Tuesday, October 13, 2009

Pasca Bagan Pinang: Dr.Mahathir Ragui Kemenangan Besar Isa Samad :- Nizar vs Najib Altantuya

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat ada baiknya jika kajian mendalam dibuat mengenai sebab-sebab kemenangan yang luar biasa BN dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.

“Jangan pula ada yang mendakwa, walaupun mereka jelas terlibat dengan rasuah, tidak salah jika dicalonkan, bahkan jika mereka dilantik menjadi menteri kewangan,” tulis Dr Mahathir dalam blognya.

“Saya gembira kerana saya salah dalam masalah calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang”.

“Saya percaya BN akan menang walau siapa pun jadi calon, tetapi mungkin kemenangan yang tidak sebaik 2008.

“Tetapi kemenangan yang diperolehi oleh Isa (bukan ISA) amatlah mengkagumkan,” tulis Dr Mahathir lagi.

Dalam pilihanraya tersebut, calon BN Tan Sri Isa Samad mengekalkan kerusi tersebut dengan mendapat 8,013 undi, menewaskan calon PAS Zulkefly Mohd Omar yang mendapat 2,578 undi.

Isa menang dengan majoriti 5,435 undi, iaitu lebih dua kali ganda daripada majoriti BN dalam pilihanraya umum lalu (2,333 undi).

BN juga menang di kesemua lapan daerah mengundi, termasuk di Pekan Silliau, Ladang Atherton dan Sua Betong, yang dimenangi PAS pada 2008.
Sebelum ini, Dr Mahathir tidak bersetuju Isa dipilih sebagai calon BN di Bagan Pinang kerana beliau pernah didapati bersalah atas kesalahan politik wang dandigantung keahlian dalam Umno selama tiga tahun.

Sumber Malaysiakini

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost