ni: “Saya sungguh rasa MENYESAL kerana mencetuskan idea UG ini. Memang benar, PAS dan Umno selama-lamanya tak akan dapat BERSAMA, kerana dasar PAS dan Umno berbeza. PAS dasarnya Islam, Umno dasarnya Kebangsaan. Oleh itu, saya dengan ini MENARIK semua pendapat saya tentang UG dan mulai hari ini juga, saya tidak mengizinkan SESIAPA pun lagi berbicara soal UG. Saya akan memastikan perkara ini dan TINDAKAN TEGAS akan dikenakan kepada sesiapa pun, jika mereka masih lagi membangkitkan isu UG ini atau masih mencetuskan sebarang tindakan yang membawa kepada membangkitkan isu UG dan merugikan PAS dan Pakatan Rakyat seperti di Selangor.”

Aku tak reti bahasa politik, tapi aku rasa jika Hj Hadi keluarkan statement macam di atas, maka TGNA akan lebih berpuas hati. Barulah nampak jelas kekesalan di pihak Hj Hadi dan tidak ada lagi walau sebesar hama atau sekenit, niat di hatinya untuk kembali ke meja rundingan dengan Umno selepas ini dalam isu UG.

Tapi, bak tulisan TGNA dalam blog dia, dia kesal kerana Hj Hadi gagal mengenakan suatu tindakan disiplin kepada segelintir pemimpin atasan PAS yang masih bersifat pro-kepada UG. Ada orang istilahkan mereka Pro-Umno. Aku ulang semula, apa yang dilakukan oleh Hasan Ali di Selangor adalah manifestasi kepada sikap pro-Umno @ Pro-UG ini. Dia boleh nafï; tapi orang lain melihat dan menilai. Dia tak payah kata lagu ni: “Ini Dr Hasan Ali, tak akan baik dengan Umno sampai bila-bila…” tapi orang lihat apa dia buat, cara dia layan orang-orang Umno di sekeliling dia, cara dia layan Ronnie Liu, cara dia berdepan dengan beberapa isu melibatkan MB Selangor dan tak lupa cara dia melayan beberapa kerat pimpinan PAS Selangor…maka orang akan buat analisis dan hasilnya timbullah persepsi negatif. Bak kata Dr Aziz Bari, politik lebih kepada persepsi!

Malam ini, TGNA akan berhadapan dengan dua tiga kerat gerombolan Pro-UG aka Pro-Umno di Jalan Raja Laut. Sebagai ahli PAS biasa, yang tak dapat jadi perwakilan pun di muktamar baru-baru ini, aku hanya berdoa semoga TGNA mampu menundukkan keegoaan beberapa kerat pemimpin PAS yang masih terliur dengan UG. Aku harap sangat, biarlah mereka yang sudah menyusahkan PAS selama ini, dikenakan tindakan yang tegas. Biar mereka tahu, PAS tegak atas titik peluh orang bawah, yang hidupnya tak pernah merasa naik kereta Proton Perdana pun, tak pernah rasa makan kat hotel pun dan tak pernah rasa masuk istana pun.

Dan aku yakin, jika dua tiga kerat pemimpin bermasalah dalam PAS ini mampu didisiplinkan secara sepatutnya, maka baharulah selepas ini PAS kembali berada di atas landasan yang betul. Jika tidak…ibarat kata TGNA dalam blognya: “….tenggelam-tenggelam…timbul kembali.”

P/S: Aku berpandangan, suatu komiti yang mana AJK nya dianggotai oleh kalangan yang dilihat tidak berpihak perlu diwujudkan demi menjernihkan kembali keadaan dalam PAS. Mustafa Ali, Nasharudin Mat Isa dan Presiden sendiri tidak boleh terlibat, kerana ia pasti akan menghasilkan keputusan yang bias. Manakala TGNA selaku Mursyidul Am, mestilah diperkasakan kembali posisinya sebagai Jawatan Tertinggi dalam PAS seiring dengan status quo Jawatankuasa Syura Ulama’ PAS juga mesti diperkasakan. Jika ini dilakukan, maka aku nampak PAS akan kembali tenang dan kukuh…insya-Allah.


--perakexpress

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost