Tuesday, November 17, 2009

Pengikut Dr Asri Berkumpul Esok Di Mahkamah :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Sekumpulan pengikut Dr Mohd Asri Zainul Abidin termasuk mereka yang sering mengikuti kuliah mantan mufti Perlis itu akan hadir menyatakan sokongan di mahkamah syariah di Gombak, esok.

Kira-kira 40 penyokongnya itu akan bertolak 10 malam ini dengan sebuah bas dari Perlis dan Pulau Pinang, kata satu sumber yang dekat dengan mereka.

"Kawan-kawan kalau susah kita kena tolong. Kita kena bagi beliau semangat," katanya, yang enggan dikenali, kepada Malaysiakini petang ini.

Penceramah popular itu bakal didakwa bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 kerana mengajar agama tanpa tauliah rasmi daripada jabatan agama negeri.

Bagaimanapun, sumber itu menjangkakan lebih ramai penyokongnya – khususnya dari Selangor dan Kuala Lumpur – akan hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menjelang pertuduhan jam 9 pagi.

Dr Mohd Asri, yang juga pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), sering diundang menyampaikan kuliah di beberapa buah masjid di Perlis, selain masih mengajar di Institut Al-Qayyim, Bukit Mertajam yang diasaskannya.

Beliau ditangkap sewaktu menyampaikan ceramah agama di sebuah banglo di Hulu Kelang pada 1 November lalu – sehingga mencetuskan kontroversi berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) itu.

Jika disabitkan kesalahan, bekas mufti muda itu boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. - malaysiakini

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost