Sunday, November 15, 2009

Pelantikan Anwar Dengan Gaji RM1 Sebulan Hanya GIMIK? :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menyifatkan pelantikan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor adalah sebagai satu gimik semata-mata.

Katanya negeri Selangor mempunyai ekonomi yang teguh, dan pelantikan Anwar ini tentunya merupakan satu gimik untuk menunjukkan yang PKR boleh 'survive' dalam satu ruang baru dengan satu imej yang baru.

"Tapi sebenarnya ini ibarat menjual air lama dalam botol yang lama," katanya dan menambah gimik ini kadangkala boleh dijual, tapi kebanyakan masa ia 'tidak laku'.

Beliau yang juga anggota Parlimen Jelebu berkata demikian semasa mengulas langkah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam yang mengumumkan pelantikan Anwar sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor.

Rais ditemui pemberita selepas perasmian penutup hari terbuka sekolah dan asrama Sekolah Kebangsaan Putra (SKP) dan kempen kesedaran pendidikan Orang Asli Daerah Jelebu di SKP, Simpang Durian dekat sini, pada hari Sabtu. BERNAMA

Aku...
GIMIK? Kepala hotak ko RAIS.Kalau ko yang dilantik jadi penasihat ekonomi diulang penasihat EKONOMI dengan gaji RM1 sebulan ko nak ke?

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost