Oleh Labu-labi
Tajuk berita utusan online 22 Oktober 2009. Menarik perhatian saya. Sungguh hebat dan seronok untuk dibaca.
Tajuknya ” Sivakumar mesti patuhi kod pakaian DUN”.
Antara yang sangat menarik adalah:
1. Speaker DUN Perak, Datuk R. Ganesan berkata, jika wakil rakyat DAP itu berdegil dan masih memakai jubah Speaker, maka beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan sewajarnya.
2. Sejak peralihan kuasa kerajaan negeri daripada pakatan pembangkang kepada Barisan Nasional (BN), Sivakumar didapati telah tiga kali memakai baju Speaker secara haram.
3. Kali pertama beliau berbuat demikian ialah pada persidangan bawah pokok (3 Mac 2009), persidangan pada 7 Mei dan yang terbaru persidangan di sebuah hotel.
4. Selain memakai jubah berkenaan secara haram, Sivakumar turut menggunakan kepala surat rasmi dan alamat Pejabat Speaker Perak bagi mengeluarkan notis sesuka hati.
5. pihaknya telah membuat laporan polis semalam supaya Sivakumar memulangkan pakaian Speaker dan berhenti menyamar sebagai Speaker.
6. Jelas beliau, pakaian itu bukan milik individu sebaliknya milik institusi DUN serta kerajaan negeri dan ia mesti dipulangkan sebaik sahaja sesuatu jawatan dilucutkan secara sah.
7. Beliau berkata, jika Sivakumar masih enggan memulangkan pakaian jubah itu, wakil rakyat tersebut akan dianggap sebagai pencuri.
8. ”Saya dilantik secara sah mengikut Peraturan-Peraturan Tetap DUN dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak pada 7 Mei. Sivakumar pula sudah dilucutkan sebagai Speaker.
Sebenarnya, setiap paragraf adalah penipuan yang nyata. Tapi sengaja saya ambil sebahagain serta meletakakan nombor bagi setiap paragraf.
Perhatikan setiap nombor diatas.
nombor 1.
Tak nampak apa apa. Seolah olah biasa jee. Tapi jelas menunjukkan perompak takut.
nombor 2. dan 4.
Nampak sangat bodoh, samaada disengajakan atau bodoh kerana mengigau. Masa BN rampas pimpinan Perak. Speaker masih Sivakumar. Bila pulak dia(Sivakumar) jadi pendatang haram dikerusi speaker. Masa tu, nama Ganesan pun tak ujud dalam sejarah Perak. Adun tidak. Apa pun tidak. Tak ade sape kenal dia (Ganesan).
Katalah Sivakumar bukan speaker DUN Perak pada masa tu. Sapa speakernya ……?
Mika ngigo kot ….. Ganesan….…..?
DUN tak boleh sidang le …. harap OKU tak layak ….dia dah diistihar, hilang kelayakan sebagai ADUN …. ?
nombor 3.
Kalau Sivakumar tak layak sebagai speaker dalam sidang bawah pokok…. pase ape kome batalkan keputusan sidang bawah pokok …..?
Kalau sidang dah tak sah …. ngape perlu diberikan perhatian dan seterusnya dibatalkan keputusan tersebut ….? ‘Ignore’ je sudah laaa.
Nombor 5.
Bila pulak dia menyamar. Dia masih sah hingga sekarang. Pase apa, terlampau takut, sampai ‘buat repot polis’ …. nampaknya perompak duduk diluar. Yang kena rompak duduk dalam tahanan. Dunia dah terbalik.
Nombor 6, 7 dan 8 .
Bila pulak dia (Sivakumar) dilucutkan jawatan speakernya. Dia kena rompak dan colek oleh polis. Pastu ketua perompak suruh mika, yang tak diketahui datang dari mana, duduk dikerusi speaker. Mika tiba tiba je timbul.
Masa tu mika(Ganesan) dok kat mana. Sebagai tetamu ke atau sekadar pemerhati….?
DUN pun tak sidang lagi. Macam mana mika dilantik. Sultanpun tak rasmi kan lagi.
Habih mika naik macam mana…pintu pun tak bukak lagi…. ?
Sape menyamar, siapa pencuri, sekarang ni… mesti le musang yang berbulu ayam …..?
Begitulah. Bila tak tau undang undang. Guna undang undang perompak dan penyamun. Dibantu oleh pihak berkuasa, untuk kepentingan tertentu.
Yang salah jadi betul. Yang betul jadi salah.
Pencuri menjerit “pencuri” terhadap orang lain. Orang yang tak guna akal dan otak yang dianugerah kan untuk berfikir. maka jadi lah apa yang telah berlaku.
Diperbodohkan sepanjang masa.
Aku tak beraksud pertikai apa yang telah berlaku. Tapi bila Ganesan buat kenyataan yang menampakkan kesangatan kebodohannya. Dan Akhbar pulak melaporkan kebodohan tersebut. Itu yang buat aku tertarik untuk mengulas.
--perakexpress
Friday, October 23, 2009
Krisis Politik Perak: Speaker Haram DUN Perak Mengigau... :- Nizar vs Najib Altantuya
6:33 AM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment