Tuesday, January 19, 2010

Kenapa Pelajar Sekolah Berasrama Diarah Balik Setiap Hujung Minggu?


Bila Kementerian Pelajaran telah mengurangkan peruntukan dari RM27 bilion kepada RM25 bilion ia telah memberikan kesan yang tidak sedikit kepada sesi baru persekolahan. Antara yang menerima tempiasnya ialah sekolah-sekolah yang mempunyai asrama terutama Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Jumlah hari penyediaan makanan telah dikurangkan dari 250 hari kepada 200 hari. Akibatnya ada sekolah yang terpaksa mengarahkan murid pulang ke rumah pada cuti hujung minggu dan cuti umum kerana asrama tidak menyediakan makanan.

Semua ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pelajar yang terlibat, ibu bapa dan pentadbir asrama. Keunikan kehi dupan di asrama tidak dapat dikecapi lagi jika pekara ini berterusan.

Sesungguhnya kehidupan di asrama akan memberikan kelebihan kepada pelajar sekolah berbanding dengan mereka yang tinggal di luar. Biasanya pelajar asrama berpeluang meningkatkan disiplin diri dengan belajar hidup berdikari, bergaul dengan pelajar lain dari pelbagai latar belakang, jadual belajar yang diseliakan dengan rapi dan pelbagai peluang untuk melatih diri menjadi pemimpin. Namun, dengan apa yang berlaku ini kehidupan pelajar asrama akan jadi caca marba.

Kita masih tidak faham dengan cara pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN) ini yang tidak prihatin apa yang patut diutamakan dalam kebajikan rakyat jelata. Tindakan seperti ini memperjudikan nasib pelajar kerana kebanyakan pelajar yang tinggal di asrama adalah pelajar luar bandar dan ada juga pelajar terpilih kerana potensi mereka memberangsangkan.

Bila berlaku fenomena seperti ini, akan berbondonglah para pelajar asrama ini ke stesyen bas pulang ke kampung atau terpaksa meminta belanja tambahan dari ibu bapa untuk membeli makanan di luar jika tidak pulang ke rumah! Bagi pelajar yang ibu bapanya berkemampun memang tidak ada masalah. Bagaimana dengan golongan miskin? Adakah kita redha melihat pelajar makan mee segera tiap hujung minggu?

Malaysia negara kaya. Tetapi wang negara bocor akibat difaraidkan secara haram melalui cara yang tidak wajar untuk pemimpin BN dan kroni-kroni mereka. Bila negara tidak mewah lagi seperti dahulu maka apa yang sepatutnya diutamakan untk kebajikan rakyat jelata terpaksa dipotong! Jelas bahawa slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan hanyalah lawak semata-mata. Dalam kes apa yang penulis sebutkan ini, eloklah kita panggil GENERASI MUDA DIJAHANAMKAN! - TKO

MyKampungku

4 comments:

Anonymous said...

baguslah jugak budak2 balik hujung minggu dapatlah mengeratkan lagi hubungan keluarga dgn emak, ayah dan adik beradik, sebenarnya yg org marah ni sbb malas nak g ambil atau keluar duit utk belanja anak2 balik ke rumah..elok juga anak2 balik tiap2 hujung minggu..mak&ayah serta penjaga bolehlah nak ambil tahu perkembangan pembelajaran anak2 dia tu..baiknya anak2 balik hujung minggu daripada duk biar outing dan berpeleseran disekitar bandar berdekatan dengan sekolah mereka..biar mereka di bawah tangungjawab emak&ayah serta penjaga..tak payah anak2 nak pikir alasan temberang warden kononnya nak balik rumah, g madical checkup lah, g kenduri lah, g tgk atok&neneklah..padahal emak&ayah sendiri tak tahu anak dia balik ke x..rupanya2 g merayau..bila jadi kes..SIAPA YANG DI PERSALAHAKAN? SIAPA YANG DIHENTAM? SIAPA YANG DIMAKI? JAWAPANNYA..KERAJAAN TAK PANTAU..KERAJAAN TAK GUNAKAN SISTEM PENGAWALAN..KERAJAAN TAK AMBIL BERAT..SEMUA SALAH KERAJAAN..
GUNAKAN OTAK..GUNAKAN FIKIRAN..GUNAKAN MATA..BUKAKAN HATI..
LUUUUUUUUUUUU PIKIRLAH SENDIRI...

Anonymous said...

Anon.. kat atas tu..

aku rasa anak ko lah yb bermasalah ni.. ya ta...?

jebat tetap jebat said...

anak saudara isteri saya belajar di sekolah menengah sains di kluang johor,ibu bapa nya tinggal di johor baharu,cuba bayangkan kalau tiap2 hujung minggu dia kena balik ke johor bahru......tak susah ke...dia pula baru berumor 14thn masaih di tingkatan 2....dia seorang gadis pulak tu....cuba anon yg banggang kat atas yg bebal nak mampos tu klu itu anak dia...tu le klu org banggang punya fikiran....luuuuuuuuuu pikir le sendiri

Abdul Muhaimin said...

Anda hanya melihat dari satu aspek sahaja. Aku nak tnya, apa objektif penubuhan asrama? asrama adalah tenpat untuk melatih para pelajar hidup berdikari. Mereka juga perlu membuat keputusan sendiri. jika dibenar pulang setiap minggu, penghayatan atau segala tindakan mereka masih dibayangi oleh orang tua. Asrama adalah tempat untuk melatih para pelajar membuat keputusan sendiri. Sebagai contoh pelajar yang tinggal di asrama telah diberi kepercayaan penuh oleh ibu bapa untuk membuat keputusan. Jadi ibu bapa hanya memantau aktiviti anak mereka dari jauh. Mereka hanya perlu mengingatkan kepada anak2 mereka supaya buat perkara yang baik, jauhi perkara yang salah. Allah telah mengurniakan setiap manusia akal fikiran. pelajar yang tinggal di asrama biasanya pelajar yang cemerlang. Sekolah menengah biasapun telah meletakkan syarat dimana para pelajar yang mahu tinggal di asrama perlu mendapatkan keputusan yang cemerlang. Ini secara tidak langsung telah mempengaruhi persekitaran asrama. Para pelajar sudah semestinya akan mempunyai semangat untuk bersaing dengan tinggi. Saya menyokong aku tetap jebat kerana saya sendiri belajar jauh di utara sedangkan saya tinggal di Pahang. Adakah wajar untuk berulang-alik setiap minggu? sebagai pelajar masa cuti harus dimanfaatkan dengan hal2 akademik ataupun korikulum. Bukan didalam bas untuk pulang bermalam!
ini juga menjejaskan institusi keewangan keluarga. Tiket jitra ke Temerloh berharga RM58 sahala. jika pulang satu minggu RM116. jika sebulan ada 4 minggu cuba saudara hitung. Asrama adalah tempat untuk meningkatkan jati diri. Warden dan guru2 sentiasa mentalbiah para pelajar. Para pelajar juga akan menghargai pengorbanan, kasih sayang ibu bapa apabila tinggal berjauhan. Dengan ini secara tidak langsungakan menambah perasaan kasih sayang antara ahli keluarga. Bukan selalu kita menghadiri majlis2 perkahwinan, karaian dan macam2 lagi. Jika terjadi sekalipun anggaplah sebagai satu dugaan. Tidak menghadiri majlis tersebut bukan bermakna kita bermusuhan, tetapi keadaan memaksa. Bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. jika berpeleseran sekalipun mereka mempunyai had masa. mereka perlu pulang ke asrama sebelum jam 6.00 petang. Mereka sudah pasti tidak berani kerana bnyak mata2 melihat mereka sedangkan mereka memakai pakaian sekalah. tindakan yang tegas akan dianbil bagi pelajar yang ingkar. Jika dirumah mereka tiada had masa. mereka juga akan memperoleh motosikal dan merempit misalnya. jika outing bersama sekolah dari mana mereka mendapatkan moto atau barang2 haram yang lain? Orang luar? sudah pasti pihak warden akan memantau dan melakukan spotcheck. lu pikir la sendiriiiiii

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost