Thursday, November 5, 2009

Kes MB Nizar lwn Zambry: Hakim Mahu Settle Hari Ni Jugak! Keputusan Dijangka 6 Petang :- Najib Altantuya - PKFZ

Perbicaraan kes ‘landmark’ Nizar lawan Zambry baru bermula dengan penghakiman akan dibuat oleh panel 5 orang hakim.

Menurut MKini, “para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut.

Wartawan-wartawan kami, Sya dan Anaz akan beri laporan terkini dari sana.

Datuk Ambiga sedang berhujah mewakili DS Nizar.

Suasana di sana tenang, dengan kehadiran para penyokong serta YB Pakatan Rakyat - YB Lih Kang, YB Ming Kai, YB Zainuddin, YB Tai, dan YB Datuk Ngeh. Sementara di kem UMNO masih belum kelihatan YB-YB serta para penyokong mereka.

Ramai di antara mereka - penyokong BN dan Pakatan - tidak menghadiri sessi perbicaraan pada pagi ini, kerana mereka tahu keputus tidak akan dibuat pagi ini.

Mahkamah hanya cuma membenarkan 5 orang hakim daripada 11 yang diminta oleh Nizar.

Presiden Hakim Mahkamah Rayuan Alauddin Mohd Sheriff mengetuai 5 orang hakim itu - Ketua Hakim Malaya Arifin Zakaria, hakim Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong.

Mahkamah yang bersidang hari ini dijangka akan mentafsirkan beberapa perkara, antaranya ialah

1. Kuasa Perkara 16(6) Undang-undang tubuh negeri Perak.

2. Kuasa sultan untuk tentukan seseorang menteri besar masih layak menjadi MB walaupun tidak melalui proses undi tidak percaya di dalam dewan.

3.Kuasa seorang sultan melalui perkara 16 (6) Undang-undang tubuh negeri Perak sama ada boleh memecat MB atau tidak.

Sekarang sedang short break, dengan para hakim sedang membuat semakan susulan rayuan ketua barisan pegum DS Nizar, Datok Ambiga supaya membenarkan penghakiman dibuat oleh 11 orang hakim.

Walaubagaimanapun hakim menolak rayuan tersebut dan mengekalan jumlah 5 hakim.

Sekarang, peguam Sulaiman Abdullah sedang berhujah mengganti Datuk Ambiga.

Sulaiman Abdullah masih lagi berhujah

Tadi mahkamah short break 15 minit kerana peguam Nizar, Suleimen Abdullah dikhabarkan tidak sihat. Walaubagaimanapun Mahkamah telah sambung semula.

Hakim mengesyorkan bertegas agar perbicaraan untuk menentukan siapa sebenar MB Perak hendaklah diselesaikan hari ini juga.

Di sebalik bertegas untuk menyelesaikan perbicaraan hari ini, namun dilaporkan bahawa hakim ambil endah tak endah dengan apa yang dihujahkan oleh peguam Nizar, Sulaiman Abdullah.

Agaknya Sulaiman tampil dengan hujahan yang sama.

Mahkamah berhenti rehat, hakim tetap mahu habiskan bicara hari ini walaupun masa sudah melewati petang.

Menurut wakil kami di sana, harapan untuk menang sangat tipis. Hakim seperti nak tak nak dengar penghujahan dari peguam Nizar.

--perakexpress

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost