Monday, December 13, 2010

Azmin Janji 'Autonomi Penuh' Untuk Sarawak

Timbalan presiden PKR, Azmin Ali menjanjikan pemberian "autonomi penuh" kepda rakyat Sarawak sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang.NONEBercakap dalam satu majlis makan malam di Bintulu semalam, ahli parlimen Gombak itu berkata Pakatan akan menghormati perjanjian 1963 di mana Sabah dan Sarawak menyertai Semenanjung untuk membentuk Malaysia berdasarkan perjanjian 18 perkara."Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia. Sabah dan Sarawak membentuk Malaysia bersama-sama dengan negeri-negeri persekutuan Malaya," kata Azmin, menurut kenyataan media oleh pemimpin PKR Sarawak, Baru Bian.Menurut kenyataan itu, Azmin juga mengecam BN Sarawak dan kepimpinannya yang didakwanya rasuah dan mengamalkan kronisme, dan mencabar Ketua...

Wednesday, December 8, 2010

Abdul Karim Hamzah Angkat Peler Taib.....

Abdul Karim: Tak adil halang Taib kumpul kekayaan - MalaysiakiniAbdul Karim Hamzah, ketua setiausaha politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, memberitahu Radio Free Sarawak (RFS) bahawa adalah “adil” bagi membenarkan Taib mengumpul kekayaan semasa memegang jawatan.Dalam wawancara dengan RFS, sebuah radio gelombang pendek yang di luar kawalan kerajaan negeri, Abdul Karim menolak laporan sesawang Sarawak Report bahawa keluarga Taib telah mengumpulkan kekayaan yang agak luar biasa. Beliau juga membincangkan Kertas Putih yang kontroversial berhubung 'amalan politik yang tidak sihat' seperti yang dicadangkan oleh Abdul Karim sendiri.“Secara peribadi, saya lihat mesti ada had kepada segala-galanya, awak tidak boleh ada kebebasan...

Thursday, December 2, 2010

Syabas & Tahniah Kepada SYABAS.... Bijak..Bijak..

Oleh Hishamudin RaisSebelum dasar penswastaan diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad, bekalan air untuk warga diseluruh negara dikendali dan diuruskan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).JKR ini bukan syarikat kroni dan tidak pernah berniat untuk mencari untung. Tidak ada individu atau Datuk yang memiliki saham dalam lembaga JKR. Saham JKR dimiliki oleh seluruh warga Malaysia kerana JKR ini adalah harta awam. Jabatan ini bertugas untuk menjaga kebajikan orang ramai. Berkhidmat untuk kebajikan semua warga negara adalah niat dan rukun iman JKR.Semuanya berubah apabila dasar penswastaan diperkenalkan. Dasar penswastaan adalah dasar kapitalis di mana semua hak milik rakyat yang di bawah jagaan kerajaan dijualkan kepada...

Tuesday, November 30, 2010

PRU13 & PRN Sarawak Serentak..?

KUCHING: Barisan Nasio-nal (BN) Negeri sedia mempertimbangkan sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta untuk meng-adakan pilihan raya negeri dan pilihan raya umum secara se-rentak.Semalam, Pengerusi BN Ne-geri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Ketua Menteri memberitahu, beliau akan mempertimbangkan sekiranya permintaan sedemikian dibuat.“Jika pilihan raya umum di-adakan tidak lama lagi, saya boleh mempertimbangkannya.“Tidak menjadi masalah (untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya secara serentak),” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan hormat daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di ke-diamannya di Demak Jaya, Jalan Bako, di sini.Taib, bagaimanapun pantas menjelaskan bahawa kenyataannya tidak harus disalah anggap...

Thursday, November 11, 2010

'JAKIM Tidak Boleh Campur Isu Sosej Babi Di Sarawak'

Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari berpendapat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak boleh masuk campur menyiasat status agama bapa seorang kanak-kanak yang dirotan kerana membawa makanan berlaukkan sosej babi ke sekolah di Sarawak.Katanya, ini kerana, di bawah kerangka federalisme yang diterima oleh perlembagaan, Islam adalah bidang kuasa negeri."Jadi dalam soal ini negeri mempunyai bidang kuasa; Jakim tidak boleh masuk campur. Lagi pun di sisi perlembagaan, JAKIM sepatutnya berada di bawah Majlis Raja-Raja, bukan kerajaan persekutuan."Tapi malangnya ini tidak berlaku. Semua agensi Islam persekutuan dikuasai oleh Umno/kerajaan," katanya ketika diminta mengulas arahan supaya Jakim menyiasat status agama budak itu yang bapanya...

Wednesday, October 27, 2010

Audit: Kerajaan Persekutuan Terlebih Belanja RM4.83b

Kerajaan persekutuan telah terlebih belanja RM4.83 bilion tahun lalu. Ini merupakan defisit kedua tertinggi selepas tersasar bajet operasi RM5.7 bilion pada tahun sebelum itu.“Ini menunjukkan masih terdapat kelemahan dan perancangan kewangan dan pengurusan,” petik Laporan Ketua Audit Negara 2009 sambil menekankan bahawa perbelanjaan sepatutnya hanya dilakukan selepas mendapat kelulusan.Laporan itu juga mendedahkan 11 agensi - termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Perkhidmatan Awam dan 10 kementerian telah berbelanja melebihi bajet operasi mereka sehingga sebanyak RM3.61 bilion.Ketua Audit Negara juga mendapati 15 kementerian dan agensi terlebih berbelanja RM3.74 bilion bagi 42 projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan.Senarai...

Monday, October 25, 2010

Hutang Negara Pada Paras Tertinggi - Ketua Audit

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun.Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara, kata beliau dalam laporan tahunan terbaru yang di bentangkan di Parlimen hari ini.Hutang RM362.39 bilion ringgit yang disebut dalam laporan audit itu juga jauh lebih tinggi daripada RM233.92 billion yang disebut oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen Jun lalu.Ketika itu Najib juga mendakwa hutang itu hanya mencakupi 34.3 peratus KDNK.Dalam laporannya hari ini, Ketua Audit Negara menjelaskan hutang kerajaan meningkat dengan mendadak kerana hutang dalam negara yang...

Friday, October 22, 2010

Politik PKR = 2 x 5 =10

Sebelum PRU 12 dulu, ini hujah BN terhadap BA+DAP. Masa tu Pakatan Rakyat belum ada lagi.1. Macam mana pembangkang nak memerintah sedangkan depa tak ada pengalaman?2. Macam mana depa nak memerintah sedangkan depa sendiri dok beramuk? Pas tak boleh duduk dengan DAP.3. Kalau pembangkang menang, hak Melayu habih tergadai.4. Kalau pembangkang menang, Pas jadi boneka DAP.5. Kalau pembangkang menang, negara hancur.6. Anwar ejen CIA, ejen Yahudi.Apa pula manifesto BA+DAP?1. Kita akan hapuskan rasuah dan penyelewengan.2. Kita akan memberikan keadilan kepada semua.3. Kita akan memberikan kebebasan bersuara dan kebebasan media.4. Kita akan kembalikan hak rakyat.5. Kita akan pastikan sistem yang adil, telus dan berwibawa.Hangpa sambung la lagi. Banyak...

Thursday, September 2, 2010

"Taib Sekadar Mahu Uji" - Editor Sarawak Tribune Digantung

Editor, akhbar Sarawak Tribune - akhbar paling tua di negeri itu yang kembali di pasaran pada Mei lalu setelah empat tahun menyepi - digantung tugas kerana menyiarkan laporan yang tidak disenangi oleh Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.Semuanya gara-gara tindakan editor eksekutifnya, Paul Si yang memilih laporan berjudul 'Adakah Taib Mahmud sekadar mahu menguji?' yang dibekalkan oleh Bernama sebagai tajuk halaman utama akhbar itu yang disiarkan pada Isnin lalu.Laporan itu memetik pendapat penganalisis politik yang mempersoalkan motif Abdul Taib mengumumkan kesediaannya melepaskan jawatan ketua menteri menjelang pilihan raya negeri akan datang.Menurut mereka yang diwawancara Bernama, Abdul Taib tidak mempunyai niat untuk mengundurkan diri setelah...

Wednesday, September 1, 2010

Tarik Balik Subsidi RM 750 Juta Setahun, Bagi Bonus RM 900 Juta ?

Khalid: Bonus tanpa subsidi, tak masuk akalAhli parlimen Shah Alam Khalid Samad menuntut kerajaan supaya menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam.Katanya, beliau tidak menentang tindakan itu, tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik."Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta.Kerajaan sebelum ini memberi alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya.Katanya lagi, tindakan itu bagaimanapun menyebabkan kenaikan harga barangan yang perlu ditanggung kepada semua peringkat masyarakat."Kerajaan...

Sunday, August 29, 2010

Taib Mahmud Dapat Rumah RM21 Juta Di AS Hadiah Kroni Balak

Tatkala hampir 70 peratus penduduk rumah panjang di Sarawak masih tidak mendapat kemudahan bekalan air bersih, jalan raya dan tenaga elektrik serta dibelit derita kemiskinan yang parah, Ketua Menteri serta keluarganya pula bergelumang dengan kemewahan dan kekayaan yang melimpah ruah.Terbaru, sebuah laman web yang banyak mendedahkan salahlaku, penyelewengan serta amalan rasuah Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sarawakreport.org melaporkan 25 Ogos lalu kediaman berprestij yang dimiliki keluarga beliau di Boylston Avenue, Seattle Amerika Syarikat dikatakan dihadiah oleh syarikat konglomerat dan pembalakan Samling.Disifatkan sebagai rumah agam 'gred atasan' kediaman tersebut dianggarkan bernilai USD6.8 juta pada 2008 atau bersamaan RM21 juta.Berkeluasan...

Friday, August 13, 2010

Empangan Bakun Tegangkan Putrajaya - Petrajaya

Ramai yang menarik nafas lega apabila diumumkan bahawa projek terbesar dan paling kontroversi di Malaysia - empangan Bakun - selepas pembinaan selama 16 tahun - akhirnya akan siap sepenuhnya Disember ini.Bagaimanapun, masalah yang membelenggui empangan konkrit kedua terbesar di dunia itu masih jauh daripada selesai.Sebaliknya, kemelut itu dilihat mencetuskan ketegangan antara kerajaan negeri Sarawak dan kerajaan persekutuan dalam rundingan tarif elektrik yang bakal dikenakan.Sesetengah pihak pihak bimbang kerajaan negeri akan menggunakan kuasanya ke atas empangan itu bagi menuntut tarif yang lebih rendah.Tetapi Sarawak Hidro Bhd milik kementerian kewangan - pemilik penuh empangan itu - mengetepikan spekulasi itu.Jalan buntuMenurut laporan media,...

Saturday, July 31, 2010

KJ vs Ibrahim Ali....

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali akan berkongsi pentas dalam sebuah forum membincangkan politik ideologi dan bangsa dalam Sidang Kemuncak Pelajar Malaysia ke-4 Ahad ini.Mereka akan bertemu dalam majlis tersebutyang berkemungkinan besar bertukar menjadi debat.Khairy yang juga ahli parlimen Rembau - dalam jawapannya kepada Malaysiakini melalui SMS - mengesahkan beliau akan menghadiri sidang kemuncak tersebut.Sebelum itu, Khairy menulis dalam Twitternya: "Ada apa Ahad ini, saya dijemput berdepan dengan... Ibrahim Ali. Patutkah saya pergi?".Selepas itu, ketika menjawab soalan pengikut twitternya - sama ada beliau akan menghadiri majlis tersebut - Khairy menulis: What...

Wednesday, July 14, 2010

Sebab Kapal Selam Scorpene Tak Boleh Menyelam

Dulu ketita Malik Fahd membina istananya bersebelahan Masjidil Haram dan beliau boleh bersembahyang dari istananya serta melihat secara langsung ka’abah dan beliau mengarahkan satu paip air dari telaga zam-zam untuk disalurkan langsung terus ke tingkat atas istana beliau bagi kegunaan beliau dan tetamunya.Kedudukannya lebih tinggi dari Ka’abah dan telaga air zam-zam itu sendiri tetapi air itu tidak mengalir meskipun menggunakan pam. Ditukar pam yang lebih power tetapi tetap tidak naik air ke istananya kemudiannya dinasihatkan supaya membatalkan sahaja niatnya. Tidak semua kehendak kita diperkenankan oleh Yang Maha Kuasa kerana semua ini milikNya.Kini menjadi perbualan dan ucapan sinis apabila menyebut kapal selam scorpene tidak boleh menyelam...

Wednesday, June 23, 2010

Kerajaan Belanja RM37.7 Juta Semasa PRK Sibu - Najib

Sejumlah RM37.7 juta dana dibelanjakan pada pilihan raya kecil Sibu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam jawapan bertulisnya di Dewan Rakyat hari ini.“Bagi pilihan raya kecil Sibu, kerajaan meluluskan 107 program atau rancangan yang bernilai RM37.7 juta untuk dilaksanakan di seluruh kawasan parlimen itu,” kata Najib.Dana itu untuk dibelanjakan bagi infrastruktur fizikal, sumbangan dan bantuan tunai sertai program sosial.Menurut carta yang dibekalkan oleh Najib sejumlah RM28.7 juta dibelanjakan bagi sumbangan dan bantuan tunai semata-mata.“Kerajaan tidak pernah menjanjikan program atau projek kepada rakyat semasa kempen pilihan raya di seluruh negara termasuk di Sibu,” katanya.“Program dan projek yang dilaksanakan semasa pilihan raya kecil dirancang sebelum pilihan raya berkenaan...

Monday, June 21, 2010

Pakatan Rakyat Boleh Tawan Sarawak !!!

Ahli parlimen Sibu Wong Ho Leng begitu yakin bahawa Pakatan Rakyat mempunyai apa yang diperlukan untuk menawan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.Pengerusi DAP Sarawak - yang berjaya menumpaskan calon BN untuk merampas kerusi parlimen Sibu dalam pilihan raya kecil 16 Mei lalu, percaya 'keajaiban Sibu' akan terserlah ke seluruh negeri itu."Kami amat yakin untuk menghadapi pilihan raya negeri," katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.Wong yang juga ADUN Bukit Assek berkata, Matlamatnya ialah untuk memenangi 36 kerusi - lebih separuh daripada 70 kerusi DUN di Sarawak."Kita mensasarkan untuk menguasai negeri ini, tetapi saya harus mengakui ada kesulitan tertentu," katanya."Sekiranya kita tidak berjaya menawan negeri ini,...

Thursday, June 17, 2010

Kes Enjin Jet: Tertuduh Diseksa Supaya Mengaku Curi Enjin Pesawat Pejuang?

Bapa sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran mendakwa anaknya itu diseksa dan dipaksa mengaku mencuri enjin dua jet pejuang yang dilaporkan hilang ketika dalam tahanan reman.“Mereka memukulnya seperti seekor lembu,” kata N Nagarajah (kiri), 71, selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di ibupejabat polis di Brickfieds, Kuala Lumpur hari ini.Nagarajah mendakwa dua pegawai TUDM, yang hanya dikenali sebagai Mejar Azam dan Mejar Ismail membelasah anaknya sepanjang tiga minggu bermula 2 Julai lalu sehingga 17 Julai tahun lalu.Dia juga mendakwa Mejar Ismail memaksa Tharmendran memakai topi keledar, yang kemudiannya berulang-kali dipukul oleh pegawai berkenaan dengan kayu golf dan bat kriket.Nagarajah berkata Mejar Ismail...

Thursday, June 10, 2010

Demam WORLD CUP Bermula: Jadual Perlawanan Piala Dunia Waktu Malaysia

...

Saturday, May 8, 2010

Polis OH Polis...

Lagi cerita polis tembak remaja...

Tuesday, May 4, 2010

Najib meneruskan agenda klentongnya di Serawak....

LGE pernah berkata bahawa Tun Mahadir adalah kaki klentong no. 1 negara.Nampaknya kedudukan itu kekal sampai hari ini serta pengaruh kelentong mula meresapi PM 1Malaysia yang hari ini sudah beralih ke Serawak sesudah Hulu Selangor.Rakyat Serawak ditipu dengan mengatakan persempadanan semula dengan Brunei merupakan win win(baca wing wing) situation.Win win(baca wing wing) Situation dalam bentuk kehilangan RM 320 bilion dan keuntungan yang bakal diperolehi oleh rakyat Brunei yang sememangnyan sudah diketahui tidak membayar cukai pendapatan dan warga miskinnya dikendalikan oleh para pegawai kerajaan yang menguruskan segala keperluan mereka.Itu rakyat Brunei yang bakal menerima win win situation ini.Bagaimana pula rakyat Malaysia?Rakyat 1Malaysia...

Monday, May 3, 2010

PRK Sibu: 'SANTA KLAUS' Akan Tiba Di Sibu Tak Lama Lagi

Berita baik untuk rakyat Sibu kerana'Santa Klaus' akan berpindah ke Sibu dan sudah pasti banyak hadiah akan diberikan kepada penduduk Sibu tidak lama lagi."Sibu bakal menjadi habuan dan durian runtuh tidak lama lagi," kata Ketua Penerangan PAS Melaka dalam blognya.Beliau dalam blognya berkata pasti Sibu bakal mendapat peruntukan yang selama ini tidak mereka terima hanya kerana Pilihan Raya (PRK) Parlimen Sibu yang akan diadakan tidak berapa lama lagi.Beliau berkata antara perkara yang mungkin diterima orang Sibu seperti beberapa biji sekolah baru atau tambahan. Jalanraya baru dan yang dibaiki, bantuan untuk orang miskin, dan pelbagai lagi bantuan yang selama ini mereka impikan."Tahniah untuk orang Sibu. Saya yakin anda tahu siapa yang mungkin...

Saturday, May 1, 2010

1Mei-Hari Buruh: Pekerja Mahu Gaji Minima RM900 !!!

Petikan ucapan YB V. Sivakumar semasa merasmikan sambutan Hari Pekerja Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Syarikat-syarikat Pembuat Keluaran Getah Cawangan Perak.Dalam ucapan perasmiannya, YB V.Sivakumar menyatakan bahawa pekerja merupakan tulang belakang sesebuah negara. Kemajuan dan pembangunan yang dicapai oleh Malaysia sejak kemerdekaan ini adalah hasil titik keringat warga pekerja. Tanpa sumbangan golangan pekerja ini, negara tidak boleh mencapai taraf pembanguan yang sedia ada. Warga pekerja adalah golongan yang merealisasikan matlamat yang ingin dicapai oleh sektor awam dan sektor swasta. Hasil usaha mereka inilah yang menukar bahan mentah dan sumber asli kepada barang siap yang dinikmati oleh semua orang di dalam negara mahupun dieksport ke luar negara. Warga pekerjalah yang memberi...

Thursday, April 29, 2010

PRK P212 Sibu: BN Sudah Mula Berkempen?

PM lawat Sibu Sabtu,Ahad - MalaysiakiniWalaupun kempen pilihan raya kecil parlimen Sibu hanya boleh dimulakan selepas hari penamaan calon pada 8 Mei ini, namun ia tidak menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada melakukan kunjungan dua hari ke Sibu mulai Sabtu ini.Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, kata Residen Bahagian Sibu, Sim Kok Kee, kepada pemberita di Sibu hari ini.Najib akan memulakan lawatannya dengan bertemu penduduk pekan Sungai Merah, penempatan pertama di Sibu bagi kaum Foochow yang datang dari China pada 1901.Acara lain Perdana Menteri termasuk menghadiri jamuan tengah hari dengan anggota tentera di kem Jalan Ulu Oya serta melawat tapak bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Rendah...

Monday, April 26, 2010

Pasca PRK Hulu Selangor: Antara Punca Kekalahan PR

Parti perasuah besar di Malaysia, BN kini berbulan madu selepas kemenangan mereka di Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi walaupun membelanjankan jutaan ringgit selain dengan cara kotor dan jijik dalam Pilihan Raya paling tersebut.Namun, apa yang pasti Pakatan Rakyat (PR), harus mengambil apa jua iktibar akibat kekalahan itu termasuklah faktor-faktor berikut.Jentera PR tidak digerakan semaksima mungkinParti Barang Naik, BN, yang memulakan kempen kotornya dengan mengaitkan calon PR, Datuk Zaid Ibrahim dengan arak, walaupun dibalas dengan penerangan ratusan ribu risalah oleh Angkatan Muda PKR bersama jentera Pakatan Rakyat tetap dilihat gagal.Ini kerana tinjauan erapakatan.com mendapati ada beberapa buah kampung kecil langsung tidak menerima bahan kempen itu.Anehnya, di kampung tersebut...

Sunday, April 25, 2010

Keputusan Rasmi PRK P094 Hulu Selangor: BN Menang

Kehadiran calon BN, P Kamalanathan di pusat pengiraan undi, dengan ditemani oleh isterinya dan kehadiran Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di pusat pengiraan undi sambil tersenyum lebar menandakan kemenangan berpihak kepada BN.Beberapa pemimpin BN lain, termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap tahniah kepada calon BN Kamalanathan melalui blog mereka.Sehingga ini, dalam 10 sepuluh pilihan raya kecil selepas 2008, Pakatan Rakyat kalah di tiga kawasan - DUN Batang Ai (Sarawak), DUN Bagan Pinang (Negeri Sembilan) dan parlimen Hulu Selangor.Dan ini merupakan kekalahan pertama Pakatan di negeri yang dikuasainya.Dengan ini juga, PKR kehilangan satu lagi kerusi parlimen dan kini tinggalkan25 kerusi.MIC pula menambah satu lagi kerusi parlimen menjadi tiga sekarang, selain Segamat (Datuk Dr...

LIVE Keputusan Terkini PRK P094 Hulu Selangor

Keputusan tidak rasmi, sekejap PR lead, sekejap BN lead.Untuk keputusan terkini dan live sila lawati anilnetto....

PRK HuluSelangor: Keputusan Tidak Rasmi PR Menang Majoriti 1,043

Pengundian tamat jam 5 petang. Proses pengiraan bermula jam 6 petang. Manakala keputusan dijangka diumumkan sekitar jam 9.30 malam.Klik 'Refresh' atau 'Reload' di browser anda untuk maklumat terbaru.6.45pm:Keputusan tidak rasmiPKR - 7,053BN - 6,010Majoriti - 1,...

LIVE Terkini PRK Hulu selangor: SMS Kemenangan Zaid/PR Tersebar

3.30 pm : Lagi SMS kemenangan kepada Zaid tersebar. Kini maklumat yang didakwa diperoleh dari risikan tentera.SMS itu mendakwa Zaid akan terus mendahului Kamalanathan sekiranya tren keluar mengundi perlahan atau normal sehingga jam 5 petang.SMS itu juga mendakwa Zaid mungkin mendapat majoriti 3,725 undi dengan pecahan undi Melayu 55 peratus, Cina 75 Peratus dan India 60 Peratus.Kebanyakan undi yang diperolehi Zaid dakwa SMS itu adalah dari peneroka selepas MB Selangor semalam mengumumkan Zaid mengetuai Task force menyelesaikan isu hak milik tanah.Bagaimanapun belum ada pihak yang berani mengesahkan perkara tersebut.--HarakahDa...

LIVE: Perkembangan Hari Mengundi PRK Hulu Selangor

HULU SELANGOR: Berikut ialah perkembangan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor hari ini:12:15 Petang: Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim berhenti makan tengah hari di Kuala Kubu Baru sebelum melawat ke pusat pengundiaan Rasa.11:40 Pagi: Sehingga pukul 11 pagi, jumlah keluar mengundi - 24,645 atau 38.21 peratus.11:25 Pagi: Bekas calon bebas, VS Chandran tiba beri sokongan kepada BN di pusat mengundi SMK Ampang Pecah.11:30 Pagi: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Afdal meninjau pusat mengundi SMK Ampang Pecah.10:50 Pagi: Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat pusat mengundi di SMK Ampang Pecah.Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN meluangkan masa lebih 10 minit berjumpa dengan penyokong BN.10:40 Pagi: Timbalan Perdana Menteri melawat pusat pengundiaan Sekolah Kebangsaan Rasa.Beliau melawat khemah...

Friday, April 23, 2010

Nik Aziz Dilarang Berceramah Di Masjid Hulu Selangor

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilarang menyampaikan ceramah atau kuliah Maghrib di mana-mana masjid dan surau di Hulu Selangor.Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin (kanan, bertali leher belang) menitahkan polis supayabertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil...

Thursday, April 22, 2010

P194 Hulu Selangor Membongkar Pemimpin UMNO Minum Arak

Pilihanraya kecil P94, Parlimen Hulu Selangor menjadi medan serangan peribadi yang paling tidak bertamadun, terutama pemimpin UMNO. Perihal calun PKR dikatakan pernah minum arak telah menjadi virus kepada sebahagian pemimpin UMNO.Isu minum arak telah menjerat sebahagian pemimpin umno yang pejuang bangsa dan ugama Islam. Pemimpin veteran DAP saudara YB Lim Kit Siang telah mencabar UMNO dan menteri-menteri kabinet yang berugama Islam agar membuat pengakuan mereka tidak pernah minum alkohol atau arak semasa muda.Saudara Lim Kit Siang tidak bercakap malam hari. Beliua bercakap secara terbuka kisah pemimpin UMNO yang terlibat meminum alkohol atau adalah sperti Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk...

Monday, April 19, 2010

Terima Kasih Dr. Halili Rahmat

Tuhan Selamatkan PKR Dari Dikencing HaliliOleh: MSOTUHAN Maha Kaya dan Maha Mengetahui. Kalau Tuhan ingin menolong sesuatu pihak mudah saja, cukup bagi-Nya dengan mengatakan kun fayakun, jadi maka jadilah. Pengumuman Dr Halili Rahmat keluar darip PKR dan menyertai Umno hari ini adalah atas kehendak Tuhan.Langkah Dr Halili dilihat pahit untuk ditelan, tetapi kalau diselami ia bertimbun dengan rahmat. Tuhan mengawalkan Halili menyertai Umno sebelum beliau menjadi ahli parlimen atau dalam keadaan beliau sudah menjadi ahli parlimen.Apa kata, kalau beliau dipilih jadi calon Hulu Selangor dan kemudian menyertai Umno, tentu luka hati penyokong dan ahli PKR makin parah. Sungai Choh, Ampang Pecah di Kuala Kubu Baru akan menjadi merah kerana disimbah...

Sunday, April 18, 2010

Kapal Selam 'Timbul' Di Hulu Selangor

Isu pembelian kapal selam yang dilihat 'suam-suam kuku' sejak akhir-akhir ini, muncul semula pada kempen pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadikannya sebagai modal ceramahnya di Pekan Kerling, malam semalam."Bukan saya yang buat laporan itu....jawab Najib jawab," katanya di hadapan kira-kira 500 hadirin.Pembelian kapal selam itu timbul semula apabila terdapat pekembangan terbaru di Perancis di mana beberapa peguam di negara itu ingin penyiasatan dibuat semula.Menurut Anwar, dua peguam hak asasi manusia di Perancis menuntut kerajaan negara itu menyiasat penjualan kapal selam kepada Malaysia itu.Sebelum ini, pembelian kapal selamitu didakwa ada kaitkan dengan pembunuhan seorang model dari Mongolia,...

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Anonymous commented on empangan bakun tegangkan putrajaya: “electronic cigarettes, e cigarette, e cigarette, electronic…”

Anonymous commented on fahami apa itu gst: “Bro bkn harga tepung,gula benda asas x de gst ke ? Apa kena…”

Anonymous commented on nizar vs zambry kisah zambri gang kena: “Thanks in support of sharing such a fastidious opinion, piece of…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Thanks in favor of sharing such a pleasant idea, article is…”

Anonymous commented on tak sokong israel berniaga dengan: “Heya! I know this is somewhat off-topic but I had to ask. Does…”

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost