Monday, November 30, 2009

Satu Malaysia... Satu Hipokrasi...

Oleh: M3MHeboh Najib mencanangkan slogan Satu Malaysia dia. Dalam negara usah katalah… ini, di luar negara pun dia canang habis. Orang tak tanya pun, dia gebang juga. Kalau akulah orang putih dekat sana tu… aku akan tanya dia balik, slogan tu idea original atau ciplak or merely rebranding?? Ha ha ha… baru dia ternganga!! Nak menipu tak kena gaya!!Sebenarnya, Satu Malaysia ni meriah di alam elektronik saja…. dalam TV…. dalam radio serta atas papan billboard dan kertas surat khabar saja. Uhhhhh… bukan main meriah lagi tapi in realiti, hambar….. tawar lesio… tak happening…. Apa itu Satu Malaysia?? Orang pun blur dan garu kepala?? Ini namanya… kempen syok sendiri.Beria-ria mereka mempromosikan Satu Malaysia. Salah satu cara, guna Kementerian Pelajaran...

Sunday, November 29, 2009

Sejuta Keluarga Layak Dalam Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR)

JEMPOL 28 Nov. – Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras melalui Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima kupon itu dan bilangan itu dijangka terus meningkat.“Kerajaan hanya membelanjakan RM8.6 juta sebulan dari peruntukan RM60 juta. Bagaimanapun hasil maklumat dari ahli parlimen, kita jangka ia akan mencecah sejuta keluarga memandangkan ada 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.“Tetapi apabila borang permohonan diterima, ia bukannya akan diluluskan terus, tetapi akan dinilai oleh pegawai-pegawai kementerian selepas diberikan kursus oleh ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan)...

Saturday, November 28, 2009

Siapa Kolonel Mat ?

Oleh KickdefellaSaya menerima banyak email yang bertanya saya sama ada saya tahu dan kenali Kolonel Mat?Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk mengakui bahawa memang saya kenal Kolonel Mat. Saya pernah dibesarkan dan dilatih soal disiplin, integriti dan kepimpinan oleh Kolonel Mat. Bahkan Kolonel Mat pernah melatih saya untuk menembak menggunakan peluru hidup.Kolonel Mat ialah anak kepada Arwah Abid Razak yang pernah menjadi Dresser di Hospital Besar Kota Bharu. Kolonel Mat sewaktu di sekolah dikenali ramai dengan panggilan ‘Aziz Punjab’ kerana tubuhnya yang tegap dan ketinggiannya yang mencecah lebih 6 kaki. Beliau pernah menjadi penjaga gol untuk Kelab Suara Muda.Kolonel Mat menyertai tentera sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas menerima tauliah perlantikan, Kolonel Mat pulang...

Pelan Pendidikan Nasional 1 Malaysia !!

Ni nak setel macam mana,Kalau dari aliran UPSR nak lompat terus menuju ke puncak boleh?Gua yang ada PhD ni kalau terus sandang jawatan Pengetua agak agak lepas tak?Sapa nak tolong jawab ni?Mawi boleh jawab?, atau gua perlu tanyakan pada akak keregrof...

Thursday, November 26, 2009

Spekulasi Nik Aziz Letak Jawatan Semakin Kencang?

'Jangan larang Nik Aziz letak jawatan' - MalaysiakiniAnak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tiada pihak yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian "kerana ayahanda telah tua dan keletihan"."Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya semalam.."Jika tidak, saya akanmemanggilnya, 'Wahai si bodoh!', tulis Nik Abduh Nik Aziz yang juga exco Dewan Pemuda PAS pusat.Tulisan Nik Abdul itu menyemarakkan lagi spekulasi mengenai kemungkinan berlakunya peralihan kuasa dalam barisan kepimpinan di Kelantan.Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS, memegang jawatan menteri...

Wednesday, November 25, 2009

Lagi Cerita Disebalik Hassan Ali Lawan SELCAT

Nota Editor: Ini adalah surat dari seorang yang menggelarkan dirinya “Veteran PAS dalam JKR”. Beliau tampak marah dengan saya kerana tidak melaporkan sebab sebenar Dato Hasan menentang SELCAT. Sebagai jawapan kepada kemarahan beliau, izinkan saya membaca sebuah pantun:Buah Cempedak Di Luar Pagar,Ambil Galah Tolong JolokkanSaya Budak Baru BelajarKalau Salah Tolong Tunjukkan(Bermula) Aku dok perati semua tulisan kao pasal SELCAT dan Hasan Ali. Dan aku dok tunggu kao sebut sebab paling utama Hasan Ali pertahan DO2 dan ADO2 ni, tapi tak keluar2. Jadi, ni aku nak bagitau kao sebab apa yang Hasan Ali takut sangat DO2 ni kena belasah dalam SELCAT.Aku ni dah masukPAS sejak zaman Asri lagi dan aku dah lama sangat dalam PAS ni walaupun aku kerja JKR. Kalau kao rasa kao masuk PAS zaman Yusuf Rawa tu...

Tuesday, November 24, 2009

Nik Aziz WAHABI ??

Oleh DAP MelayuSelepas peristiwa bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditangkap oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini, kebanyakan media tanahair samada media bercetak ataupun media internet berlumba-lumba melaporkan tentang gerakan Wahabi di negara ini.Laporan yang disiarkan ada yang pro dan ada yang kontra.Dalam masa yang sama pula telah muncul beberapa orang pembela Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang menyuarakan kebimbangan terhadap gerakan Wahabi dan cuba menonjolkan diri sebagai jaguh menentang aliran kaum muda itu.Mereka ini termasuklah Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) yang telah menggunakan kolum tetap beliau di dalam Berita Minggu dengan mensensasikan perkara-perkara khilafiah...

Monday, November 23, 2009

Transkrip Penuh Sidang Media Nik Aziz Tentang Perletakan Jawatan Ariffahmi Menantunya

BismillahirrahmanirrahimHari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau takada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?YaBila nak letak tu?Tarikh...

Nik Aziz Membuatkan UMNO Gelabah ...

KETIKA semua media massa arus perdana ‘menembak’ Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan isu-isu yang mengambarkan kononnya berlaku rasuah dan amalan nepostime, timbul pula cadangan supaya Mursyidul Am Pas dilantik mengetuai Pakatan Rakyat.Cadangan datangnya dari bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim disambut baik oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.Serentak dengan itu, orang-orang Umno jadi mengelabah tidak tentu arah! Pergerakan Pemuda Umno Negeri Kelantan yang diketuai Anuar Safian mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbuat sesuatu kepada Menteri Besar Kelantan dan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman kononnya ada berlaku rasuah.Pergerakan...

Sunday, November 22, 2009

Mahathir Hipokrit !! Hanya Sibuk Pasal Guantanamo, Bagaimana Dengan ISA ??

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diselar kerana tidak layak untuk membicarakan mengenai jenayah perang serta mengetengahkan bekas tahanan Teluk Guantanamo sewaktu Persidangan Antarabangsa Menjenayahkan Perang yang diadakan baru-baru ini.Bekas tahanan ISA, Zainon Ismail, menegaskan Mahathir bukan individu yang tepat untuk membawa ketiga-tiga bekas tahanan Teluk Guantanamo itu bagi menceritakan pengalaman yang dialami mereka sepanjang tahanan memandangkan keseksaan yang serupa turut dihadapi mangsa ISA di Malaysia.Zainon yang ditahan ISA pada 2001 dan dibebaskan pada 2007 menyatakan Mahathir juga tidak layak menjadi Pengerusi Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO) kerana sikap serta kezalimannya sebelum ini dalam...

Kota Siputeh: Menanti Saingan Sengit PAS vs UMNO

Pengaruh BN makin meningkat berbanding 8 Mac 2008. Itu hasil kajiselidik yang dibuat oleh beberapa kumpulan profesional. Lantas kesimpulan dibuat bahawa jika pilihan raya umum diadakan sekarang maka, BN dapat mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen dan dapat merampas semula Kelantan dan Kedah, manakala kerajaan katak BN di Perak akan dikekalkan dengan mandat mutlak dari rakyat.Manakala BN terus menerus menggunakan serangan berangkai media-media talibarut mereka untuk melancarkan serangan ganas terhadap Pakatan Rakyat.Ia dibantu dengan kehadiran 'budak-budak nakal' (meminjam istilah Mohd Rashidi Hassan) dan pemimpin-pemimpin 'gila bercakap' dalam Pakatan sehingga tidak sedar apa yang mereka ungkapkan itu lebih memudaratkan parti. Isu budak nakal boleh ditangani dengan rotan tetapi jika...

Kota Siputeh: Mengapa BN Takut?

BN takut hendak bertanding di DUN Kota Seputeh. Mengapa:-Jika BN benar-benar kuat mengapa Umno takut. Hari ini Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah berkata Umno yakin mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar ekoran terdapat petanda pengundi akan kembali menyokong parti ituKatanya lagi , berdasarkan maklumbalas, sekiranya 40 peratus pengundi menyokong pembangkang tahun lalu, kembali menyokong BN, maka kerusi Kota Siputeh akan dapat dikekalkan.Namun mengapa Umno/BN beriya-iya merayu supaya keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini diketepikan,Isnin lalu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Abdul Isa, memutuskan...

Saturday, November 21, 2009

Tengok Najib, Teringat Altantuya!! Tengok Altantuya Teringat Muka Najib...

Oleh Penarik BecaKetika akhbar-akhbar luar negara yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia, suami Datin Seri Rosmah Mansor itu mendiamkan diri.Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Najib membersihkan namanya. Sambil menjangkakan media asing akan terus memburukkan Najib, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia."Dengan merekalah Najib perlumembersihkan namanya," kata beliau.Walaupun taikonya sendiri yang menasihatkan beliau membersihkan namanya, Najib diam. Nampaknya berkesan strategi...

PRK Kota Siputeh: Rayuan SPR & Bekas ADUN Cemarkan Demokrasi ??

TINDAKAN Bekas ADUN Kota Siputeh dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat rayuan ke mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar amat membimbangkan akan menambah parah penghormatan rakyat dan dunia terhadap institusi kehakiman Malaysia.Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar telah mengesahkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong berikutan ADUNnya, Abu Hasan Sharif hilang kelayakan sebagai ADUN setelah gagal hadir ke ersidangan DUN dua kali bertutur-turut tanpa memaklumkan dan kebenaran speaker.Memperdebatkan perkara berkaitan keputusan speaker DUN dan Parlimen di mahkamah adalah tindakan yang mencabul demokrasi berparlimen ala western Master dan boleh menggugat kepercayaan awam terhadap mahkamah.Ini kerana mahkamah sebagai badan kehakiman...

Friday, November 20, 2009

Mesti Baca: Beza PAS Dengan UMNO

Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PASMasalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan...

UMNO Kedah Takut Hadapi PRK Kota Siputeh ?? :- Nizar vs Najib Altantuya - PKFZ

Umno Kedah berharap tidak ada pilihan raya kecil bagi DUN Kota Siputeh tetapi parti itu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.Bagaimanapun, Umno yakin mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar ekoran terdapat petanda pengundi akan kembali menyokong parti itu, kata Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah.Katanya, berdasarkan maklumbalas, sekiranya 40 peratus pengundi menyokong pembangkang tahun lalu, kembali menyokong BN, maka kerusi Kota Siputeh akan dapat dikekalkan."Rakyat melihat pemimpin yang di atas, tengok apa yang Datuk Seri Najib Tun Razak (perdana menteri) lakukan."Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh orang nombor satu, saya yakin sokongan rakyat akan kembali kepada BN. BN ada keyakinan untuk kembali meningkatkan...

Skandal PKFZ: KSU Sidek Hassan Dan Penglibatan Kroni UMNO :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoal kewajaran Pengerusi Pasukan Petugas Khas Projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) Tan Sri Mohd Sidek Hassan meminta ditubuhkan Jawatankuasa Ad Hoc Tabdir Korporat berkaitan PKFZ itu.Cadangan tersebut demi memantau integriti dan proses pelantikan satu pertiga ahli bebas bukan eksekutif dalan Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK)."Isunya kenapa Tan Sri (Sidek) tidak cadang terus penubuhan suatu Suruhanjaya DiRaja yang bebas.""Kenapa perlu meminta Lembaga Pengarah LPK (Lembaga Pelabuhan Klang) pertimbang syor dia (Sidek) supaya ditubuhkan suatu Jawatankuasa Ad Hoc berkaitan PKFZ itu," tegas Mahfuz.Bagi Mahfuz, Sidek tidak berupaya menyelesaikan masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kes PKFZ itu kerana beliau sendiri merupakan...

Inilah Mangsa Sistem Pendidikan Percuma 1 Malaysia :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Semasa pembentangan belanjawan tahun 2008, Dato seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan ketika itu mengumumkan sistem pendidikan percuma untuk murid dan pelajar di negara ini. Maka riuh rendahlah Dewan Rakyat ketika itu dengan tepukan meja dari wakil rakyat Umno@BN dengan pengumuman itu. Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah saya turut menarik nafas lega. Saya yakin ibu bapa khususnya golongan bawahan seperti petani, nelayan dan peneroka merasa gembira dengan langkah Kerajaan 1Malaysia (gambar:Adik Izzati sedih dalam kegembiraan..)Walau bagaimanapun semua itu rupa-rupanya hanya gimik dan satu bentuk penipuan kepada rakyat. Murid dan pelajar hanya dikecualikan yuran kira-kira RM 10 je yang lain-lain tu kena bayar...

Thursday, November 19, 2009

Peluang PAS Sukar Di DUN Kota Siputeh?? :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Pilihanraya Kecil Kota Siputeh bakal diadakan jika tidak ada sebarang 'kejutan' selepas ini. Walau bagaimanapun paling awal pun tahun depan baru pilihanraya tersebut dapat diadakan. Ini memandangkan SPR dan Umno akan membuat rayuan berbeza sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Sudah pasti ia akan mengambil tempoh yang lama sehingga rayuan di dengar di peringkat tertinggi sistem kehakiman negara. Tidak mustahil pilihanraya Kota Siputeh akan diadakan serentak dengan pilihanraya umum!Jika pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat, peluang Pas untuk menang adalah sukar. Hakikat yang perlu disedari Kota Siputeh terletak dalam kubu Umno di Parlimen Jerlun. Pas hanya menang dua kali sepanjang sejarah pilihanraya iaitu pada tahun 1969 dan 1999. Salah seorang bekas calon Pas Kota Siputeh, Cikgu Wahab...

Pendedahan SIONG Politik Najib Altantuya :- Nizar Vs Zambry MB Haram!!

Oleh Hasmi HashimSelepas gelombang Reformasi 1998; sedekad berlalu, buat pertama kalinya Perdana Menteri Ke-6, Najib Razak bakal menyaksikan penentangan rakyat terhadapnya bermula. Politik ganas bersulam tipu-daya, mulai disedari umum kini; nan lebih ganas daripada mana-mana pemimpin Asia mutakhir, malah, tidak pernah berlaku waima di bawah rejim kuku besi Dr Mahathir Mohammad sekalipun.Wajar kita akui, brutaliti dan penindasan sedikit mereda sepanjang tempoh Abdullah Badawi menjadi PM. Hanya itulah pilihan yang Abdullah ada selepas prestasi demokrasi dan imej buruk warisan PM sebelumnya. Tapi, Najib bukan Abdullah. Najib bukan juga Dr Mahathir.Paras lembut hanya ‘hiasan’ apabila muncul di kaca TV dan akhbar ~ itupun dengan bayaran RM20 juta kepada APCO Worldwide, sebuah syarikat perundingan...

Nizar Mahu Siasat Segera Skandal Babitkan Pemimpin Atasan Negara :- Najib Altantuya - PKFZ - Teoh Beng Hock

Skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh serta skandal pita video V.K Lingam dikatakan antara kes berprofil tinggi dan kosnpirasi peringkat atasan. Sejauh mana kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyingkap dan menamatkan skandal ini? Wartawan, NYZA AYOB mendapatkan reaksi Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memperkatakan isu ini. Beliau Ahli Parlimen Bukit Gantang dan juga Ahli Jawatankuasa PAS PusatDalam isu PKFZ, mengapa siasatan oleh SPRM tidak dimulakan ke atas pengakuan Pengerusi Kuala Dimensi Tan Sri Tiong King Sing yang mengakui memberi RM10 juta kepada Presiden MCA, Dato' Seri Ong Tee Kiat?DATO' SERI NIZAR JAMALUDDIN: Saya...

MB Selangor Dedah Laporan Kejadian Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa :- Nizar vs Najib Altantuya

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini sekali lagi menggunakan peruntukan sekysen 2C mendedahkan satu lagi dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 berkenaan laporan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa Disember tahun lalu.Menurut Khalid, faktor utama yang dikenalpasti penyebab runtuhan tanah itu berpunca dari kebocoran paip air dari saluran paip air yang aktif di rumah terbengakalai yang meningkatkan kandungan air dalam tanah di kawasan kegagalan cerun.Ini merupakan pendedahan keempat Pakatan Rakyat untuk memberi gambaran sepenuhnya mengenai kejadian yang mengakibatkan 14 buah rumah banglo musnah dan lima kematian pada hari kejadian.Menurut laporan Jawatankuasa Teknikal Kajian Runtuh, terdapat tiga gelinciran yang berlaku pada hari kejadian yang...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost