Monday, December 7, 2009

Melayu Dicabul, UMNO Gelak-Gelak...


Sebelum ini, isu gadis yang berdemontrasi ditangkap polis lalu dibogelkan dan dipaksa pumping pernah dibawah ke Parlimen tetapi menjadi bahan ketawa MP Parlimen UMNO sahaja. Kemudiannya, apabila wujud rakaman videoklip gadis 'China' dibogelkan dilokap dan dipaksa ketuk ketampi, UMNO menggelupur dan segera menghantar wakil ke China memohon ampun. Apabila didapati gadis tersebut Melayu, UNMO menepuk dada tanda kelegaan. Artikel ini mengkaji sikap psiko UMNO dan pencabulan hak kaum Melayu.

PUTRAJAYA 30 Nov.- Kes rogol yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Maximus J. Ongkili berkata, berdasarkan statistik yang diperolehi pihaknya, sebanyak 2,432 kes rogol dilapor dalam tempoh itu berbanding 1,849 kes tahun lepas."

Masih teringat betapa PAS dan PR menggesa agar hukuman sewajarnya dikenakan ke atas perogol dan pesalah seks tetapi MP UMNO membantah keras dengan mengatakan hukuman mati tidak boleh kenakan kepada perogol kerana bimbang kononnya perogol akan mengapa-apakan atau mencederakan mangsanya.

Apabila PAS mengusulkan shariah Islam ke atas penganut Islam dilaksanakan, UMNO menggelupur lagi dan membantah keras dengan memburuk-burukkan shariah Islam dan mempersendakannya.

Apabila bodyguard Najib dihukum mati kerana mengebom Altantuya Sharibu, rakan-rakan penulis yang 'beriman' dengan UMNO mengatakan bahawa wujud khabar angin kononnya gadis mengandung yang mati dibom ini sebenarnya ejen Amerika, seperti Anwar dan Tok Guru.

Apabila Lim Guan Eng cuba mempertahankan seorang gadis Melayu bawah umur yang kabarnya diperkosa, beliau disumbat dalam penjara. Apabila Anwar membantah UMNO, Anwar dibogelkan, dipukul sampai lebam-lebam dan disumbat dalam penjara.

Jangan beraja dimata bersultan di hati sangat wahai UMNO. Amarah rakyat ada batasnya, amarah Allah pula maha dahsyat...

--TKO

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost