Monday, November 30, 2009

Satu Malaysia... Satu Hipokrasi...


Oleh: M3M

Heboh Najib mencanangkan slogan Satu Malaysia dia. Dalam negara usah katalah… ini, di luar negara pun dia canang habis. Orang tak tanya pun, dia gebang juga. Kalau akulah orang putih dekat sana tu… aku akan tanya dia balik, slogan tu idea original atau ciplak or merely rebranding?? Ha ha ha… baru dia ternganga!! Nak menipu tak kena gaya!!

Sebenarnya, Satu Malaysia ni meriah di alam elektronik saja…. dalam TV…. dalam radio serta atas papan billboard dan kertas surat khabar saja. Uhhhhh… bukan main meriah lagi tapi in realiti, hambar….. tawar lesio… tak happening…. Apa itu Satu Malaysia?? Orang pun blur dan garu kepala?? Ini namanya… kempen syok sendiri.

Beria-ria mereka mempromosikan Satu Malaysia. Salah satu cara, guna Kementerian Pelajaran untuk mempropagandakan Satu Malaysia kepada pelajar-pelajar sekolah, melalui perkhemahan Satu Malaysia. Apa jadi….?? Satu Malaysia entah ke mana, tragedi pulak melanda. Nyawa melayang…. ibubapa kehilangan anak-anak tersayang. Tak pasal-pasal…. JPN, PPD, Guru Besar dan Kementerian Pelajaran kena ganyang. See you in court, ya??

Perkhemahan Satu Malaysia sebenarnya satu pembaziran duit rakyat. Mustahil, melalui perkhemahan yang dibuat beberapa hari, boleh mewujudkan integrasi dan perpaduan kaum. Ini namanya program hangat-hangat taik ayam. Plastik!! Apa yang kita mahu ialah kesan jangka panjang. Kesan… yang boleh mengubah mindset para pelajar tersebut bagi mewujudkan sebuah masyarakat plural yang harmoni. Malangnya… itu bukan matlamat utama perkhemahan tersebut. Ia mungkin diadakan untuk memberi peluang kepada kroni-kroni untuk buat duit. Ha ha ha… itulah dia Program Perkhemahan Satu Malaysia!!

Dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia, penerapan nilai perpaduan yang cuba dibawa oleh Satu Malaysia semuanya indah khabar dari rupa. Tak menjadi. Realiti kehidupan masyarakat plural di sini, macam itu juga. Kau… kau, aku….. aku. Sedikit, intergrasi kaum memang sudah ada, terutama di kawasan urban atau bandar tetapi jurangnya masih ketara lagi.

Di sekolah-sekolah pula, para pelajarnya masih selesa berada dalam kelompok kaum masing-masing. Nampak berpadu, hanya apabila ada program-program tertentu sahaja. Lepas itu… kau…kau, aku…aku!!! Di sekolah-sekolah yang ada tiga bangsa… pergaduhan melibatkan kaum masih berlaku. Prejudis kaum tetap ada. Tersentuh atau terusik sikit… bertumbuklah mereka. Kadang-kadang sampai berlakunya pergaduhan melibatkan gang…. dari dalam sekolah dan juga luar sekolah.
Di kawasan luar bandar, lagi parah. Komunikasi sihat hanya berlaku ketika menjalankan urusan ekonomi domestik. Habis urusan… back to square one. Kau.. kau, aku… aku!! Perasaan prejudis kaum ini, masih menebal terutama bagi mereka yang mindanya tertutup. Tetapi bagi mereka yang ‘open’, hal kaum tak menjadi masalah, sebab mereka sudah boleh menerima realiti kewujudan kaum lain sebagai rakyat Malaysia. Jadi, apa yang perlu dilakukan, cuma… adjust and adapt. Lama-lama serasilah!!

Yang sukar untuk adjust dan adapt ini ialah puak-puak penyokong UMNO tegar yang mindset mereka telah diprogramkan dengan sistem berhantu yang dipanggil ‘Ketuanan Melayu’. Melayu mesti superior… Melayu mesti dominant… apa-apa pun Melayu mesti above dan melebihi kaum-kaum lain. Tetapi mereka tak tahu, yang hakikatnya…. Melayu sudah semakin layu. Dilayukan oleh UMNO dan para pemimpinnya. Mungkin juga mereka tahu, tetapi sudah terlalu layu untuk berbuat sesuatu. Melayu hidup bergantung pada tongkat. Sudah terbiasa begitu rupa. Apabila tongkat ditarik… gabralah Melayu. Apakah Melayu masih mahu bertongkat selamanya??

Dalam konteks perpaduan , apa yang kita lihat pada hari-hari perayaan seperti Hari Kebangsaan adalah satu sketsa semata-mata. Sketsa yang bertemakan Satu Malaysia…. dipertontonkan kepada umum… bertujuan untuk memberi gambaran palsu. Hakikat di sebalik sketsa…. semua orang tahu. Kaum-kaum di Malaysia masih, kau.. kau, aku… aku!!

Satu Malaysia apa kejadahnya!!! Barisan Nasional pun masih merupakan satu gagasan politik yang berteraskan kaum. Kau perjuangkan kepentingan kaum kau…. aku perjuangkan kepentingan kaum aku. Jadi… usahlah berpura-pura dan buat lawak, kononnya nak mempromosikan perpaduan kaum melalui slogan Satu Malaysia.

Sekarang…. satu lagi hypocrisy kerajaan Najib terbongkar dan dibongkarkan. Tetapi sebenarnya, semua orang sudah tahu, kerana kita telah mengalaminya sendiri atau melalui anak-anak kita, sedara mara kita… mau pun rakan taulan kita. Tak usah tipulah… Kononnya, Program Satu Malaysia dilancarkan untuk integrasi kaum and so on… but at the same time… Biro Tata Negara, dulu, kini dan selamanya, masih dengan jarum-jarumnya, menyuntik perasaan benci antara kaum dengan bantuan hantu yang bernama ‘Ketuanan Melayu’, selain memupuk persepsi negatif serta perasaan benci terhadap pembangkang.

Sehubungan itu, pak-pak menteri Satu Malaysia, seorang demi seorang, mengeluarkan kenyataan mempertahankan BTN. Piiirrraaahhh!!! Nafi dan nafilah semahu-mahunya, tetapi hakikatnya tetap sama. BTN adalah agen propaganda yang memupuk kebencian antara kaum di Malaysia.

Malah, UMNO sendiri masih mengharapkan bantuan hantu yang bernama ‘Ketuanan Melayu’ untuk memomok-momokkan kita. Bangganglah kita kalau takut pada hantu itu. Ketuanan Melayu itu sendiri pun berbau perkauman. Tetapi masih ada yang mempercayainya. Dalam UMNO tak payah cakaplah… tetapi, malangnya… dalam PAS pun, ada juga yang banggang. Aha… Hassan Ali dan the UG gang!! Oooopsss..!!! Tersebut pulak perkataan UG yang sudah dikunci. Don’t be angry, I’m sorry….

Last but not least…. aku ada satu suggestion. Apa kata, kita do away with One Malaysia, Unity Government, BTN dan Ketuanan Melayu dan promote pulak Projek/Program SABM. So far…. nampak gayanya, Projek Saya Anak Bangsa Malaysia, serius dan ikhlas untuk mewujudkan satu bangsa saja di Malaysia iaitu bangsa Malaysia. No more bangsa Melayu, bangsa Cina, bangsa India, bangsa Kadazan, bangsa Iban etc. Apabila tiada banyak bangsa… maka dengan sendirinya tiada diskriminasi kaum. Keadilan wujud di bumi Malaysia.

Hopefully… perpaduan dan keadilan akan wujud tanpa diskriminasi. Well…. people, what say you?? Fikir-fikirkanlah….

Sunday, November 29, 2009

Sejuta Keluarga Layak Dalam Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (SUBUR)

JEMPOL 28 Nov. – Lebih sejuta keluarga yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar dijangka menerima kupon subsidi beras melalui Program Subsidi Beras Untuk Rakyat (Subur).

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar memberitahu, setakat ini 248,000 keluarga yang berdaftar dengan e-Kasih layak menerima kupon itu dan bilangan itu dijangka terus meningkat.

“Kerajaan hanya membelanjakan RM8.6 juta sebulan dari peruntukan RM60 juta. Bagaimanapun hasil maklumat dari ahli parlimen, kita jangka ia akan mencecah sejuta keluarga memandangkan ada 222 kawasan Parlimen di seluruh negara.

“Tetapi apabila borang permohonan diterima, ia bukannya akan diluluskan terus, tetapi akan dinilai oleh pegawai-pegawai kementerian selepas diberikan kursus oleh ICU (Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan) Jabatan Perdana Menteri (JPM),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Korban Perdana Jempol 2009 di Felda Raja Alias 2 di sini hari ini.

Hadir sama Ahli Parlimen Jempol yang juga Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Lilah Yassin; Timbalannya, Mohd. Salim Shariff serta Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS), Badrulhisham Abdul Rahman.

November lalu, sistem kupon di bawah program Subur yang sepatutnya dilaksanakan 1 Disember ini ditangguhkan bagi membolehkan senarai penerima dikemas kini.

Perkara itu diputuskan Kabinet baru-baru ini setelah timbul rungutan serta aduan ada golongan miskin yang layak tetapi tidak disenaraikan sebagai penerima.Ini termasuk mereka yang menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak berpuluh tahun lalu tetapi tidak layak mendapat subsidi beras. - Utusan

#- Ramainya rakyat Malaysia miskin dibawah pentadbiran PM Najib 1 Malaysia... atau BERTAMBAH MISKIN!!!?

Saturday, November 28, 2009

Siapa Kolonel Mat ?

Oleh Kickdefella

Saya menerima banyak email yang bertanya saya sama ada saya tahu dan kenali Kolonel Mat?

Biarlah saya mengambil kesempatan ini untuk mengakui bahawa memang saya kenal Kolonel Mat. Saya pernah dibesarkan dan dilatih soal disiplin, integriti dan kepimpinan oleh Kolonel Mat. Bahkan Kolonel Mat pernah melatih saya untuk menembak menggunakan peluru hidup.

Kolonel Mat ialah anak kepada Arwah Abid Razak yang pernah menjadi Dresser di Hospital Besar Kota Bharu. Kolonel Mat sewaktu di sekolah dikenali ramai dengan panggilan ‘Aziz Punjab’ kerana tubuhnya yang tegap dan ketinggiannya yang mencecah lebih 6 kaki. Beliau pernah menjadi penjaga gol untuk Kelab Suara Muda.

Kolonel Mat menyertai tentera sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selepas menerima tauliah perlantikan, Kolonel Mat pulang ke Kelantan mengahwini anak sepupu Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yang bernama Tuan Bidah Binti Tuan Long. Waktu itu Nik Aziz dikenali dengan panggilan Ayah Zit oleh saudara mara.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan 6 orang cahaya mata, dua lelaki dan 4 orang perempuan. Salah seorang daripada anak lelakinya turut menyertai Angkatan Tentera dan bersara dengan pangkat Kapten.

Itulah serba sedikit latar belakang Kolonel Mat yang saya kenali.

Tetapi Kolonel Mat yang saya kenali itu telah meninggal dunia pada jam 7.40 petang pada 7 Oktober 2003 di Hospital Pakar Subang Jaya. Beliau menghembuskan nafas terakhirnya di sisi keenam-enam anaknya.

Jenazah Kolonel Mat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Shah Alam. Kapten (B) Syed Ahmad dan saya menurunkan jenazah Arwah ke liang lahat.

Kolonel Mat yang saya kenali ialah arwah ayah saya.

Sewaktu lahir, beliau diberi nama Syed Abdul Aziz tetapi dikalangan saudara mara terutama sekali dikalangan keluarga sebelah ibu saya yang dari keturunan Raja Jembal, Syed Abdul Aziz dikenali dengan nama Syed Amat. Mungkin sebab beliau anak lelaki sulong, jadi dikampung yang sulong dipanggil Mat, kalau peringkat dewasa akan dipanggil Ayah Mat. Sama juga panggilan yang diberikan kepada Allahyarham Dato’ Asri Haji Muda, bekas Presiden PAS, yang dikenali oleh orang parti sebagai Ayah Mat.

Pangkat tertingginya di dalam Angkatan Tentera ialah sebagai Leftenan Kolonel. Walaupun beliau tidak pernah diangkat ke pangkat Kolonel penuh, tetapi menjadi lumrah Lt. Colonel akan dipanggil Colonel sahaja. Jadi di kampung, bagi orang yang kurang mesra dengannya, Syed Amat tadi disebut sebagai Kolonel Mat.

Jawatan terakhirnya di dalam Angkatan Tentera Malaysia ialah sebagai Pegawai Pemerintah Satu Renjer yang terkenal dengan slogan, ‘Agi Idup Agi Ngelaban!’.

Sekian terima kasih.
Syed Azidi

Pelan Pendidikan Nasional 1 Malaysia !!

Ni nak setel macam mana,
Kalau dari aliran UPSR nak lompat terus menuju ke puncak boleh?
Gua yang ada PhD ni kalau terus sandang jawatan Pengetua agak agak lepas tak?
Sapa nak tolong jawab ni?
Mawi boleh jawab?, atau gua perlu tanyakan pada akak keregrofer?

Thursday, November 26, 2009

Spekulasi Nik Aziz Letak Jawatan Semakin Kencang?

'Jangan larang Nik Aziz letak jawatan' - Malaysiakini

Anak Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap tiada pihak yang yang melarang ayahnya meletak jawatan jika beliau berhasrat berbuat demikian "kerana ayahanda telah tua dan keletihan".

"Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya semalam..

"Jika tidak, saya akanmemanggilnya, 'Wahai si bodoh!', tulis Nik Abduh Nik Aziz yang juga exco Dewan Pemuda PAS pusat.

Tulisan Nik Abdul itu menyemarakkan lagi spekulasi mengenai kemungkinan berlakunya peralihan kuasa dalam barisan kepimpinan di Kelantan.

Nik Aziz yang juga mursyidul Am PAS, memegang jawatan menteri besar Kelantan sejak 19 tahun yang lalu.

Sebelum ini, terdapat cadangan supaya Nik Aziz menamakan bakal penggantinya lebih awal supaya tidak timbul kekalutan apabila tiba masanya beliau melepaskan jawatan.

Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata, proses peralihan yang lebih panjang secara terancang dapat memastikan kestabilan dalam parti.

Bagaimanapun, exco Kanan negeri, Datuk Husam Musa, antara yang disebut-sebut sebagai pengganti Nik Aziz pula dilaporkan tidak berhasrat dan tidak mahu namanya dikaitkan dengan perkara itu.

Satu lagi nama yang disebut-sebut, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga timbalan pesuruhjaya PAS negeri.

Beliau yang baru pulang daripada perkhemahan Pemuda PAS di Sepang baru-baru ini juga akur terhadap desas-desus peletakan jawatan yang mengocak politik Kelantan mahu dinafikannya sebelum ini.

Katanya, melalui kiriman SMS yang diterimanya, terdapat juga ura-ura peletakan jawatan seorang pemimpin kesayangan Nik Aziz.

Dalam artikel panjang berjudul 'Abdul Ariffahmi Abdul Rahman – Moga Awan Berarak Lalu', Nik Abduh mempertahankan bekas ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu yang didakwanya tidak harus dibiarkan bersendirian mempertahankan diri.

Beliau dlihat menyerang balas bekas pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Aziz Syed Abdul Aziz yang dipecat Abdul Ariffahmi pada 11 November lalu dan kemudiannya mendedahkan di blog dakwaan salah urus menantu Ni Aziz itu.

Nik Abduh menyifatkan tulisan Syed Azidi - penulis blog Kickdafella itu - sebagai "hukuman melalui tulisan" dan "sama seperti hakim yang menghukum dalam keadaan mabuk kedarah arak terlarang."

Nik Abduh - yang sebelum ini yang mencetuskan kontroversi apabila mengkritik sesetengah pembantu Nik Aziz sebagai "ulama mi celup" - kini dilihat konsisten mengulanginya.

"Saya tahu mereka tidak menyetujui pelantikan (Abdul) Ariffahmi. Tetapi mereka telah berusaha untuk membantu menjadikannya harapan yang terlangsai buat ayahanda.

"Tetapi ada yang tidak begitu. Ada yang hanya berusaha untuk membersih diri sendiri dan meninggalkan ayahanda dalam perangkap dan kekeliruan.

Nik Abduh juga mengumumkan hasranya melepaskan semua jawatan politik dan ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu bermula tahun depan bagi "membuka buku baru".

Wednesday, November 25, 2009

Lagi Cerita Disebalik Hassan Ali Lawan SELCAT

Nota Editor: Ini adalah surat dari seorang yang menggelarkan dirinya “Veteran PAS dalam JKR”. Beliau tampak marah dengan saya kerana tidak melaporkan sebab sebenar Dato Hasan menentang SELCAT. Sebagai jawapan kepada kemarahan beliau, izinkan saya membaca sebuah pantun:
Buah Cempedak Di Luar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan
Saya Budak Baru Belajar
Kalau Salah Tolong Tunjukkan

(Bermula) Aku dok perati semua tulisan kao pasal SELCAT dan Hasan Ali. Dan aku dok tunggu kao sebut sebab paling utama Hasan Ali pertahan DO2 dan ADO2 ni, tapi tak keluar2. Jadi, ni aku nak bagitau kao sebab apa yang Hasan Ali takut sangat DO2 ni kena belasah dalam SELCAT.

Aku ni dah masukPAS sejak zaman Asri lagi dan aku dah lama sangat dalam PAS ni walaupun aku kerja JKR. Kalau kao rasa kao masuk PAS zaman Yusuf Rawa tu hebat, aku rasa aku lagi hebat. Sebab tu aku rasa pandangan aku lagi mendalam dari pandangan kau. Jadi, aku mintak kau terbitkan surat aku ni. Biar semua orang tau.

Hasan Ali kena tunjuk kat DO2 dan ADO2 ni yang dia bukan di sebelah SELCAT tapi disebelah mereka. Sebabnya para DO2 dan ADO2 ni penting untuk perancangan Hasan Ali dan geng2 yang sekutu dengannya. Geng apa tu? Geng Perpaduang la, geng apa lagi.
Aku dah dengar Geng Perpaduang ni bekerja sama dengan Task Force 2010 untuk tengok PAS dan UMNO duduk dalam satu Barisan pada tahun 2010 nanti.

Jadi, Hasan Ali diberi tugas untuk menjinakkan para YDP2 dan pimpinan2 Negeri Selangor supaya Negeri Selangor ni solid belakang dia.
Cara terbaik adalah menggunakan khidmat DO2 dan ADO2 ini untuk memberi projek dan kontrak pada YDP2 dan pimpinan2 di peringkat akar umbi. Aku duduk dalam JKR aku tau la.

Sebab tu kau tengok masa mesyuarat Perhubungan Negeri, majoriti YDP2 ni dah jadi macam lembu kenyang. Senyap je. Tunduk je. Apa si Hasan Ali tu nak kelentong semua diorang telan macam telan racun lalang. Semua tak berani lawan, semua tak berani nak bantah sebab semua dah kena beli. Semua dah kena jinak.

Kau tengok Pemuda Selangor pun sama. Baru pegang jawatan dalam Pemuda Negeri, dah tukar kereta dari WAJA ke Mercedes. Mana dia dapat duit?

Pemuda Selangor ni semua dah kena beli jugak. Semua dah jadi macam lembu kena tarik hidung. Apa Hasan Ali nak semua diorang turut. Masa Khalid kena serang isu kepala Lembu, Pemuda PAS Selangor ni macam tak wujud. Tak dengar satu benda pun dari Pemuda PAS Selangor. Al maklumlah, dah jadi lembu kenyang. Duduk je la tunggu kena sembelih.
Jadi, bila Teng serang DO2 ni, diorang dah nak mogok. Tak nak dah bagi projek kat YDP2 PAS kat Selangor . Tu yang Hasan Ali melenting tu. Kalau projek stop, habislah dia. Semua YDP2 ni nanti berani lah balik memberontak lawan dia. Dah lah dia ni sejak awal memang tak popular.

(Nota Editor: Patutlah Hasan Ali berbangga sangat. Dalam recording dengan blogger UMNO, dia kata lebih 60% PAS Selangor memberi sokongan padu pada dia).

Bagi aku, 70% YDP dan AJK2 PAS Kawasan kat Selangor ni mesti ditukar dan ditukar sekarang. Semua dah kena bagi makan nasi kangkang Hasan Ali. Semua dah jadi Lembu Kenyang tunggu nak kena sembelih. Kalau tak mula bersih diorang ni, alamat dalam 2-3 tahun PAS akan jadi sebijik macam UMNO.

Aku paham sangat la sebab apa si Mustafa Ali tu sokong sangat Hasan Ali. Pertahan macam tak mau. Sebab kalau Hasan Ali kena tendang dari PJ, segala perancangan Task Force 2010 ni akan gagal. Macamana nak jinak orang-orang yang diperlukan untuk menyokong usaha diorang nak bawak PAS tubuh kerajaan dengan UMNO?

Aku bagi warning pada semua YDP2 PAS dalam Selangor ni. Kalau korang tak mula bangkit dan bertindak cara yang korang diamanahkan bertindak, aku akan stat serah dokumen pada Tulang Besi dan dedah siapa YDP2 yang kuat makan projek.
Cuba tengok lah masa Mesyuarat Perhubungan Khas SELCAT tu. YDP mana yang kuat berkokok sokong Hasan Ali, tu adalah antara calon-calon jelas YDP yang telah menjadi Lembu Kenyang.

Hasan Ali ni memalukan PAS. Kata jadi Exco Kemudahan Awam, tapi buat kerja macam taik. Mesyuarat dengan dia macam duduk dalam karaoke. Buang masa. Dia ni kerja dia melalut je, bukan tahu ape bende pun. Harap nama je sedap, tapi buat kerja hampeh. Baik lagi Fatah Iskandar dulu. Bila mesyuarat dengan Fatah dulu, banyak masaalah selesai. Bila mesyuarat dengan Hasan Ali, bukan nak selesai masaalah tapi masaalah lagi bertambah-tambah.

Tu lah setakat ni. Tulang Besi, kau ni kira baru lagi dalam PAS banding aku. Kau terima lah nasihat aku ni. Kau kena belajar banyak lagi pasal seni politik ni. Dalam politik, lagi banyak yang tersirat dari yang tersurat.

Veteran PAS dalam JKR

Tulang Besi

Tuesday, November 24, 2009

Nik Aziz WAHABI ??

Oleh DAP Melayu

Selepas peristiwa bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin ditangkap oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini, kebanyakan media tanahair samada media bercetak ataupun media internet berlumba-lumba melaporkan tentang gerakan Wahabi di negara ini.

Laporan yang disiarkan ada yang pro dan ada yang kontra.

Dalam masa yang sama pula telah muncul beberapa orang pembela Ahlu Sunnah Wal Jamaah yang menyuarakan kebimbangan terhadap gerakan Wahabi dan cuba menonjolkan diri sebagai jaguh menentang aliran kaum muda itu.

Mereka ini termasuklah Muhammad Uthman El-Muhammady, Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (Istac) yang telah menggunakan kolum tetap beliau di dalam Berita Minggu dengan mensensasikan perkara-perkara khilafiah bagi menghalalkan serangan terhadap pengikut Dr Mohd Asri.

Zamihan Mat Zin, anak Gua Musang, Kelantan yang kini menjadi Penolong Pengarah di Institut Latihan Islam (ILIM) dan Mahfuz Muhammad seorang pendakwah bertauliah JAIS juga antara pendakwah yang dilihat sangat anti dengan gerakan pembaharuan yang dibawa oleh Dr Mohd Asri dan sesiapa sahaja yang berbeza pendapat dengan pandangan ’jumhur’ dalam masyarakat melayu.

Yang terbaru, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula dituduh bersifat Wahabi seperti yang dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia bertarikh 23 November 2009. Laporan itu telah memetik kata-kata Abdullah Sa’amah, 64 atau lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah Geting, katanya ;

“……….. kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi”.

“Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am,” katanya.

Kata-kata beliau itu merujuk kepada beberapa pendapat Nik Aziz yang dilihat tidak selari dengan beliau dan amalan masyarakat Melayu di Malaysia, khususnya di kalangan guru-guru pondok di Kelantan.

Sebenarnya Haji Lah cuba memperbaharui polemik antara beliau dengan Nik Aziz dalam isu khilafiah, setelah isu tupai yang hangat di Kelantan lebih dua dekad yang lalu gagal menghakis sokongan rakyat Kelantan kepada Nik Aziz.

Beberapa orang guru pondok di Kelantan termasuklah guru dari Pondok Geting telah menyelar Nik Aziz ekoran ’fatwa’ Nik Aziz yang mengatakan tupai halal dimakan!

Kes tangkapan terhadap Dr Mohd Asri, yang juga pensyarah di USM dilihat sebagai ruang untuk menyambung polemik lama dengan Nik Aziz, apatah lagi dalam banyak perkara Nik Aziz bersependapat dengan Dr Asri.

Apakah benar Nik Aziz itu Kaum Muda atau Wahabi biarlah masa yang menentukan dan ianya akan terjawab dengan sendiri .

Bukan sahaja Nik Aziz, malah Ustaz Muhammad Daud Iraqi, Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan (Bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat) tidak terkecuali dilabel sebagai Wahabi.

Dari sudut sejarah, arus pembaharuan Islam yang pada mulanya bersumber dari Timur Tengah telah mengalir ke Kelantan, dibawa oleh pelajar yang belajar terutama di Mesir, melalui majalah dan kitab, sama ada yang langsung dari pusat sumber di Timur Tengah atau melalui pantai barat Semenanjung.

Kerana itu tokoh-tokoh ulama Kelantan tidak terasing daripada majalah al-Urwatul-Wuthqa (Paris, 1884), al-Manar (Kaherah, 1898), Al-Imam (Singapura, 1906), al-Ikhwan (Pulau Pinang, 1926), dan Saudara (Pulau Pinang, 1928).

Meskipun majalah ini tidak diminati oleh orang awam, namun amat besar pengaruhnya kepada kelompok ulama Islam pada masa itu. Pandangan yang dikemukakan ialah pembaharuan mengikut ajaran Islam sebenar dalam pelbagai bidang kehidupan kaum muslimin.

Dengan yang demikian, pengaruh pemikiran tokoh-tokoh tajdid di Timur Tengah terutama tokoh tajdid tiga serangkai, iaitu Syed Jamaluddin al-Afghani, Muhammad Abduh, dan Syed Rashid Ridha mengalir ke dalam pemikiran ulama tempatan seperti Tok Kenali, Haji Wan Musa dan Haji Mohd. Said yang kemudian menyebar ke tengah-tengah masyarakat Islam Kelantan yang ketika itu didominan oleh ilmu dari pondok-pondok.

Tokoh-tokoh pembaharuan di Kelantan mengajak kembali kepada al-Quran dan Hadits yang sahih dan tidak mahu terikat kepada taklid buta dalam beragama.

Maka lahirlah perbezaan pendapat di dalam beberapa masalah seperti masalah usalli, talqin, Sifat Dua Puluh, dan lain-lain, persoalan yang tidak didapati dalilnya sama ada di dalam al-Quran mahupun di dalam al-Sunnah terutama pada masa Haji Wan Musa.

Kemunculan Abu Abdillah Syed Hasan bin Nurhasan al-Khurasani (meninggal 1944) yang berasal dari Khurasan telah menyemarakkan pengajian Hadits Sahih secara berkitab di Kelantan serta pengajian yang menitikberatkan aqidah yang murni dan ibadah yang bersandarkan kepada dalil sunnah.

Di kalangan murid-murid dan rakyat Kelantan ketika itu, memangil beliau dengan nama Tok Khurasan.

Allahyarham Datuk Yusuf Zaki, seorang ulama tersohor Kelantan ketika diwawancara dengan Majalah Pengasuh suatu ketika dahulu, apabila ditanyakan pendapat beliau mengapa di Kelantan dewasa ini ada penentangan yang kuat menuduh Nik Abdul Aziz sebagai Wahabi, walhal dari sejak dahulu Nik Aziz sudah dikenali sebagai tokoh pembaharuan; beliau menjawab bahawa itu adalah sebab politik.

Bahkan sejak ayahnya lagi, Haji Nik Mat telah dituduh sebagai Kaum Muda hanya kerana menjadi pengikut Tok Khurasan.

Bacaan berkaitan

Nik Aziz sudah terlalu takbur

TUMPAT 22 Nov. - Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab terhadap kekeliruan dan perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan mengenai agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.

Pengasas Pondok Geting, , berkata, beliau membuat teguran secara terbuka itu biarpun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas itu sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan beliau mentafsirkan al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.

”Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di madrasahnya di sini baru-baru ini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Guru Haji Lah berkata, teguran yang dibuat oleh Persatuan Pondok Kelantan ditolak mentah-mentah oleh Menteri Besar Kelantan itu termasuk memorandum yang dihantar kepadanya pada penghujung tahun lepas.

“Teguran dibuat agar beliau lebih berhati-hati supaya tidak memesongkan akidah, tetapi beliau seolah-olah menyamakan kami dengan ahli UMNO sedangkan kami berjumpa dengannya penuh rasa hormat.

“Malah, saya sendiri pernah dua kali mengunjungi rumahnya bagi mendapatkan penjelasan mengenai situasi semasa tetapi gagal menemuinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai pelbagai kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz sebelum ini dalam memberi gambaran terhadap sifat Allah dan Nabi Muhamad SAW.

Ia juga berhubung penolakan Nik Abdul Aziz terhadap pembentukan kerajaan perpaduan, penghargaan terhadap orang bukan Islam membaca al-Quran dan isu penjualan arak yang berleluasa di Selangor.

Terbaru ialah mengenai isu Nik Abdul Aziz menerima tajaan untuk menunaikan haji pada musim ini dan soal orang ramai cuba mengambil keberkatan melalui dirinya.

Abdullah menarik perhatian bahawa kebanyakan kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz tidak selari sama sekali dengan aliran Sunnah Wal Jamaah malah lebih bersifat Wahabi.

“Nik Abdul Aziz berasa alim disebabkan dia mempunyai ijazah sarjana tetapi bab keseluruhan agama seperti akidah, tasawur, fikah dan usuluddin (dia) terlalu jahil, dia bukan Mursyidul Am,” katanya.

“Madrasah saya terikat kerana masalah dasar saja iaitu al-Quran dan hadis. Dari situ saya muafakat (dengan Pas) tetapi pembawaan Nik Abdul Aziz dari segi akidah dan fikah saya menentang selama-lamanya dan habis-habisan.

“Bukan saya suka nak memecah-belah atau menghuru-harakan masyarakat, kita berani dan bersedia nak berdebat dengannya seperti dalam ceramahnya sebelum ini yang menyatakan Nabi Muhammad SAW masa kecil sama dengan orang kampung seperti kita,” katanya.

Beliau juga amat kecewa dengan tindakan melulu Nik Abdul Aziz menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan sedangkan ia menyentuh kepentingan umat Islam dan kuasa politik Islam.

Katanya, dalam keadaan sebegini, tentunya wajib bagi Pas dan UMNO bekerjasama bagi menjaga kedaulatan agama kerana situasi politik pada masa kini amat membimbangkan apatah lagi rakan politik Pas secara terang-terangan menolak pemerintahan Islam.

“Beliau terlalu takbur, tanpa sebarang perbincangan beliau telah menolak cadangan kerajaan perpaduan kerana syak wasangka. Perkara yang lepas (Pas keluar dari UMNO) biarlah berlalu, sekarang orang lain yang menerajui UMNO.

“Kita wajib mempertahankan kedaulatan orang Islam walaupun kita kata mereka (UMNO) tidak berdasarkan Islam.

“Dasar UMNO begitu disebabkan terdesak pada mula-mula penubuhannya disebabkan tekanan British dan kurang pengalaman dalam agama,” ujarnya.

Menurutnya, selepas 50 tahun mentadbir negara, UMNO yang menjadi tulang belakang perkembangan Islam di Malaysia terus berada di barisan hadapan pemerintahan.

@perakexpress

Monday, November 23, 2009

Transkrip Penuh Sidang Media Nik Aziz Tentang Perletakan Jawatan Ariffahmi Menantunya

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini saya sudah didatangani oleh pemimpin pusat yang mengandungi Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr. Harun Din, dan juga wakil parlimen daripada Kubang Kerian dan Kuala Krai.

Semuanya menasihati saya supaya menjaga nama baik pimpinan Islam khasnya PAS sendiri untuk menasihati menantu saya supaya mengundur diri dari Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Sewaktu saya lantik dulu saya lantik dia dalam mesyuarat penuh, dalam mesyuarat itu ada LA, ada penasihat undang-undang, dan beliau takada komen apa, tapi oleh kerana fitnah melalui macam-macam surat layang dan sebagainya, maka saya dinasihati supaya elak diri dari fitnah ini berkembang. Itu sahajalah.

Jadi menantu tok guru sekarang ini akan letak jawatan?
Ya

Bila nak letak tu?
Tarikh itu terserah kepada dia.

Tapi tadi tok guru kata apa yang brelaku fitnah dan bukan kebenaran, jadi kenapa pula disuruh letak jawatan?

Saya lantik menantu saya ini, saya sebut dia menantu, tapi fitnah yang dilempar blogger , surat-surat layang, saya pun terima banyak, untuk jaga nama baik pimpinan Islam, maka saya dengan segala senang hati untuk jaga (elak) fitnah.

Nabi kita pernah sebut kerpada Siti Aisyah, bahawa nabi bercadang nak roboh kaabah yang ada sekarang, nak bina balik supaya sama dengan kaabah zaman nabi Ibrahim, tapi tak jadi nak buat bimbang takut orang Arab yang baru masuk Islam, bawa fitnah dan sebagainya,

Orang lain, blogger nak tuduh itu dia punya pasal la, dia tanggung dosa menyusahkan orang.

Adakah tok guru lepas ini akan rombak juga pengurusan PMBK?

Itu masalah kedua.Masalah sekarang ini menantu saya itu terlalu banyak kecaman dilempar kepadanya oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Jadi ini tak ada kena mengena dengan siasatan SPRM?

Siasatan SPRM tu siasatlah. Itu kerja dia. Tapi fitnah itu yang jadi (punca suruh letak jawatan). Nabi kata fitnah ini benda tidur,sesiapa yang gerak dia akan dilaknat Allah, itu pemfitnah punya fasal. tapi (letak jawatan) ini nak jaga kepimpinan parti Islam Semalaysia.

Yang mana satu tuduhan, tulisan itu fitnah?
Terlalu banyak, saya pun terima terlalu banyak surat layang, surat layang tak ada tandatangan, zaman sekarang orang baca dalam internet seluruh dunia.

Masa pelantikan (Arif) tok guru dapat pandangan dari semua pihak ya?
Saya sudah sebut dalam mesyuarat,dan mesyuarat senyap, termasuk YB LA sendiri.

Adakah dalam keadaan sekarang pimpinan PAS Kelantan tak beri sokongan pada tok guru, sebab tak ada pun yang beri kenyataan , bahawa sudah dibincang dalam mesyuarat, bahawa pelantikan (Arif) sudah dapat restu semua pimpinan?
Itu tak payah. Saya tak perlu kenyataan (sokongan) terbuka begitu. Tapi oleh kerana fitnah yang dibuat oleh blogger semua sekali yang semua orang boleh baca.Dan nama baik kepimpinan Islam akan menjadi cacat. (setakat itu sahajalah)

Sumber HarakahDaily

Nik Aziz Membuatkan UMNO Gelabah ...


KETIKA semua media massa arus perdana ‘menembak’ Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan isu-isu yang mengambarkan kononnya berlaku rasuah dan amalan nepostime, timbul pula cadangan supaya Mursyidul Am Pas dilantik mengetuai Pakatan Rakyat.

Cadangan datangnya dari bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim disambut baik oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustaffa Ali.

Serentak dengan itu, orang-orang Umno jadi mengelabah tidak tentu arah! Pergerakan Pemuda Umno Negeri Kelantan yang diketuai Anuar Safian mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berbuat sesuatu kepada Menteri Besar Kelantan dan CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman kononnya ada berlaku rasuah.

Pergerakan Pemuda Umno Kelantan tidak nampak apa-apa isu mengenai PKFZ dan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan tidak pernah risau dengan isu wang ihsan menggantikan royalti dari kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan.

Pelbagai usaha sebenarnya dibuat, sejak berpuluh tahun dahulu untuk membunuh karektor TG Nik Abdul Aziz namun ia gagal.

Malahan, semenjak TG Nik Aziz menjadi MB Kelantan, Umno sudah banyak kali bertukar ketua di peringkat negeri. Antaranya Tun Dr. Mahathir Mohamad, Tan Sri Annuar Musa, Datuk Mustapa Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah.

Namun, hebat-hebat mereka ini, baik Dr. Mahathir, Tengku Razaleigh, Mustapa dan Annuar, akhirnya satu demi satu menuju ke zaman politik yang gerhana.

Malahan, suatu ketika apabila Mustapa menawarkan diri bertanding kerusi Naib Presiden ketika mengetuai Umno Kelantan, perwakilan Umno mengejeknya dengan kata-kata, “Nak jadi Naib Presiden macam mana, Kelantan pun tak boleh selesai!”

Begitu juga, setahun yang lalu, ketika Annuar menawarkan diri untuk bertanding kerusi Naib Presiden, bukan sahaja tidak mendapat sokongan dari bahagian-bahagian di seluruh negara, malahan dari Kelantan sendiri, mereka nyata tidak menyokong hasrat Annuar itu.

Dr. Mahathir sudah menjadi ‘Quran buruk’ dalam Umno. Tegurannya sudah dianggap sebagai ‘mengacau dan merosakkan’.

Tengku Razaleigh sudah menuju zaman gerhana kerana hasratnya untuk bertanding kerusi Presiden Umno hanya menjadi bahan gurauan sahaja hinggakan tiada satu pun bahagian kecuali Gua Musang yang sanggup mencalonkannya.

Nampaknya, ketika tiada pemimpin Umno Kelantan yang boleh diangkat ke jawatan yang lebih tinggi dalam Umno, masing-masing terkejut dengan cadangan Zaid Ibrahim yang mahu melihat Pakatan Rakyat yang jika diluluskan pendaftarannya – gabungan antara Pas, KKR dan DAP – diterajui TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Di kalangan orang-orang Umno, di peringkat pertengahan dan bawahan, memang mengkagumi TG Nik Abdul Aziz. Mereka bukan tidak membaca media massa arus perdana tetapi mereka enggan mempercayainya.

Inilah yang merisaukan kepimpinan Umno. Ketika pucuk pimpinan mereka menyerang TG Nik Aziz, pengikut-pengikutnya di bawah, tidak tergamak berbuat demikian. Malahan, seorang Naib Ketua Umno bahagian dari Johor membisikkan ke telinga penulis dengan kata-kata…kenapa isu TG Nik Aziz mahu ke Makkah dijadikan isu besar dengan campur tangan SPRM sedangkan rakyat mahu mengetahui perkembangan PKFZ dan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara.

“Yang mana keutamaan SPRM sebenarnya,” tanya Naib Ketua Umno bahagian ini resah.

Bagi pemimpin Umno, mereka merasakan mustahil Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang dapat memberi laluan mudah kepada TG Nik Abdul Aziz.

Namun, jika ia berlaku, Umno dan kepimpinan BN sudah dapat merasakan jangka hayat Umno dan BN sudah sampai ke penghujung jalan.

Ketika masing-masing (pemimpin Umno) mengharapkan cadangan Zaid Ibrahim ini tidak berlaku, namun masing-masing kerisauan yang amat sangat. Mereka semuanya tahu bahawa TG Nik Abdul Aziz adalah ikon yang mempunyai ramai peminat dan pengikut.

Malahan, foto dan potret TG Nik Aziz sudah menjadi objek penting di mana-mana sahaja, sama ada sebagai pelekat kereta, lencana di dada dan gambar di dinding – yang tidak keterlaluan jika dikatakan mengatasi sempadan negeri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri seperti tidak yakin ketiga-tiga parti pembangkang Pas, PKR dan DAP boleh bergabung dan bersetuju menggunakan satu lambang dengan matlamat perjuangan politik yang satu.

Namun, jika ia berlaku bukan kerana peranan Dr. Mahathir sebaliknya disebabkan tahap pengorbanan antara satu parti dengan satu parti yang lain dalam Pakatan Pembangkang cukup tinggi.

Ini semua kerana sikap Dr. Mahathir yang terlalu keras ketika menjadi Perdana Menteri menyebabkan parti-parti pembangkang yang suatu ketika dahulu pernah terikat dengan Angkatan Perpaduan Ummah – pernah wujud kerana menentang kepimpinannya.

Walaupun ia tidak berjaya, tetapi selepas tsunami politik Umno 1998, Umno benar-benar tergugat dengan lahirnya PKR (KeADILan) di bawah pimpinan Datin Seri Dr. Wan Azizah Ismail.

--DetikDaily

Sunday, November 22, 2009

Mahathir Hipokrit !! Hanya Sibuk Pasal Guantanamo, Bagaimana Dengan ISA ??


KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diselar kerana tidak layak untuk membicarakan mengenai jenayah perang serta mengetengahkan bekas tahanan Teluk Guantanamo sewaktu Persidangan Antarabangsa Menjenayahkan Perang yang diadakan baru-baru ini.

Bekas tahanan ISA, Zainon Ismail, menegaskan Mahathir bukan individu yang tepat untuk membawa ketiga-tiga bekas tahanan Teluk Guantanamo itu bagi menceritakan pengalaman yang dialami mereka sepanjang tahanan memandangkan keseksaan yang serupa turut dihadapi mangsa ISA di Malaysia.

Zainon yang ditahan ISA pada 2001 dan dibebaskan pada 2007 menyatakan Mahathir juga tidak layak menjadi Pengerusi Pertubuhan Keamanan Sedunia Perdana (PGPO) kerana sikap serta kezalimannya sebelum ini dalam isu ISA.

"Terdapat mangsa ISA yang ditahan telah lapan tahun dan sehingga kini tidak dibebaskan. Kenapa Mahathir tidak menuntut Kementerian Dalam Negeri membebaskan mereka jika beliau bercakap mengenai kezaliman yang dilakukan Amerika Syarikat terhadap tahanan Teluk Guantanamo?

"Apa yang berlaku di Malaysia cuba disembunyikan daripada masyarakat antarabangsa seolah-olah kerajaan Malaysia tidak bertindak zalim dengan menahan rakyat tanpa bicara," katanya sewaktu dihubungi Harakah.

Jelas Zainon, beliau dan bekas tahanan ISA tidak berpuas hati dengan program yang dilaksanakan Mahathir kononnya penubuhan ‘Tribunal Jenayah Perang Kuala Lumpur (KLWCT)’ merupakan antara langkah pertama ke arah usaha menghapuskan perang dan menjadikan perang sebagai satu bentuk jenayah.

Zainon menegaskan, tribunal yang ditubuhkan dan dikatakan dianggotai hakim yang tidak berpihak dan adil bertentangan dengan sikap sebenar Mahathir yang sebelum ini menahan individu tanpa bicara.

"Beliau menangkap kami tanpa bicara. Kemudian apabila kami dibebaskan kami terpaksa 'merangkak' mencari pekerjaan kembali. Dan sepanjang dalam tahanan kami mengalami kerugian yang bukan sedikit daripada perkerjaan serta sumber rezeki kami sebelum ini.

"Mahathir langsung tidak mengambil tahu perkara ini. Tiba-tiba beliau membawa masuk bekas tahanan Guantanamo bagi menggambarkan keprihatinannya," katanya.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan 'keadilan' yang cuba ditunjukkan Mahathir melalui penubuhan tribunal tersebut sedangkan sebagai pemimpin Islam, beliau tidak melaksanakan perkara yang sepatutnya dalam menunjukkan keadilan.

Jelasnya, seksaan yang dialami tahanan ISA juga tidak ubah seperti tahanan Abu Gharib dan Teluk Guantanamo.

--DetikDaily

Kota Siputeh: Menanti Saingan Sengit PAS vs UMNO

Pengaruh BN makin meningkat berbanding 8 Mac 2008. Itu hasil kajiselidik yang dibuat oleh beberapa kumpulan profesional. Lantas kesimpulan dibuat bahawa jika pilihan raya umum diadakan sekarang maka, BN dapat mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen dan dapat merampas semula Kelantan dan Kedah, manakala kerajaan katak BN di Perak akan dikekalkan dengan mandat mutlak dari rakyat.

Manakala BN terus menerus menggunakan serangan berangkai media-media talibarut mereka untuk melancarkan serangan ganas terhadap Pakatan Rakyat.

Ia dibantu dengan kehadiran 'budak-budak nakal' (meminjam istilah Mohd Rashidi Hassan) dan pemimpin-pemimpin 'gila bercakap' dalam Pakatan sehingga tidak sedar apa yang mereka ungkapkan itu lebih memudaratkan parti. Isu budak nakal boleh ditangani dengan rotan tetapi jika guru pula yang nakal, ini yang memeningkan kepala ahli-ahli bawahan.

Rashidi menulis: "Penulis sendiri menerima banyak respons dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat, semuanya menyatakan betapa tensionnya mereka dengan sikap segelintir pemimpin yang suka bercakaran sesama sendiri."

Rupanya saya tidak keseorang menghadapi situasi yang sama, didesak bertalu-talu oleh ahli-ahli bawahan supaya menggunakan mata pena untuk menegur pemimpin-pemimpin seperti ini.

"Jangan kira, walaupun kedudukan mereka paling tinggi dalam parti ...," ujar seorang ahli yang semacam hilang sabar.

Saya menjelaskan, "Jika kita menggunakan serangan terbuka untuk mengatasi ketidakcerdikan mereka menggunakan media terbuka (kononnya) untuk mengatasi masalah, maka kita pun 'tak cerdik' macam mereka juga, akibatnya parti yang rugi."

Isu-isu percakaran dan komplikasi percakapan akibat 'gila bercakap' memberi impak yang buruk terhadap persepsi pengundi Melayu. Persepsi mereka terhadap Pakatan menjadi negatif.

Bagaimanapun agak melegakan kerana di saat peningkatan sokongan terhadap BN, sokongan pengundi Cina tidak banyak berubah berbanding 8 Mac 2008. Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian sependapat dengan penemuan tersebut. "Sokongan pengundi Cina tidak berubah berbanding tahun lalu," katanya.

Separuh abad PAS sangat bermasalah dengan sokongan orang Cina. Jika selepas 19 bulan orang Cina masih setia bersama BN, ia memberi gambaran bahawa mereka menyokong Pakatan bukan setakat kerana bencikan BN.

Lebih dari itu keyakinan terhadap Pakatan makin mantap. Sebabnya mudah saja, Pakatan dilihat lebih bertoleransi terhadap semua kaum. Manakala BN yang didominasi Umno makin menyerlahkan sikap perkauman Melayu sempitnya.

Di tengah-tengah itu muncul pula pilihanraya kecil Kota Siputeh. Mahkamah Tinggi mengesahkan bahawa Dato' Abu Hasan Sarif hilang kelayakan sebagai ADUN kawasan tersebut setelah dua kali berturut-turut tidak menghadiri sidang Dun.

Sebelum ini Speaker Dun Dato' Dr. Abd Isa Ismail telah mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut, tetapi setelah notis kekosongan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), badan pengendali pilihan raya itu menolaknya.

Semua maklum bahawa SPR adalah 'kaldai tunggangan' BN, masakan mereka berani membuat keputusan yang bercanggah dengan nafsu serakah pemimpin BN.

Mahu tidak mahu BN terpaksa menghadapi pilihan raya kecil. Meskipun semua petunjuk menampakkan BN sudah kembali kuat sekarang namun ramai percaya Dato' Seri Najib dan pemimpin Umno Pusat tidak gembira dengan pilihan raya tersebut.

Ia adalah pilihan raya untuk mempertahankan kerusi di kawasan di mana Umno menghadapi masalah dalaman.

Abu Hassan adalah Ketua Umno Bahagian Jerlun yang memenangi jawatan tersebut melalui pertarungan dan pergolakan dalaman. Beliau mengalahkan Dato' Abdul Rahman Ariffin hasil paduan tenaga dengan Timbalannya, Dato' Othman Aziz. Ertinya modal permusuhan antara dua kem besar sudah wujud di Jerlun. Mereka tidak semantap Umno Bagan Pinang yang jika diletak katak puru sebagai calon pun, semua ahli-ahli menyokong dengan membuta tuli.

Abu Hassan sudah empat penggal menjadi wakil rakyat. Hubungannya dengan rakyat sangat rapat. Jika tidak kerana ketokohannya ramai berpendapat bahawa BN sudah tersungkur dalam pilihan raya lalu di tangan calon PAS. Beliau mengalahkan calon PAS Ismail Wan Teh yang tidak begitu terkenal dengan majoriti tipis 495 undi.

Dalam pilihan raya umum 2004 sewaktu BN dipuncak kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan, BN cuma menang dengan majoriti 1,573 undi. Manakala pada pilihan raya umum 1999, BN melalui calon yang sama cuma menang 241 undi.

Maknanya, secara tradisi Kota Siputeh bukanlah kubu kuat BN. Setakat mana sangatlah pemulihan sokongan terhadap BN boleh memenangkan parti rasuah itu. Ini yang memeningkan kepala Najib.

Kekurangan bagi Pakatan pula ialah kawasan ini tidak ramai pengundi bukan Melayu, iaitu kira-kira lapan peratus sahaja. Ia tidak boleh jadi faktor undi penentu.

Jika pilihan raya diadakan, maka tentulah musim haji ini merupakan pilihan terbaik SPR untuk mengadakannya. Sebabnya orang yang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci biasanya adalah golongan yang cintakan Islam. Orang yang cintakan Islam selalunya mengundi PAS.

Barangkali tidak ramai pengundi Kota Siputeh yang ke Tanah Suci, tapi berdasarkan catatan lalu, majoriti di Dun tersebut juga mungkin tipis juga. Jadi musim haji juga boleh jadi faktor yang boleh membantu BN.

BN masih bernafsu besar untuk menang cemerlang macam di Bagan Pinang . Bagus kalau PAS masuk gelanggang bagai orang yang kalah kerana semangat dan daya juang untuk menang akan dilipatgandakan.

Jika pilihan raya diadakan waktu cuti panjang persekolahan ini, pasti saya tidak dapat turut serta berperanan macam tumpuan yang diberikan pada pilihan raya kecil Bukit Selambau lalu. Hanya mampu berdoa di depan Baitullah memohon Allah memenangkan PAS.

Ini nota terakhir sebelum menjadi tetamu Allah. Semoga pulang dari Tanah Suci nanti dapat pula meraikan kejayaan PAS menawan Kota Siputeh. Insya-Allah.

--DetikDaily

Kota Siputeh: Mengapa BN Takut?


BN takut hendak bertanding di DUN Kota Seputeh. Mengapa:-

Jika BN benar-benar kuat mengapa Umno takut. Hari ini Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah berkata Umno yakin mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar ekoran terdapat petanda pengundi akan kembali menyokong parti itu

Katanya lagi , berdasarkan maklumbalas, sekiranya 40 peratus pengundi menyokong pembangkang tahun lalu, kembali menyokong BN, maka kerusi Kota Siputeh akan dapat dikekalkan.

Namun mengapa Umno/BN beriya-iya merayu supaya keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini diketepikan,

Isnin lalu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Abdul Isa, memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hassan menghadiri dua sidang dewan pada tahun ini.

Bagaimanapun sehari selepas itu, bekas ADUN Kota Siputeh itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, calon BN Datuk Abu Hassan Syarif mendapat 8,160 undi, menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh yang memperolehi 7,665 undi.

Secara jelas bahawa BN memang takut akan berlakunya Pilihanraya Kecil Kota Seputeh. Sebabnya memang BN gusar dan tidak yakin menang.

Daripada Mutaligat

Saturday, November 21, 2009

Tengok Najib, Teringat Altantuya!! Tengok Altantuya Teringat Muka Najib...


Oleh Penarik Beca

Ketika akhbar-akhbar luar negara yang menyiarkan artikel-artikel yang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia, suami Datin Seri Rosmah Mansor itu mendiamkan diri.


Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Najib membersihkan namanya. Sambil menjangkakan media asing akan terus memburukkan Najib, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia.

"Dengan merekalah Najib perlumembersihkan namanya," kata beliau.

Walaupun taikonya sendiri yang menasihatkan beliau membersihkan namanya, Najib diam. Nampaknya berkesan strategi beliau.

Selain Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah juga menggesa Najib membersihkan namanya.

Razaleigh mengambil contoh tindakannya menyaman beberapa media asing yang mengaitkan beliau dengan beliau dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Tindakan undang-undang tersebut dibuat di negara dimana akhbar-akhbar tersebut diterbitkan, kata Razaleigh.

Beliau menang kesemua kes samannya, akhbar-akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maaf malah beliau mendapat ganti rugi.

Walaupun Tengku Razaleigh memberikan contoh yang boleh diteladani oleh Najib, suami Rosmah itu tetap buat bodoh ja. Dia tak layan sikit pun. Nampaknya berkesan strategi membatu itu.

Kini, sejak 16 November lalu, Malaysia Today menyiarkan temubual dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bahagian 1, 2, 3, 4 dan 5).

Apa yang menarik, Balasubramaniam memberitahu bahawa akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dan Altantuya pada 3 Julai 2008 adalah benar dan dibuat tanpa paksaan manakala akuan bersumpah yang konon dibuat olehnya untuk menafikan akuan bersumpah pada 3 Julai itu dibuat dengan paksaan kerana keselamatan keluarganya terancam.

Malah, penyiasat persendirian itu mendedahkan bahawa beliau tidak pun membaca akuan bersumpah keduanya yang menafikan akuan bersumpah yang pertama itu dan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.

Dalam akuan bersumpahnya 3 Julai 2008 itu, Balasubramaniam mendakwa Najib memberitahu Abdul Razak Abdullah Baginda bahawa beliau pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Beliau juga mendakwa bahawa Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita itu tidak mengacaunya.

Najib, Abdul Razak dan Altantuya, dakwanya lagi, pernah makan malam bersama di Paris.

Balasubramaniam juga mendakwa, Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di Perancis.

Bagai biasa, Najib dan keluarganya terus mendiamkan diri dengan pendedahan terbaru Balasubramaniam. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kata, Najib kelihatan begitu overconfident dengan strategi beliau mendiamkan diri.

Saya tidak boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi, yang menjadi persoalan ialah kelaku Najib yang begitu pelik dan mencurigakan dalam menghadapi isu Altantuya. Kelaku seperti itulah yang menyebabkan orang teringat Altantuya setiap kali melihat muka atau berita Najib atau Rosmah keluar dalam media.

Orang boleh menyiarkan berita Najib dan Rosmah mengenai perkara apa sekalipun, politik, ekonomi, Permata. Buatlah berita apa pun mengenai mereka berdua. Tetapi bila orang tengok muka Najib dan Rosmah, orang teringat Altantuya. Bila orang tengok muka Altantuya, orang teringat Najib dan Rosmah.

Persoalannya, adakah Najib akan membersihkan namanya? Adakah Najib dan Rosmah boleh membebaskan diri mereka dari hilai dan seringai hantu Altantuya?

Jalan mudah ialah dengan mencincang sepuas hati personaliti dan kredibiliti Balasubramaniam dan Raja Petra Kamarudin yang tak habis-habis mengungkit isu pembunuhan Altantuya. Selepas itu, hiburkan hati dengan keyakinan bahawa masalah dah selesai.

Masalahnya, betulkah masalah dah selesai dan rakyat melihat Najib dan Rosmah bersih dari percikan darah Altantuya? Betulkah Balasubramaniam dan Raja Petra yang jahat manakala Najib dan Rosmah adalah orang baik-baik yang teraniaya dengan isu pembunuhan kejam Altantuya?

Keterangan Balasubramaniam dalam temubual itu begitu grafik. Adakah Najib dan Rosmah boleh tampil dengan keterangan melampaui keraguan yang berasas bahawa mereka tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya?

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang pernah ditendang telurnya oleh seorang pengedar Harakah di lokap Dang Wangi mungkin boleh membantu untuk membuktikan keterangan Balasubramaniam itu bohong dan dusta.

Tunggu apa lagi, bah? Ini peluang kau nak naik pangkat!

Berkaitan:
Penyiasat dedah nama adik Najib (Malaysiakini 20/11/09)

Menarik:
Sebab Ke-6 dia terlupa nyatakan (Al Husseyn 20/11/09)

PRK Kota Siputeh: Rayuan SPR & Bekas ADUN Cemarkan Demokrasi ??


TINDAKAN Bekas ADUN Kota Siputeh dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat rayuan ke mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar amat membimbangkan akan menambah parah penghormatan rakyat dan dunia terhadap institusi kehakiman Malaysia.

Keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar telah mengesahkan kerusi DUN Kota Siputeh kosong berikutan ADUNnya, Abu Hasan Sharif hilang kelayakan sebagai ADUN setelah gagal hadir ke ersidangan DUN dua kali bertutur-turut tanpa memaklumkan dan kebenaran speaker.

Memperdebatkan perkara berkaitan keputusan speaker DUN dan Parlimen di mahkamah adalah tindakan yang mencabul demokrasi berparlimen ala western Master dan boleh menggugat kepercayaan awam terhadap mahkamah.

Ini kerana mahkamah sebagai badan kehakiman tidak boleh mencampuri urusan badan eksekutif, begitulah sebaliknya. Kedua badan ini dalam kuasa berbeza. Demikian ditegaskan oleh Ahli MPT KeADILan juga bekas Ketua Perhubungan KeADILan Sabah, Hj Ansari Abdullah yang telah 30 tahun lebih terlibat sebagai pengamal undang-undang.

Menurut Hj Ansari, apabila badan eksekutif seperti DUN atau Parlimen membuat keputusan, maka SPR kena akur dan hormati keputusan yang telah dibuat oleh Speaker Dewan yang melaksana kuasa di bawah arahan tetap standing order.

Beliau kecewa apabila melihat Speaker DUN Perak dan Kedah terpaksa turun naik mahkamah untuk mempertahankan keputusan mereka. Sepatutnya perkara ini tidak akan berlaku sekiranya semua pihak terutama SPR menghormati bidang kuasa masing-masing.

Namun demikian, beliau menganggap keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar tepat kerana mengembalikan kuasa pemutus kepada speaker DUN dan mengikut undang-undang sedia ada. Hj Ansari juga menyokong penuh kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah berhubung tindakan-tindakan yang mencemar institusi kehakiman.

Institusi kehakiman kita terus merudum semenjak pemecatan Tun Salleh Abas pada tahun 1988 dan telah mendapat teguran pedas Bapa kemerdekaan Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra yang menyatakan tahun 1988 merupakan tahun terburuk dalam institusi kehakiman semenjak merdeka. Keputusan-keputusan mutakhir ini juga menunjukan bagaikan ada campurtangan dalam membuat keputusan.

Kes Video Linggam, Menteri Besar Perak, ADUN katak Perak dan Persiangan memperlihatkan keputusan akan menyebelahi BN sekiranya kes dibawa ke mahkamah Rayuan. Tidak mustahil kes Kota Siputeh akan menjadi seperti kes Persiangan dan akan menambah hitamkan lagi institusi kehakiman.

--DetikDaily

Friday, November 20, 2009

Mesti Baca: Beza PAS Dengan UMNO




Masalah PAS dan UMNO bukan masalah berapa bilangan masjid yang dibina, bukan berapa bilangan sekolah agama yang dibina, bukan masalah institusi kewangan Islam, bukan masalah berapa buah pusat pengajian tinggi Islam yang dibina, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk membina lapangan terbang, lebuh raya dan lain-lain, bukan berapa jumlah wang yang dibelanjakan untuk pendidikan tinggi dan rendah yang dibelanjakan oleh UMNO atau PAS

Masalah antara UMNO dan PAS ialah dasar dan matlamat pejuangan yang jauh berbeza. PAS memperjuangkan agar Islam menjadi aqidah Negara Malaysia, samada dari sudut pentadbirannya atau kehakimannya dan lain-lain. Pendek kata, apa yang terkandung didalam dua kalimah syahadah iaitu tiada tuhan yang disembah melainkan ALLAH, Nabi Muhammad S.A.W pesuruh ALLAH itu hendaklah terlaksana dalam kehidupan individu, masyarakat dan Negara.

Adapun pun UMNO sering mencabar tuntutan dua kalimah syahadah itu. UMNO kelihatan melakukan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan puasa bulan ramadhan, mengerjakan haji, menjalankan aktiviti nikah kahwin mengikut Islam. Tetapi pentadbiran dan pemeritahan Negara mencabar Quran dan Sunnah. Sebab itu, dengan rasa senang hatinya, UMNO yang menjadi teras kepimpinan Negara, terang-terang menolak hukum ALLAH didalam bidang pentadbiran, kehakiman, perundangan, pendidikan dan lain-lain.

Oleh kerana itu, Malaysia yang sejak merdeka, yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional menghadapi masalah yang tidak terhitung banyaknya. Masalah keselamatan, janayah, rasuah, penyalahgunaan kuasa, rompakan kecil atau besar, rompakan institusi kewangan, rompakan kaum wanita, warga emas dan kecurian disetiap detik berlaku dinegara ini.

Setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah, Islam dan kekuatan orang Melayu terhakis. UMNO menghapus “kuasa imuniti Raja-Raja” yang menjadi salah satu kekuatan institusi Islam di Malaysia. UMNO membenarkan “Riddah” atau murtad berleluasa. UMNO juga mengamalkan budaya “Hendonisme” budaya “akhlak bobrok” melalui agensi-agensi penyiarannya.

Isu penyalahgunaan dadah, isu mat rempit, isu pendatang tanpa izin, isu ISA, ini semua berlaku selepas Malaysia dipimpin oleh UMNO. Puncanya ialah tidak menhayati kandungan ‘LA ILAHA ILLA ALLAH’. Oleh itu, jika pemimpin UMNO masih mengaku mempertuhankan ALLAH, menabikan Muhammad S.A.W, kenapa UMNO boleh sembahyang mengikut ajaran Islam, mengapa tidak boleh mengikut Islam dalam memerintah Negara? Adakah UMNO mengambil konsep beriman separuh kitab dan menolak separuh yang lain.

Kalau hanya bercakap membina masjid, di United Kingdom ada masjid, di Amerika Syarikat ada masjid, di Cina ada masjid, di Singapore ada masjid, di German pun ada masjid. Namun pentadbiran Negara mereka juga tidak mengikut ajaran islam. Oleh kerana itu, status kedudukan pemimpin dinegara barat dan timur yang Sekular, sama dengan kedudukan pemimpin UMNO diMalaysia ini.

Oleh kerena itu, saya rasa amat bertanggungjawab untuk menasihat kepada umat Islam di Malaysia ini, supaya jangan terjebak dengan kenyataan yang dilakukan oleh pemimpin UMNO khususnya Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin ketika berkempen di Manek Urai baru-baru ini (rujuk salah satu akhbar harian Malaysia) tentang UMNO membela Islam dan menegakkan syiar Islam.

Secara peribadi pula, sewaktu Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, beliau telah mengubah cuti am pada hari Jumaat kepada hari Ahad, sekaligus menjadikan amalan cuti itu seperti amalan orang-orang Nasrani. Apakah ini satu pembelaan terhadap Islam?

Saya ingin membuat contoh yang kecil tentang UMNO mencabar Al-Quran. Antaranya, Al-Quran dengan jelas dan terang mengarahkan supaya orang islam menjauhkan diri daripada arak, judi, berhala, sudi nasib atau tenung nasib, tetapi UMNO yang memimpin Malaysia mengeluarkan lesen arak, memberi lesen judi. Apakah ini satu pembelaan kepada Islam? Untuk satu contoh lain, umpamanya ALLAH memerintah supaya Negara ditadbir dengan ajaran ALLAH, namun UMNO menolaknya.

Oleh kerana itu, jika sekiranya masih wujud benih-benin iman di dalam hati para pemimpin UMNO, maka saya merayu kepada mereka dan kepada orang yang seiringan dengan mereka supaya mereka bertaubat dan kembali kepada jalan ALLAH. Sekiranya mereka mempunyai masalah didalam usaha kembali kepada jalan ALLAH itu, maka Dewan Ulamak PAS Pusat menawar diri untuk memberi khidmat bakti kepada mereka.

Meneruskan Perjuangan Para Nabi
Dato’ Ustaz Haji Harun bin Taib Ketua

Dewan Ulamak PAS Pusat

--DetikDaily

UMNO Kedah Takut Hadapi PRK Kota Siputeh ?? :- Nizar vs Najib Altantuya - PKFZ

Umno Kedah berharap tidak ada pilihan raya kecil bagi DUN Kota Siputeh tetapi parti itu sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Bagaimanapun, Umno yakin mampu mempertahankan kerusi tersebut dengan majoriti lebih besar ekoran terdapat petanda pengundi akan kembali menyokong parti itu, kata Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanifah.

Katanya, berdasarkan maklumbalas, sekiranya 40 peratus pengundi menyokong pembangkang tahun lalu, kembali menyokong BN, maka kerusi Kota Siputeh akan dapat dikekalkan.

"Rakyat melihat pemimpin yang di atas, tengok apa yang Datuk Seri Najib Tun Razak (perdana menteri) lakukan.

"Dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh orang nombor satu, saya yakin sokongan rakyat akan kembali kepada BN. BN ada keyakinan untuk kembali meningkatkan majoriti di Kota Siputeh," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas peluang BN untuk mengekalkan kerusinya di Kota Siputeh berdasarkan majoriti yang diperolehinya tahun lalu sangat berkurangan (495), berbanding dengan majoriti 1,573 undi pada 2004.

Isnin lalu Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin, semasa membenarkan semakan kehakiman oleh Abdul Isa, memutuskan kerusi itu kosong berikutan kegagalan Abu Hassan menghadiri dua sidang dewan pada tahun ini.

Bagaimanapun sehari selepas itu, bekas ADUN Kota Siputeh itu memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut.

Dalam pilihan raya umum yang lalu, calon BN Datuk Abu Hassan Syarif mendapat 8,160 undi, menewaskan calon PAS Ismail Wan Teh yang memperolehi 7,665 undi.

Menurut Ahmad Bashah lagi, punca kekurangan majoriti di DUN tersebut adalah disebabkan peralihan sokongan kaum bukan Melayu terutama kaum Cina dalam pilihanraya umum lalu.

Harap tiada p'raya

"Dalam pilihanraya umum lalu, bukan Melayu lari langsung daripada (menyokong) kita - bermula dari Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pulau Pinang hingga ke Kedah.

"Kita banyak bergantung kepada (undi) bukan Melayu. Calon BN dari kaum Cina dan India semua kalah, itu yang kita kalah di Kedah," katanya.

Tambahnya, ia juga berpunca daripada krisis dalaman Umno di mana terdapat di kalangan akar umbi yang tidak berpuas hati dengan pemilihan calon yang bertanding tahun lalu.

Ditanya sama ada Abu Hassan akan dicalonkan semula untuk mewakili BN sekiranya ada pilihanraya kecil, Ahmad Bashah berkata ia akan diputuskan oleh pucuk pimpinan parti berdasarkan kehendak akar umbi.

"Saya setuju dengan Datuk Seri Najib, kalau akar umbi nak beliau (Abu Hassan), pucuk pimpinan akan buat keputusan.

"Yang penting apa yang rakyat hendak... bukan kita (pemimpin) yang nak mengundi tapi akar umbi," katanya.

Abu Hassan ada ketua Umno Jerlun dan menjadi ADUN Kota Siputeh selama empat penggal.

--Malaysiakini

Skandal PKFZ: KSU Sidek Hassan Dan Penglibatan Kroni UMNO :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mempersoal kewajaran Pengerusi Pasukan Petugas Khas Projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) Tan Sri Mohd Sidek Hassan meminta ditubuhkan Jawatankuasa Ad Hoc Tabdir Korporat berkaitan PKFZ itu.

Cadangan tersebut demi memantau integriti dan proses pelantikan satu pertiga ahli bebas bukan eksekutif dalan Lembaga Pengarah Lembaga Pelabuhan Klang (LPK).

"Isunya kenapa Tan Sri (Sidek) tidak cadang terus penubuhan suatu Suruhanjaya DiRaja yang bebas."

"Kenapa perlu meminta Lembaga Pengarah LPK (Lembaga Pelabuhan Klang) pertimbang syor dia (Sidek) supaya ditubuhkan suatu Jawatankuasa Ad Hoc berkaitan PKFZ itu," tegas Mahfuz.

Bagi Mahfuz, Sidek tidak berupaya menyelesaikan masalah rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam kes PKFZ itu kerana beliau sendiri merupakan Ketua Setiausaha Negara (KSU) Kerajaan.

"Pasukan (Khas) Sidek gagal dan tidak berupaya untuk kenal pasti siapa rasuah (dan) siapa eksekutif-eksekutif kerajaan yang salah guna kuasa, sebab dia sendiri KSU, sebahagian dari kerajaan."

"Kalau dia (Sidek) nak siasat, pertama sekali dia akan siasat beberapa individu dalam kabinet...dia akan minta minit kabinet tentang isu PKFZ ini disemak."

"Saya percaya dia Najib) tidak berupaya jadi seorang yang bebas sebab dia KSU, dia setiausaha yang tulis minit kabinet," ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyifatkan syor Sidek itu, sekadar melengah-lengahkan siasatan sebenar ke atas PKFZ.

"Saya nampak kerajaan (khususnya) Sidek sengaja panjangkan kes itu entah bila (dan) sampai bila...dulu (kerajaan) tubuh PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) di bawah Parlimen, sekarang tubuh pula pasukan Khas yang orang dia sendiri (Sidek) jadi Pengerusi. Sebelum ini, Kementerian Pengangkutan tubuhkan Task Force. Audit swasta juga dibentuk."

"Semua ini (jawatankuasa) hanya nak lengah-lengahkan, dari diketahui rakyat bahawa siapa yang sepatutnya bersalah dan dibawa ke muka pengadilan," jelasnya.

Semalam, Sidek bersetuju supaya Kementerian Pengangkutan meminta Lembaga Pengarah LPK menubuhkan suatu ad hoc di bawah Kementeriannya.

Cadangan itu membolehkan usaha pemantau integriti dilaksanakan, tanpa perlu melibatkan pindaan undang-undang.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa media arus perdana mendedahkan keterlibatan beberapa inividu penting Umno dan BN dalam kes berkaitan PKFZ tersebut.

Ketua Pemuda Umno Kapar yang juga Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuala Dimensi Sdn. Bhd (KDSB) Datuk Faizal Abdullah dilaporkan membeli sebidang tanah secara misteri yang bernilai RM95 juta pada tahun 1999 lalu, dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL).

Tanah tersebut dipercayai umum, diperoleh secara eksklusif daripada bapa mertuanya (Faizal) yang juga Pengerusi Lembaga KPPL.

Lebih misteri apabila Bendahari Umno Datuk Seri Azim Zabidi dan Ketua Kelab Penyokong Kerajaan BN Datuk Seri Tiong King Sing (MCA) masing-masing merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dalam KDSB.

Isu PKFZ yang masih tidak selesai sejak sedekad yang lalu secara tidak langsung menjadikan kerajaan sendiri dilihat terlibat dalam amalan rasuah dan salah guna kuasa.-HarakahDaily

Inilah Mangsa Sistem Pendidikan Percuma 1 Malaysia :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya


Semasa pembentangan belanjawan tahun 2008, Dato seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan ketika itu mengumumkan sistem pendidikan percuma untuk murid dan pelajar di negara ini. Maka riuh rendahlah Dewan Rakyat ketika itu dengan tepukan meja dari wakil rakyat Umno@BN dengan pengumuman itu. Sebagai seorang bapa yang mempunyai anak yang masih bersekolah saya turut menarik nafas lega. Saya yakin ibu bapa khususnya golongan bawahan seperti petani, nelayan dan peneroka merasa gembira dengan langkah Kerajaan 1Malaysia (gambar:Adik Izzati sedih dalam kegembiraan..)

Walau bagaimanapun semua itu rupa-rupanya hanya gimik dan satu bentuk penipuan kepada rakyat. Murid dan pelajar hanya dikecualikan yuran kira-kira RM 10 je yang lain-lain tu kena bayar seperti biasa. Cuma apabila ibu bapa dan penjaga bising-bising, pihak Kemneterian Pelajaran mengarahkan agar yuran berkenaan boleh dillewatkan. Tetapi bayar tetap kena bayar...Maka inilah mangsanya...

Anak kepada pemandu lori,Adik Nur Izzati Azhar murid dari SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan cemerlang 5A semalam tidak dibenarkan mengambil slip peperiksaan kerana tidak menjelaskan yuran RM 57.

"Walaupun tak dapat pegang slip keputusan, saya gembira kerana dapat buktikan kemiskinan bukan penghalang kejayaan," katanya sebak.

Nur Izzati, anak kedua kepada pasangan Azahar Ariffin, 41, dan Fatimah Ahmad, 42, adalah antara 34 murid SK Tarcisian Convent yang mendapat keputusan A dalam semua mata pelajaran.

Menurut ibunya, pendapatan keluarga yang tidak menentu menyebabkan Nur Izzati terpaksa 'berhutang' dengan pihak sekolah.

Menurut Fatimah, kesihatannya yang tidak mengizinkan dan sumber kewangan keluarga yang terhad menyebabkan dia tidak mampu menyediakan yuran peperiksaan Nur Izzati.

Malah, impiannya untuk melihat anaknya itu belajar di sekolah berasrama penuh juga mungkin tidak dapat ditunaikan kerana kedaifan keluarga mereka.

"Saya berharap sangat dia akan dapat menyambung pelajaran ke sekolah berasrama. Dia sendiri pun menyatakan keinginan itu tetapi kami tidak mampu untuk memenuhi kehendaknya," katanya.

Sementara itu, Nur Izzati yang bercita-cita menjadi doktor berhasrat melanjutkan pengajian ke peringkat paling tinggi bagi mengubah nasib keluarganya.

"Saya mahu mengubah nasib keluarga dan buktikan kepada semua bahawa saya juga boleh berjaya," katanya.

--DetikDaily

Thursday, November 19, 2009

Peluang PAS Sukar Di DUN Kota Siputeh?? :- Nizar vs Zambry - Najib Altantuya

Pilihanraya Kecil Kota Siputeh bakal diadakan jika tidak ada sebarang 'kejutan' selepas ini. Walau bagaimanapun paling awal pun tahun depan baru pilihanraya tersebut dapat diadakan. Ini memandangkan SPR dan Umno akan membuat rayuan berbeza sehingga ke Mahkamah Persekutuan. Sudah pasti ia akan mengambil tempoh yang lama sehingga rayuan di dengar di peringkat tertinggi sistem kehakiman negara. Tidak mustahil pilihanraya Kota Siputeh akan diadakan serentak dengan pilihanraya umum!

Jika pilihanraya diadakan dalam tempoh terdekat, peluang Pas untuk menang adalah sukar. Hakikat yang perlu disedari Kota Siputeh terletak dalam kubu Umno di Parlimen Jerlun. Pas hanya menang dua kali sepanjang sejarah pilihanraya iaitu pada tahun 1969 dan 1999. Salah seorang bekas calon Pas Kota Siputeh, Cikgu Wahab Abdul Rahman yang pernah ditukar kerana faktor politik di Kuala Rompin Pahang pasti mengakui keperitan bertanding di Kota Siputeh.

Perkara ini turut diakui oleh Menteri Besar yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah, Dato Seri Azizan Razak.“Peluang ada dalam mana-mana pertandingan tetapi ini kubu kuat Umno sejak mula dan kami tahu tidak mudah untuk Pas menang di situ.

Walau bagaimanapun tidak mustahil Pas bakal menumbangkan Umno di situ asalkan semua jentera Pas di semua peringkat melipat gandakan gerak kerja dan dalam masa yang sama mengenepikan sebarang hal remeh temeh yang boleh mengggugat peluang Pas yang berpotensi untuk menang sekali lagi di Kota Siputeh.

--DetikDaily

Pendedahan SIONG Politik Najib Altantuya :- Nizar Vs Zambry MB Haram!!


Oleh
Hasmi Hashim


Selepas gelombang Reformasi 1998; sedekad berlalu, buat pertama kalinya Perdana Menteri Ke-6, Najib Razak bakal menyaksikan penentangan rakyat terhadapnya bermula. Politik ganas bersulam tipu-daya, mulai disedari umum kini; nan lebih ganas daripada mana-mana pemimpin Asia mutakhir, malah, tidak pernah berlaku waima di bawah rejim kuku besi Dr Mahathir Mohammad sekalipun.

Wajar kita akui, brutaliti dan penindasan sedikit mereda sepanjang tempoh Abdullah Badawi menjadi PM. Hanya itulah pilihan yang Abdullah ada selepas prestasi demokrasi dan imej buruk warisan PM sebelumnya. Tapi, Najib bukan Abdullah. Najib bukan juga Dr Mahathir.

Paras lembut hanya ‘hiasan’ apabila muncul di kaca TV dan akhbar ~ itupun dengan bayaran RM20 juta kepada APCO Worldwide, sebuah syarikat perundingan awam Yahudi yang berpengkalan di Amerika; yang segera dibayar untuk berkhidmat khusus kepada Najib. Namun, itu semua belum tentu mampu menutup pekung dan politik bertaring tajam yang sering cuba Najib sembunyikan.

Abdullah, dapat Najib persenda begitu sahaja agar segera berambus keluar dari pejabat PM. Prestasi hambar BN dijadikan mata pisau tajam mengelar dan mengakhiri karier politik Abdullah di pusara yang muram; sedangkan tanggungjawab mengemudi pilihanraya lazimnya terpikul oleh orang nombor dua. Dalam pilihanraya umum lalu, orang nombor dua itu, timbalan Abdullah, tak lain adalah Najib sendiri.

Nah! Dalam kata mudah, memang ada tanda di mana Najib mensabotaj Abdullah ~ Abdullah laksana “si bujang tidak berteman”, terkapai-kapai keseorangan. Hanya, Najib juga tidaklah menyangka sehingga sebegini banyak kerusi yang hilang di pihak BN; seketika tertelan air liur apabila menyedari BN turut terlepas dua negeri perindustrian strategik, Selangor dan Pulau Pinang.

Tapi bagi kelompok Najib, tak mengapa, kalau itulah harga yang perlu dibayar demi melempar Abdullah ke luar pagar Putrajaya, maka ‘langsaikan’ sahaja ~ bernasib baik juga mereka belum putus nyawa di peringkat federal. Bagi mereka, itulah yang penting! Di sinilah peranan dan ‘khidmat’ Dr Mahathir seketika pernah digunakan kembali. Kelihatan sepanjang menjelang pilihanraya umum ke-12, bahkan sepanjang tempoh kempen, Dr Mahathir seolah-olah ‘berkempen’ untuk oposisi. Seolah-olah…

Objektif pun tercapai! Menantu Abdullah, yang memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno sekalipun gagal menelaah dari sudut dan peringkat ini. Atau, tak berani…

Dia dengan bangga pula menyebutkan bahawa Najib memintanya “menguatkan kembali parti”; sementara Najib melantik anak Dr Mahathir yang kalah lawan menantu Abdullah, sebagai timbalan menteri. Betapa dangkalnya, sehingga begitu rupa bapa mertuanya diperlakukan, sumpah setia diikrarkan buat Najib. Alahai lemahnya! Sekali ini:

Rekod Najib naik takhta bukan hanya dengan tipu helah menikam dari belakang ketuanya sendiri, tetapi juga ketika hebohnya kes pembunuhan model Monggolia. Kes itu dikatakan terkait dengan Rosmah Mansor, isteri Najib. Kemudian, kematian Teoh Beng Hok, setiausaha seorang ADUN Selangor, memeranjatkan seluruh negara.

Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan hanya untuk menyiasat bidang tugas dan cara penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Suruhanjaya itu bukan menjurus langsung kepada kematian anak muda berkenaan tetapi hanya kepada “soal-soal teknikal”. Licik sekali bukan?

Projek pertama Najib seraya menggenggam kuasa ialah menghalakan serbuan ke Perak. Rampasan kuasa pun dilakukan, berapa sahaja modalnya yang diperlukan pasukan khas itu, sebutkan~ sesuatu yang tak pernah terjadi dalam sejarah politik tanahair, pun berlaku.

Itu semua telah benar-benar mencemarkan ketulusan demokrasi. Tak kiralah budak suruhan mana yang dibayar untuk menjayakan “projek” itu; sehingga wujud laporan berlakunya ugutan dan penculikkan. Isteri dan anak-anak ‘orang yang hilang’, tidak tahu di mana suami atau ayah mereka berada… tiba-tiba muncul di dalam sidang media, bersama Najib. Politikkah ini?

Isu ugutan, isu penculikkan, juga berlaku ke atas beberapa orang melibatkan beberapa kes yang lain. Kerakusan rejim ini tak mengenal warna kulit. Penyiasat bebas, yang pernah membuat Akuan Bersumpah yang menggemparkan seluruh negara, tiba-tiba hilang, tak dapat dihubungi. Kemudian muncul semula dengan mengubah akuan sumpahnya, dan menarik balik mana-mana kenyataan yang melibatkan Najib mahupun Rosmah.

Ketiga: kita tak lupa kes yang menimpa Raja Petra Kamaruddin. Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh pengendali portal Malaysia-today menyebabkan Petra terpaksa berhadapan dengan laluan mustahil mendapat pengadilan. Beliau nampaknya tak punya pilihan lain, kecuali menghilangkan diri demi keselamatannya, isteri dan keluarga.

‘Kejayaan’ Najib ialah beliau dapat belajar gaya politik Dr Mahathir ~ “matlamat membenarkan cara”. Pengkhianatan dilakukan kepada sesiapa sahaja, termasuk bos atau ketua sendiri. Abdullah adalah si malang itu: contoh yang ada.

Dr Mahathir bukannya tak tahu. Dia juga tahu semua file Najib, dan seperti biasa, file-file itu perlu disimpan untuk ‘tujuan lain’. Kalau tidak menurut perintah, bakal “ku bongkar semua.”

Serangan peribadi, yang langsung tak punya asas, hanya dek dendam kesumat, mula dilancarkan kepada Azmin Ali, Dr Wan Azizah Ismail, apatah lagi Anwar Ibrahim sebelum tiba giliran Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kesemua serangan tak lebih hanya isu yang sangat peribadi; daripada soal merekayasa fitnah liwat kali kedua, tuduhan “RM3 bilion”, mengungkit kerjaya isteri Azmin yang pernah bekerja dalam bidang jual-beli saham, sampai ‘rasuah’ naik haji. Tak wujud langsung soal dasar dan polisi; membicarakan soal kepentingan ekonomi dan rakyat.

Najib tahu erti kuasa adalah apabila beliau “berkuasa muthlak”, sepertimana Dr Mahathir dahulu. Tidak cukup hanya sekedar bergelar Perdana Menteri. Watak lain harus ditikam mati, dan memakai teori betapa “orang Melayu bodoh” dan “mudah lupa”.

Perlu dibentang semua peristiwa dan kes-kes tadi di selembar halaman agar benar-benar dapat tergambar gaya politik Umno-BN di bawah rejim Najib ~ nampaknya akan lebih tajam siongnya daripada rejim sebelum ini. Politik yang penuh tipu-daya ini sesungguhnya bukan sahaja membuang masa dan tak menguntungkan, malah akan menghancurkan seluruh tamadun bangsa. Kerana itulah ia cukup berbahaya.

Sepertimana rakyat pernah bangkit dahulu, sekali lagi kita perlu bangun melawan demi menyelamatkan bangsa dan umat. Ayuhlah kita lakukan sebelum terlambat!

--PerakExpress

Nizar Mahu Siasat Segera Skandal Babitkan Pemimpin Atasan Negara :- Najib Altantuya - PKFZ - Teoh Beng Hock


Skandal Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh serta skandal pita video V.K Lingam dikatakan antara kes berprofil tinggi dan kosnpirasi peringkat atasan. Sejauh mana kewibawaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyingkap dan menamatkan skandal ini? Wartawan, NYZA AYOB mendapatkan reaksi Menteri Besar Perak yang sah, Dato' Seri Nizar Jamaluddin memperkatakan isu ini. Beliau Ahli Parlimen Bukit Gantang dan juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat

Dalam isu PKFZ, mengapa siasatan oleh SPRM tidak dimulakan ke atas pengakuan Pengerusi Kuala Dimensi Tan Sri Tiong King Sing yang mengakui memberi RM10 juta kepada Presiden MCA, Dato' Seri Ong Tee Kiat?

DATO' SERI NIZAR JAMALUDDIN: Saya berpendapat isu ini melibatkan bekas pimpinan Umno dan bekas pimpinan MCA sama ada Adun-Adun atau menteri-menteri. Pada awalnya, walaupun Najib sendiri memberikan laluan supaya kes ini dibongkar sedalam-dalamnya serta didedahkan, tetapi akhirnya apabila diketahui ramai pimpinan Umno dan MCA terlibat dalam kes ini, maka terdapat usaha dalaman komponen kedua-dua parti BN ini untuk mengekang supaya jangan diteruskan siasatan itu.

Kalau dulu semangat berkobar-kobar untuk mendedahkan, kononnya Ong Tee Keat kata sampai ke lubang cacing bagi menunjukkan pentadbiran Najib ini bersih dan dapat menghapuskan rasuah. Walaupun didedahkan Ahli Parlimen Bintulu yang juga Pengerusi Kuala Dimensi, Dato' Seri Tiong King Sing, SPRM hanya mengambil tindakan sekadar temubual dan pertemuan dalam waktu yang singkat sahaja. Akhirnya ia terbantut di tengah jalan.

Mengapa agaknya siasatan tersebut terhenti di tengah jalan?

Saya berpendapat siasatan tersebut terhenti kerana terdapat ramai pimpinan Umno di peringkat negeri serta pusat terlibat. Maka itulah sebabnya SPRM barangkali diarahkan memberhentikan atau melengah-lengahkan siasatan.

Laporan tentang kegagalan PKFZ ini telah dibuat dalam Laporan Audit 2003 lagi, kenapa tiada tindakan awal diambil?

Sewaktu itu, pimpinan BN di bawah Dr Mahathir. Kemudian di bawah Abdullah Badawi. Kedua-dua mereka adalah Menteri Kewangan. Jadi, mereka mendapat surat daripada Presiden MCA yang secara kebetulan adalah Menteri Pengangkutan. Apa-apa sahaja kelulusan dan sokongan daripada menteri akan diluluskan oleh Menteri Kewangan.

Oleh kerana ia melibatkan Menteri Kewangan, ia mencemarkan identiti Perdana Menteri sendiri yang pada masa yang sama adalah Menteri Kewangan. Empat pucuk surat yang dibuat oleh Chan Kong Choy (bekas Menteri Pengangkutan) itu merupakan surat sokongan supaya diluluskan apa sahaja yang dilakukan Kuala Dimensi Sdn Bhd.

Akhirnya, yang membayar dan meluluskan ialah Menteri Kewangan. Menteri Kewangan sebagai Presiden Umno telah membuat cerminan atau persepsi yang tidak elok. Walaupun kes ini ditangguhkan dari 2003, tetapi bertentangan dengan konsep asal PKFZ tetapi akhirnya ia meningkat berbilion-bilion.

Apa sahaja tuntutan-tuntutan palsu disokongan Chan Kong Choy diluluskan oleh Kementerian Kewangan yang melibatkan Perdana Menteri serta pimpinan Umno. Dan pada ketika itu tidak diambil tindakan.

Satu lagi skandal terbesar membabitkan Projek Landasan Berkembar Elektrik Antara Rawang dan Ipoh. Kegagalan dikesan sejak Jun 2003 di peringkat infrastruktur. Mengapa ketika itu Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak mahu siasat kes ini?

Skandal ini juga melibatkan pemimpin Umno. Sekurang-kurangnya Dr Mahathir turut terlibat. Isu tersebut juga melibatkan Kerabat Di Raja dan ada usaha-usaha tertentu untuk memberhentikan siasatan terhadap kes ini apabila ia tidak selari dengan perbelanjaan asal.

Ia juga melibatkan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi. Namanya dikatakan terlibat dengan syarikat Emrail Sdn Bhd, salah satu kontraktor yang terbabit dalam dalam projek tersebut.

Sebab itu saya dapati kes jambatan berkembar ini mempunyai unsur-unsur yang sama dengan PKFZ. Jika kita lihat apa yang berlaku pada landasan berkembar ini, mungkin kes ini setaraf dengan PKFZ malahan lebih dasyat lagi. Ia tidak mempunyai siasatan lanjut sebagaimana PKFZ dan tidak ada suruhanjaya bagi menyiasat kes ini. Tetapi pada asasnya, ia turut melibatkan orang tertentu dan kenamaan tertentu.

Kerajaan kerugiaan RM1.43 bilion dalam pembinaan landasan berkembar ini. Pihak mana yang harus dipertanggungjawabkan dan mengapa DRB-Hicom selaku pihak yang gagal melaksanakan projek infra tidak diheret ke SPRM dan mahkamah?

Oleh kerana ia melibatkan pihak berprofil tinggi, saya rasakan pihak SPRM gagal menyiasat penyalahgunaan kuasa ini. Projek landasan ini melibatkan kenamaan terkenal, sebab itu saya fikir isu ini cuba 'ditahan'.

Jadi Dato' Seri, apabila Pengerusi PAC, Dato' Seri Azmi Khalid mengatakan akan memanggil Menteri Pengangkutan dan semua kontraktor yang terlibat untuk disoal siasat, apakah Dato' Seri yakin PAC juga akan memanggil sama Tun Zaki Azmi?

Saya berpendirian sekiranya ada usaha menarik indiividu tertentu khususnya yang dinyatakan itu, ini mencerminkan satu usaha yang positif serta melambangkan konsep 1Malaysia yang dilaungkan Dato' Seri Najib.

Tetapi jika ia hanya satu kenyataan retorik dan tidak ada usaha yang betul-betul serius, itu mencemarkan lagi Najib Tun Razak. Dan biarlah apa yang dikatakan pihak SPRM sendiri, teruskan usaha tersebut tanpa ada gangguan dan rasa takut daripada pihak atasan.

Itu yang patut dibuat. Dan di parlimen pun, kita mahukan SPRM tidak bertanggung jawab kepada Jabatan Perdana Menteri tetapi sebaliknya kepada parlimen. Tetapi apabila ia berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, ia boleh diperkotak-katik oleh pihak-pihak tertentu.

Dato' Seri, beralih kepada kes pita video V.K Lingam. Merujuk jawapan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Nazri Aziz baru-baru ini terhadap isu tersebut, adakah itu menggambarkan ketelusan dalam sistem penghakiman di Malaysia?

Saya fikir ini merupakan perkara yang amat malang kepada rakyat Malaysia dan institusi kehakiman. Sejak zaman Abdullah Badawi lagi, satu Suruhanjaya Diraja telah dibentuk dan siasatan memakan wang berjuta ringgit.

Keputusan juga telah dibuat dan siapa orang yang terlibat dalam isu ini. Dan bagi isu V.K Lingam, mereka terpaksa mengambil tindakan sebagaimana disyorkan Suruhanjaya Diraja. Tetapi malangnya oleh kerana kes ini juga melibatkan individu yang berprofil tinggi di mana hari ini dapat dilihat Tun Dr Mahathir seoalah-olah bersama dengan Najib dalam isu ini.

Barangkali terdapat usaha-usaha mengatakan kes V.K Lingam ini sudah selesai dan merupakan usaha-usaha melindungi individu yang berprofil tinggi itu.

Akhir sekali, bagaimana Dato' Seri melihat Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM yang mahu meneliti semula kes ini?

Saya gembira sekiranya PPO berani membuka semula fail kes tersebut. Barangkali ada pihak tertentu berpendapat kes ini boleh mendapat laba tertentu kepada satu-satu kumpulan atau satu-satu parti.

Saya menyambut baik usaha tersebut dan janganlah separuh jalan. Oleh kerana tindakan ini dibuat, ada seorang yang berani mengaku, jadi saksi utama. Oleh kerana bukti cukup kuat dan apa yang diusahakan Ahli Parlimen Kelana Jaya tempoh hari mendapat gambaran yang cukup jelas.

Jika dibiarkan begitu, kita lihat populariti Najib sebagai Perdana Menteri agak turun khususnya di kalangan golongan intelek dan urban. Saya fikir terdapat desakan dan tekanan untuk menggunakan PPO bagi membuka semula fail ini.

Apabila Nazri mengatakan kes pita video V.K Lingam ini sudah selesai, rupanya tekanan pihak luar khususnya di rantau Asia, menyebabkan fail kes tersebut terpaksa dibuka kembali. Saksi-saksi utama yang memberikan maklumat terhadap kes ini tidak dapat dinafikan begitu sahaja. Saya menyambut baik tindakan PPO SPRM untuk membuka semula siasatan kes ini.

--DetikDaily


<s>kod untuk cancel perkataan</s>

MB Selangor Dedah Laporan Kejadian Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa :- Nizar vs Najib Altantuya

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini sekali lagi menggunakan peruntukan sekysen 2C mendedahkan satu lagi dokumen di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 berkenaan laporan kejadian tanah runtuh yang berlaku di Taman Mewah, Bukit Antarabangsa Disember tahun lalu.

Menurut Khalid, faktor utama yang dikenalpasti penyebab runtuhan tanah itu berpunca dari kebocoran paip air dari saluran paip air yang aktif di rumah terbengakalai yang meningkatkan kandungan air dalam tanah di kawasan kegagalan cerun.

Ini merupakan pendedahan keempat Pakatan Rakyat untuk memberi gambaran sepenuhnya mengenai kejadian yang mengakibatkan 14 buah rumah banglo musnah dan lima kematian pada hari kejadian.

Menurut laporan Jawatankuasa Teknikal Kajian Runtuh, terdapat tiga gelinciran yang berlaku pada hari kejadian yang setiap satunya hanya berselang tiga ke lima minit.

Beliau bersedia untuk bertemu dengan penduduk di Bukit Antarabangsa bagi mengkaji serta menyelesaikan permasalahan mereka.

“Saya harap masyarakat di Bukit Antarabangsa akan mengetahui keadaan sebenar kejadian tanah runtuh tersebut dan kerajaan negeri akan membuat perjumpaan dengan mesyarakat disana pada awal Januari ini,bagi mengkaji semula apakah pengajaran yang kita dapati dan bagaimana cara untuk mengatasi masalah dicerun itu dan bagaimana cara untuk membantu mereka serba sedikit yang mengalami tragedi Bukit Antarabangsa,”katanya.

Tan Sri Khalid berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di bangunan Setiausaha Kerajaan negeri Selangor, hari ini.

Menurut Khalid lagi, kajian siasatan kejadian tanah runtuh adalah untuk mengenalpasti punca-punca kejadian tanah runtuh, faktor-faktor penyumbang kejadian tanah runtuh dan cadangan yang disyorkan untuk mengatasi.

Salinan buku laporan tersebut boleh diperolehi daripada Majlis Perbandaran Ampang Jaya, mulai Isnin ini.-HarakahDaily

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost