Saturday, February 5, 2011

Taib Mahmud Jangan Jadi Seperti Hosni Mubarak :- Anwar


Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud seperti presiden Mesir Hosni Mubarak yang mahu terus berkuasa walau diminta berundur.

Bercakap di majlis sambutan Tahun Baru Cina anjuran cabang PKR Stampin hari ini, Anwar berkata penduduk Sarawak perlu menuntut supaya Abdul Taib segera berundur melalui proses demokratik.

Abdul Taib dan Mubarak kedua-duanya telah berkuasa sejak 30 tahun lalu.

Berjuta-juta rakyat Mesir kini melancarkan protes di seluruh negara bagi menuntut Mubarak supaya segera berundur.

Anwar berkata, perubahan boleh dilakukan sekiranya Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan di negeri itu dan Abdul Taib tidak lagi menjadi ketua menteri.

Katanya, Pakatan akan menurunkan harga minyak dan harga barangan keperluan sekiranya ia dapat membentuk kerajaan di Sarawak.- Malaysiakini

MyKampungku

4 comments:

joecharlie said...

Jadilah macam aku pakai BATERI 3 AAA.

Anonymous said...

Orang PBB sendiri pun tahu masalah Taib ,terlalu lama... kalau nak ganti pun kena ada darah sedaging dgn Taib.Kerana Barisan Nasional kami terpaksa bertahan atas tiket PBB. Tanya terus dengan PA YB Daud. Dia yang banyak cerita di masjid & surau jalan matang.

Funny pictures said...

This is very good information. Thanks for sharing.

Anonymous said...

1.Rasulullah bersabda: Seseorang hamba yang membicarakan sesuatu yang belum jelas baginya (hakikat dan akibatnya) akan dilempar ke neraka sejauh antara timur dan barat (Hadis riwayat Muslim).

2. Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

3.Sesiapa yang menyebarkan kata-kata yang memalukan seorang Muslim dengan tidak sebenarnya, nescaya dia akan diberi malu oleh Allah dalam neraka pada hari kiamat (Hadis riwayat Ibn Abid Dunya dari Abu Zar).

4."Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, sifat kedekut dan jenayah berleluasa". – (Hadis riwayat Muslim)..

INDAHNYA AJARAN ISLAM
KITA YG MENGAKU ISLAM BAGAIMANA YA?
MUHASABAHLAH DIRI...
WASSALAM

nuff

Visited Since 090322

Followers

Komen Terkini

Categories

My Page Rank

Labels

Blog Widget by LinkWithin
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Bluehost