Monday, November 9, 2009

UMNO Setuju Sertai PAS - Najib :- Nizar vs Zambry


Samada untuk menerima atau menolak , samada untuk mengakui atau menafikannya , samada untuk mempercayai atau engkar , samada untuk mengiyakan atau menidakkannya , hakikat yang harus diakui oleh parti UMNO dan rakan – rakan dalam BN nya, iaitu parti UMNO dan sekalian rakan dalam BN nya kini sudah berada dalam keadaan cukup tenat , hari demi hari sehingga menjelang PRU 13 nanti

Hakikatnya sudah lama dipercayai secara senyap , tapi penuh cemas oleh seluruh pimpinan UMNO , tapi mungkin bukan dikalangan komponennya yang lain , kecuali PBB di Sarawak.
Kenapa PBB juga cukup cemas ?

Isu – isu terdesak , akhir – akhir ini seperti Kerajaan Perpaduan dan sebagainya adalah antara ramuan – ramuan dan resepi terbaik UMNO bagi melumpuhkan Pakatan Rakyat.

Bila mana timbul pulak ‘pakatan dalam senyap’ di kalangan pemimpin – pemimpin orang – orang Melayu dan Islam , setelah ditutup dan dikunci rapat oleh PAS semasa Seminar sehari , adalah bukti betapa terlalu cemas UMNO kini.

Sumber maklumat dari semua cabang risikan , risikan Cawangan Khas , Intelligent tentera , Polis , parti dan semua pihak lain , tidak menunjukkan berlaku pemulihan sokongan ke atas UMNO.

Walhal , masa cukup pantas bergerak. PRU 13 menunggu , tanpa perlu dihalang ketibaannya. Benar sekali , ada baiknya cadangan Pesuruhjaya PAS Terengganu supaya UMNO bergabung saja dengan PAS. Ketika ini lah. Tidak perlu lagi menunggu waktu dan masa. Demi perpaduan Melayu dan Islam

Sehinggakan ia terpaksa diakui benar , walaupun pahit dan walaupun apa juga alasannya , seperti kata Setiausaha Agung UMNO ini , katanya Pakatan UMNO , PAS mampu elak perpecahan

Untuk menggambarkan betapa PAS begitu hebat , samada pada pandangan musuh , seperti kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Ali Rustam Pakatan 'runtuh' jika PAS keluar pakatan dan/atau juga pandangan sahabat , iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim , dimana beliau berterima kasih dan memuji PAS kerana terus meletakkan komitmen memperkasa Pakatan Rakyat.Maaf , nampaknya tajuk di atas tidak akan jadi kenyataan. Sebab , kalau Najib masuk PAS , belum tentu jawatan PM akan diserahkan kat Anwar.

--DetikDaily

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost