Thursday, November 5, 2009

HarusSanaSini Kata Dr Asri Wajar Ditahan, Tak Ikut Undang-Undang :- Nizar vs Najib Altantuya


Kes penangkapan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) tidak sepatutnya dijadikan isu dan dipertikaikan. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tindakan itu adalah wajar kerana bekas mufti itu secara terang-terangan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan dalam pentadbiran agama negara ini.

Menurutnya, sebagai sebuah negara berperlembagaan yang memberi kuasa kepada pentadbir-pentadbir agama seperti Jabatan Agama Islam, Majlis Agama dan Mahkamah Syariah menjalankan tugas, penangkapan terhadap mana-mana individu yang mengajar agama tanpa pentauliahan adalah wajar.

"Saya pelik kenapa orang ramai riuh rendah, termasuk orang-orang atasan yang mendukung negara. Perkara ini tak perlu jadi isu.

"Saya juga pelik kenapa Dr Mohd Asri tidak ambil berat dengan amaran yang dibuat Jais sebelum ini, tak ada tauliah memang tak boleh tapi dia tak endahkan," katanya kepada Sinar Harian semalam, mengulas isu penangkapan bekas mufti itu Selasa lalu.

Mengenai pentauliahan, Harussani berkata, semua pihak perlu akur dengan perlembagaan dan enakmen berkaitannya yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) setiap negeri serta telah disahkan oleh raja-raja.

Menurutnya, enakmen berkenaan sudah diselaraskan di seluruh Malaysia supaya terdapat kawalan dari segi penyebaran agama di setiap negeri.

"Tak ada (tauliah) memang salah, tak ada siapa pun yang berkecuali termasuk saya sendiri. Jika saya hendak berceramah di negeri lain, saya juga mohon tauliah, ibarat kita mohon lesen sama seperti bidang profesional lain yang perlu ada lesen," katanya.

Beliau berkata, semenjak Islam berada di Malaysia, Mazhab Shafie adalah pegangan umat Islam dan atas dasar itu perlembagaan dalam undang-undang Islam negara ini berperanan mengawal jika terdapat ajaran-ajaran yang bertentangan dihebahkan.

"Negara kita ada prinsip lima rukun negara, kalau tak guna salah satu daripadanya, tak betullah.

"Situasi negara kita sekarang sudah teruk dengan momokan isu politik, cukuplah dengan hal itu sahaja jangan sampai hal-hal agama pula jadi tak betul," katanya.-/detikdaily

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost