Friday, November 6, 2009

Isu Dr Asri: PGSM Gaduh Sesama Sendiri? :- Nizar vs PKFZ & Najib Altantuya

Sidang media kecoh, ahli dakwa tidak dimaklumkan mengenai memorandum

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bakal disaman oleh ahlinya sendiri jika presiden dan exconya bertegas untuk tidak menarik balik memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Mohd Zainul Abidin.

Peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzaman berkata beliau dan ahli-ahli PGSM yang lain tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara berkenaan.

"Kalau Dr. Asri tidak saman PGSM, ahli-ahli PGSM sendiri akan saman PGSM dan NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan) lain," katanya.

Hari ini, Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip dalam satu sidang media khas berhubung isu ini berkata PGSM tidak akan menarik balik tuduhan yang terkandung dalam memorandum berkenaan.

Malah tiada sebarang permohonan maaf secara terbuka berhubung isu tersebut dikemukakan kepada Mohd Asri.

Kamar Ainiah yang turut hadir dalam sidang media berkenaan sebagai ahli PGSM pada mulanya mencelah dengan bertanya soalan kepada Mohamad Isa sama ada PGSM tetap dengan pendirian untuk mempertahankan kandungan memorandum berkenaan.

Celahan Kamar Ainiah itu terus mencetuskan kekecohan apabila Mohamad Isa menjawab persoalan beliau itu dengan berkata PGSM kekal dengan pendirian itu.

"Kalau kita pertahan kandungan memo, siaplah kita kena saman, semua ahli akan dituduh memfitnah... semua orang.

"Kalau nak mohon maaf buatlah secara ikhlas, kandungan memo itu sangat-sangat mengaibkan orang," katanya dengan penuh perasaan.

Pihak exco PGSM dan wakil-wakil NGO yang hadir gagal untuk menghalang tindakan Kamar Ainiah yang dilihat 'mengganggu' perjalanan sidang media itu.

Dalam kekecohan yang berlanjutan sehingga lebih kurang 10 minit itu, Kamar Ainiah turut mendedahkan bahawa beliau dan ahli-ahli PGSM yang lain tidak mengetahui mengenai memorandum berkenaan.

"Kami ahli PGSM tidak pernah dirujuk, tak pernah ditanya... kami tak tahu apa yang berlaku dan kami akan protes," tegas beliau.

--mStar

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost