Friday, January 29, 2010

Harap Najib Tak Sembahyang Di Batu Caves Masa Thaipusam


Jurucakap dari Pejabat Perdana Menteri, mengesahkan bahawa Najib akan turun ke Batu Caves pada hari Sabtu ini untuk membuat lawatan rasmi sempena sambutan Thaipusam yang diraikan oleh masyarakat Hindu dinegara ini.

Lawatan ini jelas merupakan satu strategi Najib bagi meraih kembali sokongan kaum India yang sebelum ini pernah berhimpun ditempat yang sama dibawah kelolaan Hindraf bagi menuntut hak mereka.

Strategi politik atas nama ‘Satu Malaysia’ merupakan projek terbaru Najib untuk memulihkan imej BN. Saya yakin bahawa beliau juga pasti akan membuat janji-janji manis untuk masyarakat India ketika lawatan itu nanti.

Itu adalah hak beliau, tetapi jika mahu berkempen atas nama BN maka beliau kena turun dengan jentera BN bukan jentera Kerajaan. Kebelakangan ini Najib telah mempergunakan sepenuhnya jentera Kerajaan dan dana rakyat untuk membuat lawatan politik yang agendanya jelas untuk memulihkan imej BN dan memfitnah Pakatan.

Najib begitu serius untuk mengerakkan Kempen ‘Juara Rakyat’nya, tetapi saya yakin tidak semua rakyat akan terpengaruh. Walaubagaimana pun Pakatan tidak boleh tengok sahaja, gerak kerja untuk mempopularkan Pakatan juga perlu agreasif dilakukan.

Dalam lawatan Sabtu ini juga saya berharap agar Najib tidak bersembahyang atau mengikuti upacara keagamaan di Batu Caves. Hatta kalau Najib solat Zohor disitu pun akan jadi isu. Saya yakin Najib tidak akan berbuat begitu.

Tapi yang pasti lawatan Najib ini juga boleh menimbulkan kesangsian kerana ia dilakukan pada hari kaum Hindu meraikan pesta keagamaan mereka. Sebagai seorang Islam, Najib tidak wajar berada disana, apalagi jika niatnya adalah atas sebab Politik. Orang Melayu kata “tidak Manis” dan “tidak kena pada masanya”.

Kalau pergi waktu lain tidak mengapa kalau niatnya untuk melawat rakyat, tapi kalau masa-masa mereka tengah mengerjakan program agama Hindu, pasti akan timbul kekeliruan.

Tidak mustahil rakyat asing akan berfikir bahawa Perdana Menteri Malaysia mengamalkan pelbagai Agama. Sebelum ini dilihat Solat Hari Raya di Masjid Negara, kemudian Umrah di Mekah, Kemudian kalung bunga dan tunduk hormat di tugu negara, sekarang Pesta Thaipusam pula.

Mungkin kita orang Malaysia akan faham bahawa dia pergi atas sebab politik bukan pasal agama, tapi bila gambar sudah diambil dan disebarkan, macam-macam tafsiran lain akan timbul….fikir-fikirkan…

Oleh HermanSamsudeen@TKO

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost