Oleh ABDUL SHUKUR HARUN
Tidak syak lagi akibat krisis dalam Pakatan Rakyat di Selangor baru-baru ini menyebabkan rakyat sangat kecewa di samping ramai yang merasa amat bimbang krisis tersebut akan menimpakan kecederaan besar terhadap Pakatan terutama ketika menjelang pilihan raya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan tidak lama lagi.
Rakyat telah memberikan sokongan besar kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-12 tahun lalu.
Bahkan penyokong Pakatan Rakyat melihat krisis di Selangor ini perlu diselesaikan seberapa segera yang mungkin dan mempastikan keadaan seperti itu tidak berulang lagi.
Bagi mereka, krisis baru-baru ini jauh lebih merbahaya dari serangan parti lawan terhadap PAS dan Pakatan Rakyat selama ini, malah kerusakan yang dideritainya dikhuatiri jauh lebih besar.
Tidak syak lagi, krisis ini memberi pertolongan besar kepada musuh politik Pakatan Rakyat yang selama ini sentiasa berusaha melumpuhkanya.
Dengan apa yang berlaku ini nampaknya mereka tidak perlu lagi berusaha keras ke arah itu justru kerana krisis dalam Pakatan itu dilihat akan meruntuhkan keutuhan Pakatan sendiri.
Pendukung PAS dan Pakatan Rakyat seluruh negara selama ini telah berhempas pulas berjuang untuk meraih kemenangan dengan mengorbankan tenaga, wang, keringat dan air mata.
Dengan izin Allah s.w.t, kemenangan itu sudahpun diperoleh hasil perjuangan getir mereka.
Namun setelah kemenangan demi kemenangan dicapai, berlaku pula krisis demi krisis dalaman yang sangat mengancam keutuhan PAS dan Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor.
Janganlah ada sebarang pemikiran bahawa krisis yang tercetus ini hanya perkara biasa di dalam gejolak politik parti di mana-manapun dan mudah saja diselesaian, pada hal krisis seperti ini membawa kesan mendalam dan lama, merosakkan imej dan persepsi rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
Hampir semua orang mengetahui bahawa setiap saat pemimpin Umno/BN berusaha untuk ‘merampas’ Negeri Selangor yang kaya dan termoden di Malaysia ini. J
Justru, sepatutnya pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat yang menguasainya berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mempertahankan Kerajaan Pakatan Negeri Selangor Darul-Ehsan ini.
Malangnya apa yang berlaku ada pemimpin, sama ada disedari atau tidak, menimbulkan krisis satu demi satu, suatu perbuatan yang sangat dikesalkan.
Para pemimpin PAS sejak zaman berzaman tidak pernah bertolak ansur dengan asas perjuangan mempertahankan Islam.
Namun begitu, ini sama sekali tidak bermakna menjadikan mereka berfikiran sempit dan jumud hingga tidak bersedia bekerjasama dengan pihak lain.
Malah pemimpin PAS terdahulu, seperti yang dilakukan oleh bekas Presiden PAS, Almarhum Tuan Haji Yusuf Rawa dan Ustaz Fadzil Mohd Noor telah menunjukkan kebijaksanaan dan berjaya dalam interaksi dengan masyarakat berbilang kaum dan agama.
Kejayaan Tahalub-siasi pemimpin ini berterusan hingga ke zaman kini di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.
Oleh itu, tidak perlu ada pilihan sama ada mahu menerima Tahaluf-siasi atau mempertahankan prinsip perjuangan PAS.
Kedua-dua kaedah ini tetap boleh diterima dan dipertahankan tanpa membuat pilihan, asalkan kedua-duanya dilakukan secara bijaksana dan berfikiran terbuka oleh para pemimpin.
Menerima persepakatan dan persefahaman antara PAS dengan parti lain sama sekali tidak menyebabkan PAS berkompromi terhadap dasar perjuangannya mempertahankan Islam.
Ini bermakna PAS tetap mempertahankan prinsipnya, di masa yang sama melaksanakan Tahaluf-siasi dengan berkesan.
Kedua-dua matlamat ini dapat dicapai kiranya para pemimpin parti dapat melaksanakannya dengan penuh bijaksana seperti yang telah ditunjukkan oleh pemimpin utama PAS selama ini.
Oleh itu tidak ada masalah dan tidak ada sebab untuk merasa bimbang PAS akan kehilangan perjuangan terasnya jika menekankan sangat Tahaluf-siasi.
Sejarah membuktikan bahawa kaedah ini berjaya melakarkan kejayaan PAS di persada politik nasional dan antarabangsa, iaitu bermula dari Angkatan Perpaduan Ummah hingga dapat menawan Kelantan pada tahun 1990 hingga kini dan seterusnya Pakatan Rakyat yang berjaya dengan cemerlang dalam PRU Ke-12 Mac tahun lalu.
Dalam hal ini, kebijaksanaan dan keterbukaan serta pemahaman mendalam mengenai real politik sangat diperlukan di kalangan pemimpin dan pendukung PAS supaya tidak terjebak dengan kekeliruan dan salah faham yang boleh mencetuskan kebencian dan prejudis serta pertelagahan.
Bukankah Sayidina Ali pernah berkata, “Kebijaksanaan itu bagai barang yang terciciri dari kalangan orang Mukmin, maka ambillah di mana saja kamu berjumpa.”
Justru, kita jangan sama sekali melupakan kata-kata Sayidina Ali yang hebat ini.
Oleh itu, kebijaksanaan adalah kunci segalanya. Adapun menunjukkan setiakawan dengan rakan kongsi politik, bertolak ansur, bersikap terbuka dan amanah memegang janji dan sebagainya adalah antara ciri-ciri kebijaksanaan.
Sebab itu, sebarang perbuatan atau sikap yang boleh merosakkan keutuhan Pakatan Rakyat bukan saja di Selangor, tetapi seluruh negara, adalah sikap dan langkah yang tidak bijaksana, kerana perbuatan itu seperti memberi senjata kepada musuh untuk meruntuhkan Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi menjelang pilhan raya Permatang Pasir di Negeri Sembilan ini.
Sesungguhnya, rakyat sedang memerhatikan dengan sungguh-sungguh kemampuan Pakatan Rakyat untuk mentabir, di samping turut memerhatikan dengan sungguh-sungguh perilaku PAS dalam gabungan pembangkang itu.
Mereka meletakkan harapan tinggi kepada Pakatan Rakyat untuk membela mereka, oleh itu jangan mengecewakan harapan mereka.
Perkukuhkan Pakatan Rakyat, hentikan perselisihan terbuka, seringlah bertemu dan berusaha menyelesaikan masalah secara perundingan, bukan meluahkannya di dada media, kerana perbuatan itu berbahaya kepada keutuhan Pakatan Rakyat. - /detikdaily
Thursday, October 1, 2009
PAS Selangor: Jangan Rosakkan Imej Pakatan Rakyat :- Nizar vs Najib Altantuya
9:43 PM
miaq_kpg
1 comment
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
1 comments:
Sharudin keluar PKR untuk tanding DUN Bagan Pinang
KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Telok Kemang, Sharudin Abdul Hamid, sebentar tadi mengumumkan keluar parti itu serta merta untuk bertanding pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang pada 11 Oktober ini.
Beliau yang juga Ketua Penaja Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut, berkata tindakan itu diambil selepas diberi kata dua oleh PKR untuk berbuat demikian.
"Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah beritahu sekiranya saya hendak bertanding sebagai calon Bebas perlu keluar dari parti itu.
siapa yang rosak imej pakatan sebenarnya.
Post a Comment