Tengah malam kelmarin kita dikejutkan oleh berita penangkapan bekas Mufti Perlis yang terkenal, Datuk Dr.MAZA.
Kaget kerana tak sampai 24 jam selepas beliau membuat kenyataan akhbar tentang penolakan jawatan YADIM serta ulasan tentang memo Persatuan Peguam Syarie Malaysia menghantar memo kepada Yang DiPertuan Agong membantah perlantikannya walaupun belum dilantik ke jawatan tersebut!
Dalam ulasan beliau juga ada disebut tidak akan masuk ke dalam mana-mana parti politik kepartian samaada UMNO maupun PAS (maknanya) khabar angin yang sedang bertiup itu tidak benar. Beliau lebih selesa bebas, menegur apa yang tidak kena kiri dan kanan sebagai pihak ketiga. Begitulah lebihkurang apa yang Dr.MAZA khabarkan.
Boleh dikatakan beliau sejak tidak lagi memegang jawatan Mufti menjadi bunga kembang mekar wangi yang ingin disunting oleh UMNO dan PAS. Masing-masing memegang besi berani bagi menariknya. Sebab beliau antara orang ugama dan mufti paling muda yang paling kritis terhadap pelbagai isu semasa yang berlaku dalam negara. Samaada isu-isu dalam masyarakat atau dalam parti-parti politik tanahair.
Apa yang berlaku ke atas beliau melalui JAIS, nampaknya seakan tindakan politik bukan atas dasar ugama. Walaupun alasannya memberi ceramah ugama tanpa tauliah. Dr.MAZA tahu, ini adalah tindakan politik. Dalam politik sekular apa tindakan pun boleh, asalkan mencapai tujuan dan matlamatnya ala machievelli. Dalam hukum ugama tidak ada masaalah tauliah atau permit sementelah yang mengajarnya pula adalah bekas mufti sebuah kerajaan negeri dalam 1Malaysia. Jadi permit dan tauliah ini cuma orang politik sahaja yang boleh menggunakannya seperti ISA. MB Kelantan juga pernah tidak dibenarkan memberi ceramah/mengajar di negeri Selangor semasa MB Khir Toyo dengan alasan tidak ada surat tauliah mengajar di Selangor.
Inilah antara sebab mengapa parti PAS memilih jalan siasah melalui demokrasi (walaupun ada pro dan kontra) dengan matlamat memartabatkan ugama Islam di negara Islam dengan hukum dan undang-undang Islam kepada semua termasuk yang bukan Islam dengan penuh keadilan. Selagi kerajaan dan undang-undang tidak selari dengan Islam, selagi itulah tidak akan terdapat KEADILAN!
Inilah perjuangan orang-orang terdahulu seperti Allahyarham Dr.Burhanuddin Helmi. Dengan adanya gabungan pemikir-pemikir muda Islam dan ulama' yang baik dan berjuang dalam satu jemaah, inshaAllah cita-cita dan matlamat yang diredhai Allah akan termakbul.
Apa yang berlaku adalah permulaan buat kita semua berfikir dan bertafakkur. Supaya kita dapat menilai mana intan mana kaca, baik dan jahat! Ada keikhlasan yang tulus atau hipokrit......
"Allahlah yang membolak-balikkan hati-hati manusia......".
-- M@RHAEN
Tuesday, November 3, 2009
Kes Dr. MAZA : Antara Politik Dan Agama :- Nizar vs Zambry & Najib Altantuya
9:42 AM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment