Wednesday, January 6, 2010

Siri Penyelewengan Najib Tun Razak

Oleh MSK

Sejak tahun 1988, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah melatih pegawai-pegawainya di Korat, Thailand, dengan kos sebanyak RM2 juta setahun.

Pada tahun 2007, Timbalan Perdana Menteri pada masa itu telah meluluskan penyewaan Aircraft Combat Manoeuveriing Instrument (ACMI) dari sebuah syarikat Malaysia dengan kos sebanyak RM21 juta setahun…10 kali lebih tinggi dari apa yang dibayar oleh TUDM untuk melatih pegawainya di Thailand. Perjanjian tersebut adalah untuk selama 15 tahun.

Kontrak tersebut telah diberikan dibawah “perjanjian tanpa tender’ dan syarikat tersebut tidak mempunyai apa-apa pengalaman didalam bidang tersebut. Kontrak yang diberikan tidak dibuat mengikut prosedur biasa dan tidak pernah diluluskan oleh pihak yang berkenaan. Tetapi, Perdana Menteri yang ada sekarang telah meluluskan kontrak tersebut dan melanggar prosedur dan boleh dianggap sebagai penyalahgunaan kuasa.

Malaysia Today memulakan siri pendedahan bermula dengan dokumen dibawah. Lebih banyak lagi akan didedahkan untuk membuktikan banyak kejadian penyalahgunaan kuasa dan melanggar prosedur yang telah dilakukan oleh Kementerian Pertahanan dibawah Najib Tun Razak.Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost