Wednesday, November 4, 2009

Inkues Teoh: Koroner Benarkan Mayat Beng Hock Digali Semula :- Nizar vs Zambry & Najib Altantuya


Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini membenarkan permohonan keluarga Teoh Beng Hock untuk menggali semula mayatnya bagi dibedah siasat semula.

Bedah siasat kedua ini akan turut dihadiri oleh pakar patologi terkemuka Thailand, Dr Pornthip Rojansunand.

Dr Pornthip tidak boleh melakukan bedah siasat kerana hanya doktor Malaysia sahaja yang melakukannya seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang.

Koroner juga memutuskan bahawa bedah siasat kedua itu hendaklah dilakukan dengan kehadiran Dr Prashant N Samberkar dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia dan ahli patologi Dr Khairul Azman Ibrahim dan doktor forensik yang dilantik oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Baru-baru ini, Dr Pornthip memberitahu inkues bahawa terdapat 80 peratus kemungkinan kematian Teoh disebabkan homisid.-/malaysiakini

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost