Tuesday, October 27, 2009

Nizar: Kalaulah Ada 100 Anwar Ibrahim, Kan Senang.... :- Zambry lwn Najib Altantuya


Saya dapati semacam sudah ada Anwar-phobia didalam pimpinan PKR diperingkat cabang-cabang. Untuk mengadakan ceramah diperingkat Cabang pun mereka mahu Anwar yang hadir, bahkan kalau boleh mereka mahukan Anwar untuk merasmikan ranting-ranting yang ditubuhkan.

Seolah-olahnya kalau tak ada Anwar satu kerja pun tak perlu dibuat. Dan mereka amat keciwa yang teramat sangat jika Anwar dijadualkan berceramah di Cabang mereka tetapi terpaksa dibatalkan disaat akhir kerana desakan kerja yang memerlukan keatas Anwar.
Kalaulah ada 100 Anwar, kan senang! Tak perlu nak rebut-rebut masa Anwar. Anwar ada disana dan disini, dan boleh berada di 100 tempat didalam sesuatu masa.

Sikap seumpama ini tidak bererti pimpinan diperingkat Cabang ini menyukai atau menyokong Anwar, mereka bukan nak bantu atau nak tolong Anwar; mereka sekadar mahu menyusahkan Anwar.

Kebiasaannya, apabila Anwar bersetuju menghadiri ceramah yang dianjurkan, ada penceramah-penceramah lain yang akan berucap sebelumnya. Maka jika Anwar tidak dapat berceramah ditempat yang telah ditetapkan sepatutnya ceramah itu tidak perlu dibatalkan kerana masih ramai lagi penceramah-penceramah lain.

Kalau kita benar-benar sokong perjuangan Anwar, maka kita sokonglah perjuangan Parti Keadilan Rakyat; perjuangan KEADILAN untuk membela nasib rakyat adalah roh kepada perjuangan.

Untuk itu, pemimpin-pemimpin Cabang bersama-sama dengan Jawatankuasanya hendaklah sentiasa bergerak. Kemaskan organisasi. Buat kerja massa. Tubuhkan ranting-ranting. Perbanyakkan anggota. Buat edaran rumah ke rumah setiap masa. Adakan sebanyak mungkiin ceramah-ceramah kelompok, dan setelah melakukan tindakan-tindakan itu, adakan ceramah-ceramah dengan para penceramahnya terdiri daripada pemimpin-pemimpin Negeri dan setelah melakukan itu jemputlah pula pemimpin-pemimpin pusat, dan jemputlah Anwar apabila kita sudah berpuas hati dengan kerja-kerja kita.

Jangan sekali-kali kita terus menjemput Anwar sedangkan kerja-kerja kita diperingkat asas tidak kita lakukan. Tak usah berbanggalah kalau organisasi diperingkat cabang kita hanya ada satu dua ranting dan anggotanya langsung tidak bertambah sejak 10 tahun yang lalu, dan janganlah jadikan Anwar sebagai "kuli" kita untuk meraih imej kepada cabang kita sedangkan kita langsung tak melakukan apa-apa kerja.

--lubokkawah

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost