Friday, October 16, 2009

Krisis MCA: Liow Timbalan Presiden, Ong Arah Satu Lagi EGM :- Nizar vs Najib Altantuya

Jawatankuasa Pusat MCA hari ini memilih Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai timbalan presiden yang baru manakala dalam perkembangan yang sama, Datuk Seri Ong Tee Keat, masih terus memegang jawatan presiden dengan alasan beliau mempunyai banyak urusan yang belum diselesaikan.

Bagaimanapun Tee Keat telah mengarahkan setiausaha agung parti Datuk Wong Foon Meng untuk memanggil satu lagi mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi membuat keputusan sama ada perlu satu pemilihan baru kepimpinan parti itu diadakan atau tidak.

"Saya masih mempunyai banyak urusan melibatkan parti dan kepentingan awam yang belum selesai, seperti pemilihan kepimpinan MCA dan isu Zon Bebas Pelabuhan Klang.

"Harapan saya ialah isu-isu ini dapat diselesaikan tanpa gangguan yang mendadak," kata Ong dalam laman blognya sebaik saja Jawatankuasa Pusat parti itu menamatkan mesyuarat lima jam di Wisma MCA di sini hari ini.

Ramai pemerhati politik menjangkakan yang Tee Keat akan mengumumkan hasratnya untuk melepaskan jawatan presiden pada mesyuarat Jawatankuasa Pusat MCA petang Khamis.

Ini kerana Tee Keat telah melafazkan kata janji bahawa beliau akan tetap melepaskan jawatannya jika para perwakilan ke EGM parti itu lima hari lalu meluluskan undi tidak percaya ke atasnya.

Untuk rekod, EGM tersebut berjaya memperolehi majoriti mudah iaitu dengan kelebihan 14 undi sahaja untuk meluluskan undi tidak percaya ke atas kepimpinan Tee Keat.

Bagaimanapun Tee Keat terus berdepan dengan gesaan supaya meletakkan jawatannya. walaupun mengikut perlembagaan MCA sesuatu usul untuk memecat presiden parti perlulah memperolehi dua pertiga undi.

Dalam EGM itu juga, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah diterima semula ke dalam parti sebagai ahli biasa walaupun usahanya untuk mendapatkan mandat bagi dikekalkan sebagai timbalan presiden ditolak oleh perwakilan.

Dalam pada itu, dalam posting terbarunya petang tadi, Tee Keat berkata, beliau menggunakan peruntukkan di bawah Artikel 30.1 Perlembagaan MCA bagi menentukan sama ada parti patut mengadakan pemilihan baru untuk jawatankuasa pusat atau sebaliknya.

"EGM yang saya cadangkan ini akan dapat memberi laluan kepada para perwakilan untuk mengakhiri jalan buntu sama ada jawatankuasa pusat patut mendapatkan mandat baru," katanya.

"Selama ini, kerjaya politik saya adalah berdasarkan hati nurani dan aspirasi orang ramai. Mereka yang mengenali saya tahu saya berpegang kepada prinsip dalam amalan berpolitik saya," kata Tee Keat lagi dalam blognya.

"Tidak pernah menjadi amalan saya untuk mungkir janji, termasuk apa-apa yang telah saya janjikan sebelum ini berhubung dengan hasil keputusan EGM. Namun, tindakan disiplin (yang dikenakan ke atas Soi Lek) adalah tindakan kolektif Majlis Presiden dan jawatankuasa pusat. Maka, tanggungjawab bukan saya pikul seorang tetapi secara kolektif," katanya.

Justeru, Tee Keat bercadang untuk memanggil semula EGM bagi mendapatkan mandat baru terutamanya selepas keputusan EGM yang lalu tidak konklusif dan akar umbi masih berbelah bagi lagi tetapi cadangannya itu telah tidak dipersetujui oleh beberapa kepimpinan dalam jawatankuasa pusat kerana bimbang beliau akan terus kekal sebagai presiden.

"Cara terbaik untuk keluar daripada situasi ini adalah dengan memperolehi persetujuan daripada kepimpinan MCA. Bagaimanapun, sebarang harapan untuk pemilihan baru tidak tercapai kerana sesetengah pihak bimbang saya mungkir janji dan bercadang untuk terus kekal sebagai presiden parti. Ini adalah tidak berasas sama sekali," katanya sambil menambah beliau tidak mempunyai pilihan melainkan mengarahkan setiausaha agungnya memanggil satu lagi EGM.-/mStar

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost