
PM lawat Sibu Sabtu,Ahad - MalaysiakiniWalaupun kempen pilihan raya kecil parlimen Sibu hanya boleh dimulakan selepas hari penamaan calon pada 8 Mei ini, namun ia tidak menghalang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak daripada melakukan kunjungan dua hari ke Sibu mulai Sabtu ini.Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, kata Residen Bahagian Sibu, Sim Kok Kee, kepada pemberita di Sibu hari ini.Najib akan memulakan lawatannya dengan bertemu penduduk pekan Sungai Merah, penempatan pertama di Sibu bagi kaum Foochow yang datang dari China pada 1901.Acara lain Perdana Menteri termasuk menghadiri jamuan tengah hari dengan anggota tentera di kem Jalan Ulu Oya serta melawat tapak bagi pembinaan bangunan baru Sekolah Rendah...