Wednesday, November 11, 2009

Linggam Betul Dari Segi Undang2, Penjawat Awam Tidak Bermoral? :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Nazri Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, VK Lingam salah dari segi moral tetapi betul dari segi undang-undang ?Najib Razak pula tidak pernah mengulas isu Lingam ini. Mungkin kerana Lingam adalah sahabat Tun Mahathir.

Tetapi Najib Tun Razak mengulas isu tuntutan bonus dari CUEPACS. Katanya tindakan Omar Osman, Presiden kesatuan penjawat awam seluruh Malaysia itu adalah tidak bermoral.

Seolah-olah Najib menempelak seluruh kakitangan yang CUEPACS mewakili.

Apabila berdepan dengan rakyat, kerajaan BN mendabik dada sudah 53 tahun memerintah dan negara berada pada tahap ekonomi yang sangat kukuh.

Namun apabila berdepan dengan kakitangan kerajaan yang dikatakan tahu 'lubang' kerajaan BN, lain pula versi ekonomi mereka.

Ramai penjawat awam mahu agar kesatuan mereka lebih tegas. Marah sungguh mereka dengan kenyataan Najib sehingga ada yang mencadangkan supaya CUEPACS mengadakan hartal. Bolehkah begitu ?

[Definisi Hartal dari Kamus Dewan : Pemogokan umum sebagai bantahan terhadap sesuatu]

--DetikDaily

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost