Sunday, March 14, 2010

GST Tidak Dibentang Kerana Tentangan Rakyat


Pemerintah memutuskan untuk tidak membentangkan usul Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) di sesi Parlimen depan.Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata langkah ini diambil bagi memberi lebih banyak masa untuk mendapatkan pandangan dari rakyat.

“Kami mahu pandangan umum (rakyat). Bila ia dibentangkan ia bergantung kepada langkah kami mendekati rakyat dan penerimaan daripada rakyat,” kata Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMM Kuala Lumpur),

Parti Sosialis Malaysia berpendapat keengganan pemerintah membentangkan usul Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) pada sesi Parlimen Mac-April depan ada kaitan dengan bantahan keras masyarakat.

Setiausaha Agung S Arutchelvan berkata kerajaan Pusat cuba membeli masa dan menangguh-nangguhkan perlaksanaan GST ini dengan harapan kemarahan rakyat akan reda.

Awal hari ini, Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dilaporkan berkata usul GST tidak akan dibentangkan bagi memberi lebih banyak masa untuk mendapatkan pandangan dari masyarakat.

PSM, Pakatan Rakyat dan badan-badan bukan kerajaan kini mengemblengkan bantahan terhadap perlaksanaan pakej cukai ini.

Satu perhimpunan membantah pakej ini akan diadakan di perkarangan Parlimen, 15 Mac depan.

“Saya yakin mereka akan tetap mahu melaksanakan GST ini, tetapi disebabkan ia tidak popular pada masa sekarang, mereka cuba membeli masa,” tegas Arutchelvan.

“Persoalannya ialah mengapa kerajaan mahu memberi penjelasan kepada rakyat jelata hanya selepas bacaan kedua usul ini? Kegopohan meluluskan GST ini jelas menunjukkan pemerintah tidak serius mendapatkan maklum-balas,” tambah beliau.

Setiausaha Agung Parti Sosiasis Malaysia, S. Arutchelvan berkata, pihak pakatan rakyat akan meneruskan protes yang dirancangkan di Parlimen Isnin ini.

“Kami akan tetap meneruskan bantahan, lagipun BN sendiri mengatakan mereka mahu mengumpul pendapat umum. Pada Isnin ini, kami akan bantu kerajaan melihat betapa GST ini tidak patut diteruskan,” katanya. -GB

MyKampungku

0 comments:

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost