Saturday, October 24, 2009

PANAS !: Kemungkinan 10 Lagi Pilihanraya Kecil - BERSIH :- Nizar vs Najib Altantuya

Lapan ahli parlimen dan dua ADUN pembangkang mungkin kehilangan kelayakan sebagai wakil rakyat ekoran mereka didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan agung dan kesalahan yang berkaitan dengannya.

Selain ahli parlimen PKR di Batu, Tian Chua - yang didapati bersalah atas tuduhan menggigit seorang anggota polis ketika dalam perjalanan ke Parlimen pada 2007 - tujuh lagi rakannya mungkin menerima nasib yang sama.

Mereka ialah ahli parlimen PKR - Azmin Ali, Sivarasa Rasiah, N Gobalakrishnan - Tony Pua (DAP), Dr Dzulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli dan Dr Lo' Lo' Ghazali dari PAS.

"Ini bermakna Pakatan Rakyat mungkin

tinggal 74 kerusi di Parlimen," kata Bersih - gabungan parti politik dan NGO yang berkempen untuk pilihanraya bebas dan adil.

Dengan itu, katanya, BN akan memperolehi semula penguasaan dua pertiga di Parlimen.

"Dua DUN DAP (Selangor) - Ronnie Liu dan Lau Weng San - juga mungkin menjadi mangsa "gelombang" kedua terhadap perhimpunan haram.

Khamis lalu, Tian Chua didenda RM3,000 dan dihukum enam bulan penjara selepas didapati bersalah menggigit seorang anggota polis dan menghalangnya untuk menjalankan tugas.

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bagaimanapun membenarkan penangguhan hukuman untuk membolehkan Tian Chua memfailkan rayuan. Jika semua rayuannya ditolak, maka Tian Chua akan hilang kelayakannya sebagai ahli parlimen.

Bersih, yang menyifatkan penghakiman tersebut sebagai satu pendakwaaan terpilih, mengingatkan bahawa jika rakyat tidak membantah "tekanan" seumpama itu, maka 10 wakil rakyat pembangkang mungkin turut hilang kelayakan mereka.

Sumber Malaysiakini

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost