Walaupun sebelum ni Adun PR Perak macam dah buat keputusan nak boikot Sidang Dun 28 Oktober ni tapi akhirnya depa setuju nak hadir. Untuk bagi kehadiran depa 'sah' Sivakumar dah pun hantar notis Sidang Dun untuk tarikh yang sama.
Kemungkinan akan jadi lagi 'pertempuran' masa Sidang Dun tu memang tak boleh dinafi melainkan Kerajaan Kudeta Zambry gunakan 'kelab Penyokong Umno BN' macam polis dan mahkamah untuk pastikan sidang tu boleh berjalan macam skrip depa.
Dipihak PR memang nampaknya 'bersedia' untuk sebarang kemungkinan. Hj Nizar yang jadi jurucakap Adun PR takmau 'ramal' apa-apa.
Ditanya sama ada akan berlaku perebutan kerusi Speaker pada persidangan itu nanti, Mohammad Nizar berkata semua pihak perlu "tunggu dan lihat" kerana beliau tidak dapat meramal apa yang akan berlaku nanti.[link]
Realitinya sampai hari ni masing-masing pihak kata Speaker masing-masing yang sah. Kes Sivakumar cabar keabsahan Ganeson masih dibicarakan di mahkamah. Mungkinkah Mahkamah akan tunggu Sidang DUN buat keputusan dulu baru Mahkamah akan buat keputusan macam masa kes HJ Nizar cabar keabsahan Zambry sebelum sidang Dun kontroversi 7 Mei dulu.
Apa pun aku yakin Umno BN akan terus gunakan kuasa 'polis' untuk pastikan Sidang Dun 28 Oktober ni akan tetap berjalan macam yang depa mau. Yang pastinya akan berbaris lagi FRU d depan Bangunan Perak Darul Ridzuan. Mungkin kali ni pun akan ada jugak yang kena tangkap macam masa sidang sebelum-sebelum ni.
Kita sama-sama tunggu perkembangan terkini, tarikh 28 Oktober masih jauh lagi, macam-macam boleh berlaku sebelum tarikh tu sampai.
IPOH, 14 Okt (Bernama) -- Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang dijadualkan pada 28 Okt ini adalah bagi memperjuangkan nasib rakyat dan bukan medan pertempuran politik bagi mereka yang kecewa, kata Speaker DUN Datuk R.Ganesan.
Beliau berkata persidangan yang akan berlangsung itu adalah sah kerana telah mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan ia juga telah diwartakan.
"ADUN Tronoh V.Sivakumar telah beberapa kali melanggar peruntukan-peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak apabila mengadakan, kononnya 'persidangan DUN', tanpa mendapat perkenan Sultan Perak dan pewartaan.
"Pada hal ketika menjadi Speaker, beliau telah mendapatkan perkenan Sultan Perak dan pewartaan sebelum bersidang iaitu pada 5 Mei 2008, 24 Jun 2008 dan 10 Nov 2008," katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan dan laporan polis yang dibuat ADUN Titi Serong Khalil Idham Lim bahawa Ganesan bukan Speaker yang sah dan tidak berhak mengeluarkan apa-apa dokumen termasuk notis memanggil sidang DUN pada 28 Okt ini.
Ganesan berkata laporan yang dibuat Khalil itu adalah sesuatu yang menyimpang daripada fakta sebenar dan mengelirukan masyarakat.
Katanya beliau akan membuat satu lagi laporan polis terhadap Sivakumar dan berharap pihak polis akan mengambil tindakan terhadap Sivakumar atas penyamaran beliau sebagai Speaker.
"Pelantikan seorang Speaker adalah berdasarkan undi yang dibuat di dalam DUN Perak melalui ADUN yang hadir dan bukannya melalui pilihan raya.
Sementara itu, Sivakumar turut mengeluarkan satu kenyataan media mengatakan beliau telah mengeluarkan notis memanggil sidang DUN kepada 49 ADUN yang dijadualkan 10 pagi pada tarikh yang sama.
49 ADUN itu tidak termasuk Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry (ADUN Pangkor) dan enam Exco iaitu ADUN Sungai Rapat, Kamunting, Kota Tampan, Manong, Sungai Manik dan Chenderiang yang 'digantung' Sivakumar daripada menghadiri sidang DUN sebelum ini.
Selain itu, ADUN Jelapang, Behrang dan Changkat Jering yang turut 'digantung' Sivakumar sebelum ini juga turut tidak diberikan notis.
Notis yang dikeluarkan oleh Sivakumar kepada 49 ADUN itu menggunakan kepala surat Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan yang ditandatangani oleh Ganesan.
Ketika dihubungi, Ganesan berkata notis yang dikeluarkan oleh Sivakumar itu adalah tidak sah kerana Sivakumar bukan lagi seorang Speaker.
http://cenangau.blogspot.com/
Friday, October 16, 2009
Zambry MB Haram: Sidang DUN Perak Jadi Medan Tempur? :- Nizar vs Najib Altantuya
2:11 PM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment