Tuesday, March 2, 2010

Gaji RM9,000 Sebulan Sangat Kecil - Datuk Salehudin Hashim


Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehudin Hashim (Gambar) mengaku menerima gaji sebanyak RM9,000 sebulan sebagai Setiausaha Agung parti tetapi menyifatkan ianya 'jumlah yang sangat kecil'.

"RM9,000 adalah jumlah yang sangat kecil jika dibandingkan dengan masa yang telah saya curahkan dan gaji terakhir saya sebelum bersara, dan jika dibandingkan dengan jumlah besar yang telah dibayar kepada pelbagai individu dalam dan luar parti untuk menggembirakan dan mendiamkan mereka tanpa mereka perlu membuat apa-apa," kata Salehudin.

Salehudin berkata demikian dalam kenyataannya bagi menjawab kenyataan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali yang memaklumkan beliau (Salehudin) dibayar gaji sebanyak RM9,000 sebulan walaupun ramai yang menganggap Salehudin memberikan khidmat percuma untuk PKR.

Menurut Salehudin, beliau menerima tawaran Datuk Seri Anwar untuk menjadi Setiausaha Agung PKR selepas berkhidmat selama empat tahun sebagai Setiausaha Pengelola dan Ketua Staf Anwar.

"Dengan berat hati, saya menerima tawaran tersebut dengan beberapa syarat, antaranya sebuah Ibu Pejabat Parti yang lengkap, gaji yang mencukupi untuk staf dan memandangkan saya telah berkhidmat sebagai Setiausaha Pengelola selama 4 tahun dengan menggunakan wang saya sendiri untuk perbelanjaan pejabat, saya meminta elaun RM100 sehari untuk perbelanjaan berkaitan seperti telefon, parkir, perjalanan, makan-minum dan sebagainya," kata Salehudin dalam kenyataannya.

Berkenaan dengan CEO Kumpulan Perangsang, Salehudin memberitahu, beliau diarahkan oleh Anwar untuk mengambilalih jawatan tersebut untuk kepentingan PKR.

"Datuk Seri Anwar sendiri mengarahkan saya untuk mengambil tugas dan tanggungjawab tersebut bagi memenuhi aspirasi Parti, walaupun saya agak keberatan. Saya menjawab saya hanya akan mengambil tugas tersebut jika saya dibayar RM1 sebulan," kata beliau dalam kenyataannya.

Beliau memaklumkan perkara itu kepada Anwar.

"Saya tidak berhasrat untuk mendedahkan dokumen-dokumen sulit ini kepada umum. Memadailah untuk Dr. Syed Husin membuat kajiannya sendiri sebelum bercakap melalut. Semua ini direkodkan dalam komputer saya beserta bukti-bukti lain yang menunjukkan Datuk Seri telah menerima e-mel tersebut dan bertindak sewajarnya," katanya lagi.

Sebelum ini, Syed Husin mendakwa, bekas Setiausaha Agung parti itu bertindak menentang partinya selepas gagal mendapat jawatan sebagai CEO Syarikat Perangsang yang gajinya adalah RM50,000 sebulan.-HarakahDaily

LAPORAN BERKAITAN

Salehudin marah selepas ditolak jadi CEO dengan gaji RM50,000

MyKampungku

1 comments:

Labun said...

hashim gera dan sallehuddin hashim...bapa borek anak rintik. Kemana tumpahnya kuah kalau tak kenasi. Kedua anak beranak ini meninggalkan partinya kerana rendah moralnya. Hashim Gera ahli parlimen Parit 1969 tinggalkan PAS manakala anaknya meninggalkan PKR kerana sedikit habuan dunia. Wallahua'alam.

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost