Antara Ahli Yang Berhormat yang suka bercakap di Parlimen dan kerap mendapat liputan media ialah wakil dari Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz. Jangan kira sangat isi ucapan dan isu yang dibangkitkan, sebab apa yang penting kata-katanya selalu menarik perhatian wartawan, dan disiarkan.
Saya sendiri tertarik apabila beliau bercakap mengenai iklan sebuah syarikat penyedia Internet, dalam sidang Parlimen, Selasa lalu. Beliau berpendapat iklan seperti itu tidak sesuai untuk tayangan TV.
Tentulah isu iklan ‘Potong! Potong! Potong!’ itu terlalu kecil (sebenarnya remeh!) jika dibandingkan dengan isu klip video V K Lingam, penyelewengan berbilion ringgit PKFZ, pembelian komputer riba pada harga lebih RM40,000 seunit, dan lain-lain salah guna kuasa seperti yang didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Ada kalanya berdebat mengenai perkara-perkara besar yang menyentuh kepincangan tidak mendapat liputan - atas apa-apa sebab pun. Kalau disiarkan pun mungkin sebagai berita kaki. YB cakap berbuih-buih, hanya jadi berita kecil.
Lebih baik bercakap benda-benda remeh-temah, sekiranya benda itu menarik, pasti akan mendapat tempat dalam media. Sebab itu kalau ada YB mencarut atau mengeluarkan kata-kata kurang sopan, pasti akan mendapat tempat dalam akhbar.
Malah, ada sesetengah YB kita yang terkenal bukan kerana isi perbahasan, tetapi kerana kata-kata lucah, sikap kurang ajar (tumbuk-tumbuk meja), lagak samseng ketika berdebat, dan perilaku lain yang sepatutnya tidak dipamerkan seorang yang dipilih oleh rakyat. Mereka boleh berlawak dalam Parlimen, tetapi tidak boleh berlawak dengan pengundi.
Saya tidak salahkan YB Sri Gading itu. Banyak isu-isu besar yang dibangkitkan sebelum ini tidak mendapat perhatian. Lebih baik cakap benda yang remeh - ‘Potong! Potong! Potong! - sebab itu pasti akan mendapat perhatian dan disiarkan.
* APAKAH iklan produk P1Wimax tidak sesuai untuk tayangan? Ada yang berpendapat kata-kata ‘Potong! Potong! Potong!’ mengandungi unsur lucah. Pada hemat saya orang yang berfikiran kuning sahaja menganggap itu sebagai lucah.
Kalau pun benar yang dimaksudkan ‘potong’ itu ada berkhatan, bersunat, atau ‘masuk jawi’ saya tidak nampak itu satu kelucahan. Apa lucahnya orang berkhatan? Kalau hendak kira lucah, tentulah siri-siri drama dan filem Inggeris yang menjadi menu utama stesen-stesen TV kita lebih lucah.
Cuba tonton satu program luar mengenai pemilihan calon-calon model yang disiarkan setiap minggu oleh salah satu rangkaian TV kita. Gadis-gadis hanya memakai seluar dalam dan coli bergaya dalam aksi-aksi menggiurkan. Tidakkah itu lebih lucah dari perkataan ‘Potong!’.
Ada juga berpendapat iklan berkenaan mempersenda hukum agama (khatan). Mungkin sehari dua ini akan ada tokoh agama atau ustaz menjelaskan perkara ini. Tetapi, bagi saya ada perkara-perkara yang lebih mempersenda agama disiarkan menerusi drama-drama kita.
Contohnya, isu poligami yang selalu diselitkan dalam drama kita. Poligami dilawakkan dan dikaitkan dengan lelaki miang, atau lelaki pendera isteri. Poligami selalu dikaitkan dengan perebutan harta, hasad dengki dan sebagainya. Tidakkah itu lebih mempersenda dan mengelirukan hukum agama?
Iklan tidak sampai tiga puluh saat itu telah pun diluluskan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF), sebab itu ia ditayangkan. Menurut Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Heng Seai Kie pihaknya telah menyerahkan iklan berkenaan untuk dinilai semula oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).
Rasanya apa yang telah diputuskan oleh LPF sudah memadai. Janganlah membuang masa dan tenaga untuk meminta SKMM menilai pula. Banyak lagi kerja lebih besar dan lebih penting yang patut dilakukan oleh SKMM. Isu ‘Potong! Potong! Potong!’ yang tidak sampai setengah minit itu kecil sangat.
* SAYA simpati pada Puan Yee atas nasib yang menimpa dirinya. Ibu muda berusia 23 tahun dan beranak dua itu adalah mangsa terkini pembedahan plastik. Beberapa bulan lalu, selepas melahirkan anak kedua dia ke sebuah pusat penjagaan tubuh.
Seperti kebanyakan wanita yang baru melahirkan, Yee, seorang usahawan, berhasrat untuk mendapatkan rawatan bagi mencantikkan bentuk tubuh. Dia membayar RM2,998 untuk lima sesi rawatan. Setelah sesi rawatan terakhirnya Mac lalu, dia mendapati lengan kanannya bengkak.
Pusat penjagaan tubuh di mana dia menjalani pembedahan plastik telah memberi ubat yang tidak sesuai, menyebabkan lengan bengkak dan sakit. Dia meminta balik wang yang telah dibayar, tetapi pusat berkenaan tidak layan.
Akhirnya dia ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan lengan yang bengkak. Dia membayar RM5,000 untuk rawatan tersebut. Bengkaknya hilang, tetapi lengan yang dulu licin dan halus kini mempunyai parut yang kekal. Hasrat hendak cantik, akhirnya jadi tidak cantik.
Sebenarnya Yee tidak keseorangan. Sebelum ini kita sudah banyak mendengar betapa wanita kehilangan payu dara, lebam di muka, punggung tirus, semuanya gara-gara kesilapan ‘doktor pakar’ ketika melakukan pembedahan plastik atau rawatan perampingan tubuh. Bukan semua masalah tubuh dapat diselesaikan di pusat kecantikan
Kesimpulannya: Jangan mudah percaya pada ‘doktor pakar’ palsu!
- Oleh TOK PERAK @ SinarHarian
Sunday, November 15, 2009
P1Wimax: Potong!, Potong!, Potong! - Lucu Atau LUCAH ?? :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya
9:24 PM
miaq_kpg
No comments
Aku...
nuff
Followers
Komen Terkini
Categories
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
Labels
- Anti ISA (54)
- DAP (182)
- H1N1 (13)
- HOME (35)
- Israel (1)
- Isu semasa (353)
- Kartika (6)
- Liwat 2 (1)
- Liwat2 (2)
- malaysiakini (1341)
- Manek Urai (155)
- MCA (45)
- Melayu (129)
- MIC (18)
- Muara Tebas (18)
- Najib (1)
- Najib-Altantuya (4)
- PAS (445)
- Perak (184)
- PKFZ (100)
- PKR (180)
- Politik (465)
- PPSMI (22)
- PRK Bagan Pinang (103)
- PRK Hulu Selangor (12)
- PRK Permatang Pasir (93)
- PRK Sibu (2)
- Sarawak (53)
- SPRM (187)
- Teoh (83)
- UMNO (317)
0 comments:
Post a Comment