Oleh : albanjari
Hari ke-4. Jelas isu ini langsung tiada jalan untuk reda. Media pencacai (Utusan Malaysia - edisi Ahad) hari ini, bukan kepalang memberi ruang bagi mengeruhkan lagi keadaan. Tidak cukup front page,di ms. 4 dan ms. 5 (full pages) bercerita tentang krisis dalam PAS. Liputan 5 bintang diberikan untuk PAS. Inilah nilai berita sebenar buat pencacai. Nguyup kisah Rosmah ditabal menjadi 'panglima'. Sori, dari sudut nilai berita, 'panglima' itu tidak dipandang bernilai berbanding krisis PAS sekarang. Juga padam cerita 'program Permata' dapat budget 100 juta. Putar belit kata-kata ujar Penarik Beca. Maka wajar untuk di jambankan saja naskhah akhbar ini. Dan itulah tempat paling sesuai untuk media 'pengacum' nombor wahid.
Kembali ke dasar krisis. Isu ini bukanlah satu yg terlalu besar ! Itu kata Ketua Dewan Ulama', lain pula yg dilaporkan oleh Bernama. 3 nama disebut. Hassan Ali, Mustapa Ali dan Nasharuddin. Mereka itu mesti di'bersih'kan ! Titik. Jika ada yg bertanya kepada saya(AB albanjary) saya akan berkata,
"kalau TGNA nak pun, beliau hanya bertanggungjawab dengan keputusan mesyuarat Majlis Syura, dan itu adalah pandangan beliau sebagai ahli PAS dan pimpinan, yang boleh memecat 3 nama itu adalah dari Jawatankuasa Tatatertib dan kuasa Muktamar, tetapi jangan bimbang..akhir ending krisis ini sudah boleh di cula..,
'..dan akhirnya pimpinan PAS akan berjumpa TGNA dan TGNA akan kata lagi, " saya salah maklumat.." Dan itulah yang pernah didengari sebelum ini. dan isu baru akan dicipta dan terus dicipta lagi. Ceh ! Bila nak selesai..!!
Buat pimpinan, " ambil iktibar dari peristiwa pembunuhan Khalifah Usman Bin Affan r.a yang menyebabkan fitnah perpecahan yang berlaku di kalangan umat Islam. Selesaikan kemelut ini dengan kesabaran dan penuh bijaksana [nafiri ].."
--http://politikbanjar.blogspot.com/
Sunday, October 25, 2009
Zambry MB Haram !!: Saya Salah Maklumat? - Nik Aziz :- nizar vs Najib Altantuya
6:54 PM
miaq_kpg
1 comment
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
1 comments:
EGM Untuk Tahaluf Siyasi Sebenarnya...
Salam untuk saudara seperjuangan,
Kaji Balik “TAHALUF SIYASI” (TS) – itulah gesaan dalam pandangan aku apabila membaca betapa nekadnya Mursyidul Am PAS mengusulkan EGM untuk ‘restructure’ pimpinan tertinggi PAS . Apakah keberkesanan TS dalam usaha dakwah PAS dalam jangka panjang? Apakah tanpa TS usaha dakwah PAS akan terencat/terbantut? Apakah dengan TS, prinsip asas PAS tidak terusik pun walau sedikit? Apakah dengan TS juga pimpinan PAS dapat menegur atau mengkritik rakan pakatan dengan bebas? Atau dengan TS, PAS terpaksa menjaga hati rakan walau menggadai ketegasan prinsip? Ini semua berlegar kembali di fikiran aku sejak Tuan Guru Nik Abdul Aziz (TGNA) mengusulkan EGM.
KELUARLAH DARI PAKATAN. Itulah EGM yang aku cadangkan. Jangan lah kita berfikir jika kita keluar dari Pakatan kita tidak berkawan lagi dengan rakan lama. Ini soal prinsip. Kita memegang prinsip apa? Mereka pula mendokong prinsip apa? Prinsip kita adalah yang terulung kerana cintakan Islam. Malah kita menjadi lebih dinamik dalam menghadapi cabaran. Hal-hal bersama seperti ISA, Kehakiman, Rasuah dan lain-lain kita masih lagi satu vokal walau tanpa di dalam Pakatan, malah menjadi pengimbang yang baik antara hal-hal sensitif tanpa fikir ‘jaga hati’ antara rakan. Dengan UMNO/Barisan Nasional kita berfungsi seperti sama masa di dalam Pakatan. Jika menguntungkan Islam dan rakyat kita sokong dan jika memperbodohkan Islam dan rakyat kita lawan habis-habisan.
Walaupun ada yang berpendapat wujudnya pro-UMNO dan pro-Anwar di dalam tubuh PAS. Inilah masanya kita mengenali mereka. Adakah mereka sanggup bersama-sama dalam perjuangan tanpa di dalam Pakatan. ATAU adakah mereka melihat jalan pintas mendapat kuasa itu yang utama jika di dalam Pakatan. Bukan sedikit mangsa dan masa yang terkorban akibat dari propaganda ini. Contohnya TGNA yang dituduh sebagai pro-Anwar dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi (TGHH) dikatakan pula sebagai pencetus idea Kerajaan Perpaduan yang pro-UMNO. Sedangkan kedua-dua watak inilah sebahagian daripada penggerak PAS yang telah menempuhi onak duri dalam politik lama dan moden untuk melihat PAS berada di puncak. Tidak mudah mereka untuk tunduk kepada wadah yang jelas merosakkan Islam. Mereka telah menghabiskan sebahagian umur mereka untuk daulatkan Islam.
Memang diakui wujudnya dalang atau agen gerombolan dalam PAS. Tetapi mereka ini lambat laun akan menonjolkan diri dengan kuasa Allah. Yang peri pentingnya sekarang adalah “FITNAH”. Bagi aku selama mana wujudnya PAS di dalam Pakatan maka selama itulah fitnah di dalam PAS akan berpanjangan. Fitnah antara Pemimpin dengan Pemimpin. Fitnah antara ahli dengan pemimpin. Fitnah antara bukan Islam dengan agama Islam.
Kepada pimpinan PAS, muhasabah lah diri sebelum terlambat untuk menghadapi PRU 13. Walau pun dengan keluar Pakatan kita akan kurang sokongan, tetapi, percayalah usaha kita adalah untuk meletakkan keadilan Islam untuk semua kaum dan mengharap keredhaan ALLAH SWT. Mudahan-mudahan dengan usaha ini ALLAH SWT menunjukkan jalan yang mudah untuk mendapat sokongan dan mendaulatkan Islam di bumi Malaysia. Wallahu’alam.
Post a Comment